Friday, August 31, 2012

Kenapa Saya Memilih Kambing Muda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya ini. saya dari kecik minat dengan binatang ternakan. sejak beberapa tahun kebelakangan ini, minat saya terhadap penternakan kambing makin menjadi-jadi. banyak yang telah saya baca mengenai penternakan kambing, dan pada tahun 2012 ini, barulah saya dapat merealisasikan impian saya, hasrat saya yang telah sekian lama untuk memiliki ternakan kambing sendiri.

bermacam-macam maklumat mengenai penternakan kambing yang telah saya perolehi, dari laman web dalam dan luar negara, kertas kerja perniagaan penternakan kambing, kerja penyelidikan bidang ternakan kambing dan banyak lagi. banyak mazhab, pening juga kepala. jadi, saya telah tetapkan matlamat projek saya untuk menjalankan projek kambing muda. kenapa saya memilih kambing muda?

jika saya berhasrat untuk menternak secara kecil-kecilan, saya tidak akan bercerita dalam blog ini tetapi saya bercita-cita untuk terlibat dalam penternakan kambing secara komersil. jadi, apabila terlibat dalam penternakan kambing secara komersil, perkara utama adalah untuk mendapatkan keuntungan. bagi mendapat pulangan yang cepat, saya perlukan produk segera, tanpa perlu tunggu lama. faktor inilah menjadikan saya berminat untuk menjalankan projek kambing muda.


dengan menghasilkan kambing muda untuk pasaran, saya tidak perlu memelihara kambing tersebut untuk tempoh yang lama, kos penternakan juga dapat dikurangkan. hasil juga boleh diperoleh dalam masa yang singkat. dan harga daging kambing di pasaran juga dapat dikurangkan seterusnya dapat bersaing dengan daging kambing import. ini dapat memberi peluang kepada bakal-bakal peminat dan peminat daging kambing sedia untuk menikmati daging kambing tempatan pada harga yang lebih murah dan lebih enak seperti kambing muda panggang atau cabrito.


Cabrito (kambing muda panggang) adalah makanan yang terkenal di Monterrey dan ianya dibakar dengan arang. Gambar di bawah adalah gambar dapur El Rey de Cabrito (The King of Goat), salah satu restoran cabrito terbesar di Monterrey. Sumber gambar: http://www.flickr.com/photos/55622404@N00/201451273/in/photostream/
Cabrito sedang dipanggang.
Dada Cabrito Panggang @ Cabrito Pecho
Nampak sedap dan menyelerakan. bila la nak dapat merasa ni. hehe. bayangkan kalau cabrito ni dijual seperti ayam golek. fuh.... kambing golek. jadi, setakat ini dahulu, entry ini akan diupdate lagi. terima kasih sekali lagi. majulah projek kambing muda untuk pasaran Malaysia.


4 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Secara tak sedar aku isal dan alwi ada anak murid pulak. Malu betul aku dibandingkan dengan tuan ALwi. Mbeekk tumpang lalu

    Tuan ni duduk mana? Ada baca balik sarawak tapi kambing siapa jaga ?

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

      tuan fairul, ada pengalaman, ada ilmu, boleh dianggap sifu dah tu. saya ni orang baru. kena la hormat senior. hehe.

      saya duduk di kuala ketil, kedah. kambing mak saya jaga sekarang ni. insyaAllah, tahun depan akan ditransfer ke tapak baru di Selama Perak, dijaga sepenuhnya oleh bapa saudara.

      saya dapat kerja di sarawak, sebulan lepas saya start projek. kat sarawak ni banyak tanah, cantik sangat kalau buat projek kambing. tapi tu la, nak datang ke tempat saya di sarawak ni, kena naik bot ekspress 3 jam, kalau nak angkut kambing, mau kena naik tongkang. lagi lama, kos lagi.

      Delete
  2. haha..btul tu tuan fairul..rmai jgak penternak muda yang baru nk mnternak nih.bgus2..bertambah rmaila jemaah kambing kita..welcome to the club bro Don..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. saya dari kecik dok tengok kambing tok wan. dulu minat budak-budak je, sekarang minat buat duit. haha. tapi minat tu, memang minat sungguh la, cuma baru sekarang je hajat kesampaian. thank you bro Feral KK.

      Delete

Facebook