Sunday, September 2, 2012

Kacukan Feral: Kambing Kiko

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sementara tengah rajin nak translate, entry hari ini adalah mengenai Kambing Kiko. Kambing Kiko ini merupakan satu kejayaan dalam perkahwinan silang. Sebab saya nak translate, adalah kambing yang digunakan adalah kambing feral. hahaha. jadi, silakan membaca. Semoga ada rasa semangat dalam diri kita (penternak kambing) untuk hasilkan baka tempatan, berdarah Malaysia yang lebih mantap dan tegap.

Kambing Kiko

Pejantan Kiko (Anglo-Nubian x Feral)

Kambing Kiko adalah baka kambing yang dihasilkan di New Zealand untuk tujuan pengeluaran daging. Kiko, dalam bahasa Maori, bermaksud daging. Pemaju baka ini adalah Garrick dan Anne Batten daripada Nelson, Utara South Island. Mereka menghasilkan Kiko ini daripada kambing feral yang terdapat di New Zealand.
Pejantan Kiko (Saanen x Feral)

Induk Kiko (Saanen x Feral)
Baka Kiko dibangunkan melalui perkahwinan silang antara induk kambing feral terpilih dengan pejantan baka Anglo-Nubian, Toggenburg dan Saanen, dikacukkan untuk generasi kedua dan ketiga. Selepas empat generasi pembakaan terpilih - pemilihan atas keupayaan hidup dan pertumbuhan di persekitaran berbukit - peningkatan dramatik ke atas berat hidup dan persembahan haiwan dicapai. pada tahun 1986, baka Kiko terhasil dan proses kacukan kawanan tersebut telah dihentikan. Dalam New Zealand, kawalan baka dilakukan oleh pemaju asal baka Kiko ini. Walaubagaimanapun, kambing Kiko dieksport ke Amerika Syarikat dalam tahun 90-an, dan terdapat beberapa pembiak Kiko yang aktif di negara tersebut.

Hebat, baka Kiko juga terhasil daripada kejayaan kacukan antara kambing feral dan kambing susu. Untuk pengetahuan semua, banyak tempat yang terdapat kambing feral. Seperti pos saya, Australian Bush Goat adalah kambing feral yang terdapat di Australia, yang selalu diimport ke Malaysia. Di Malaysia, antara kambing kacukan (dengan nama yang baru) yang saya pernah baca adalah:

 Baka Jermasia. Hasil kacukan kambing baka daripada Jerman dengan kambing katjang. Masih ada lagi ke? gagah perkasa juga pejantan dia. (ke orang yang pegang tu kecik? hehe. jangan marah a...)


 Baka Koplo. Hasil kacukan Pejantan Jamnapari x Induk Kampung Indonesia. Yang ni banyak di Indonesia. Mereka memang rajin bab-bab kacuk ni.

Yang ni Robert, Bro Isal punya. habuan korban Raya Haji ni. Feral kacukan kampung. Baru 1st cross ni, tapi mantap. boleh tengok di sini, Feral KK

Apa pun, untuk menghasilkan satu baka baru yang mantap, perlukan modal yang tinggi. terutama stok kambing. jika nak hasilkan baka tempatan yang baru, induk kampung/katjang perlu banyak. seperti Kiko, kacukan generasi ke empat baru dapat hasilnya.

Sebagai contoh, kita nak hasilkan baka seperti Kiko:

4 Pejantan (Saanen) A, B, C, D - sama mantap, tegap, anak kembar
100 Induk (Kampung) dibahagikan 4 kumpulan W, X, Y, Z, 25 ekor 1 kumpulan - dari ibu yang penuh sifat keibuan, anak kembar, bukan dara (kebiasaan anak dari dara seekor sahaja)

Pusingan Pertama - A x W, B x X, C x Y, D x Z
Dapat generasi pertama, W1, X1, Y1, Z1

Pusingan Kedua - B x W1, C x X1, D x Y1, A x Z1 (tujuan, generasi terakhir ada ke empat-empat darah pejantan)
Dapat generasi kedua, W2, X2, Y2, Z2

Pusingan Ketiga - C x W2, D x X2, A x Y2, B x Z2
Dapat generasi ketiga, W3, X3, Y3, Z3

Pusingan Keempat - D x W3, A x X3, B x Y3, C x Z3
Dapat generasi keempat, W4, X4, Y4, Z4

Berapa lama agaknya baru dapat generasi keempat?
Katakan, pusingan pertama mula September 2012. Oktober 2012 Bunting. 150 hari.

Awal Mac 2013 beranak, generasi pertama. Katakan umur untuk pusingan kedua 9 bulan. Mula Awal Disember 2013 (nak dapatkan tempoh berahi semua kambing dalam sebulan). Bunting awal Januari 2014.

Awal Jun 2014, beranak, generasi kedua. Pusingan ketiga, awal Mac 2015. Bunting awal April 2015.

Awal September 2015, beranak, generasi ketiga. Pusingan keempat, awal Jun 2016. Bunting awal Julai 2016.

Awal Ogos 2016, beranak, generasi keempat. baru dapat generasi keempat. Hampir 4 tahun. itu kiraan kasar sahaja. belum ambil kira hal-hal lain. itu umur 9 bulan.

Kos??? permulaan sahaja, pejantan katakan RM1500 seekor, jadi RM6000. induk, katakan RM250 seekor, jadi RM25000. Jumlah RM31000. Kandang? Makanan?

Banyak tu... tapi, untuk tampung kos, setelah dapat generasi pertama, boleh jual induk asal. dapat generasi ke 2, boleh jual generasi pertama dan seterusnya. Kandang? sediakan 4 kandang untuk 4 kumpulan. katakan induk dapat kembar, jadi setiap kumpulan hasilnya 50 ekor anak. tambah 25 ekor induk dan pejantan, 76 ekor. kandang tu boleh muat 76 ekor. kosongkan kandang daripada induk lama, dengan menjual induk setelah anak-anak cerai susu. anak jantan juga boleh dijual. pusing balik modal dan sumber yang ada. kembar kalau induk asal, induk dara macam mana? kebarangkalian untuk dapat generasi ke empat akan makin sedikit, sebab induk dara biasanya beranak satu. kemudian tak semuanya betina. banyak kena rancang tu.

untuk dapatkan keputusan yang lebih baik. setiap generasi akan diuji dengan suasana tempatan. lepas dalam kebun sawit ke, takpun lepaskan untuk turun makan waktu pagi. uji ketahanan kecacingan, parasit. kandang pun jangan buat tinggi sangat, uji ketahanan kelembapan pulak. yang berjaya sampai 9 bulan, baru dipilih jadi induk. sampai generasi keempat pun kena uji juga, yang berjaya harungi tahun pertama dengan sihat dan pertumbuhan yang baik akan dipilih.

ini adalah hasil kiraan saya sendiri, tiada kaitan dengan sesiapa pun. banyak yang belum sempurna. tapi ini hanya anggara kasar sahaja. jika ada kesilapan, mohon perbetul dan beri tunjuk ajar. sekian terima kasih.


Sumber Maklumat Kiko: http://www.ansi.okstate.edu/breeds/goats/kiko/index.htm

7 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Bagus2,buat kajian memang terbaik.Susah nak dapat ilmu mengenai kambing kat Malaysia,jadi sumber rujukan memang kena ambil dari luar negara.Tapi bro nampak tak persamaan antara Koplo,Kiko dan Jermasia.Ketiga-tiga baka kacukan KAMBING TEMPATAN(Koplo=induk kampung,Kiko=induk Feral,Jermasia=induk kampung),Feral dikira kambing tempatan di Australia dan New Zealand.Di Australia diorg gunakan induk Feral utk menghasilkan baka Boer dari Fullblood,F1,F2,F3,F4 smpaila Purebreed terhasil.

    Jadi aku nak tekankan pentingnya penggunaan induk tempatan untuk membangunkan ssuatu baka sebab dia dah kira establish utk iklim,persekitaran dan penyakit negara tersebut.Dan baka Pejantan diambil dari baka-baka yang terpilih untuk meningkatkan mutu baka tempatan.Dlm kes ni Jamnapari utk Koplo,dan Saanen utk Kiko.German Fawn utk Jermasia.Sebab apa bro,sebab baka tersebut baka dual purposes,baik dari segi daging dan susu.Ini penting untuk peningkatan mutu baka tempatan.

    Jadi kalau bro nak hasilkaan baka guna Pejantan Feral aku rasa tak berapa kena.Bro akan dapat baka yang sederhana dari segi daging.Elok guna baka Jamnapari atau Saanen untuk hasilkan baka baru.Bagi nama Jenalaanen or Jenalpari ke.Ok tu bro.haha..Pandangan aku je nih..boleh tukar2 idea..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...

      ni saya saja je buat ni. on the spot. haha. pejantan yang saya maksudkan dalam kiraan saya pun saanen. bukan feral. saya buat ni, untuk tekankan kambing kampung Malaysia. dan nak tunjuk secara kasar berapa besar modal untuk hasilkan baka baru.

      pejantan Feral saya tu, untuk fasa 1. fasa belum serius. untuk projek kacukan yang betul-betul punya, kena tunggu saya transfer. saya nak pantau sendiri. suka saya tekankan, saya taknak guna jamnapari. hahaha. sebab telinga dia, sebab bentuk badan dia, saya tak berkenan. mungkin boer atau saanen.

      jenalaanen? jenalpari? macam tak komersil je. hahaha. kambing DON boleh ke? pape pun, janda-janda kambing kampung tetap menjadi pilihan saya.

      Delete
    2. okla tu bro..baka Saanen memang bagus untuk dikacukkan dengan kampung untuk penambahbaikkan baka.Ok apa telinga panjang boleh tarik kalau degil.haha...

      Bro dengan aku sama je.Masing2 PJJ(Penternakan Jarak Jauh)..aku pun duk jauh gak dari kndang tapi tak lah sejauh bro seberang laut.Cuma aku ada orang yang aku yakin boleh uruskan kandang iaitu abang aku Awang.Jadi tak risau sangat,nak berhenti kerja menternak fulltime belum masanya lagi.Maklumla baru nak bertatih lagi dalam bidang penternakan.ALhamdulillah jumpa sahabat penternak macam Fairul dan Alwi boleh belajar dari diorang dan kurangkan risiko kegagalan.hehe..

      Delete
    3. tu la. saanen pun macam cun gak buat baka. koman2 boleh minum susu, sambil2 tunggu jantan capai berat yang sesuai untuk daging muda. agak-agak susu dia rasa macam mana ye kalau kacuk, ok tak?

      telinga panjang tak syok tarik, kalo tanduk baru puas hati. boleh tekan terus kalau degil.

      yeke? agak sama la kita. haha. PJJ sungguh. ada orang boleh diharap ok la. saya boleh harap mak dan adik-adik yang dok asrama lagi tu je. hujung minggu, adik-adik la tolong bagi makan. saya pun baru-baru sangat nak berlatih.

      yeza... sifu fairul dan sifu alwi, ada senior yang hardcore, insyaAllah, boleh dijadikan rujukan. lebih terjamin dengan tunjuk ajar yang daripada orang yang lebih arif.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Wrmbth, bagus2. Banyak input baru. Dulu zaman paklah ramai yang pandai2 berenti kerja laburkan duit bela kambing. Doktor jurutera dan macam2 orang ambil risiko terjun dalam bidan ni tapi peliknya ramai yang gagal. PEruntukan besar zaman tu. Dari yang kaya ke profesional minat bela kambing.

    Tapi sedihnya, Teori tak boleh lawan praktikal. Ramai yang cuba dan majoriti gagal. Jalan breeding memang banyak ranjaunya. Berapa banyak graduan veterinar di Malaysia ni tapi kenapa tak dapat2 juga majukan industri ternakan kambing.

    Berapa banyak graduan agama tapi kenapa makin banyak juga yang berpecah sebab isu khilaf?

    Banyak benda pelik di Malaysia ni, subsidi banyak tapi golongan tersubsidi paling mundur.

    Memang patut orang putih kata Winners do losers teach. Asal jumpa je ajak borak lama2 di kedai kopi. Kambing di kandang terabai. Tapi itu orang lain la. Harap2 kita tak macam tu. Hehe

    Aku rasa kita kena banyak gagal baru boleh berjaya. Sebab rata2 orang berjaya cakap mereka banyak gagal sebelum berjaya. Wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullhi wabarakatuh.

      input ni sebab saya tengah rajin. haha. mana tak gagal, main terjun je. terhantuk batu, tersangkut akar sungai dalam air. memang gagal la. apa boleh buat, generasi sekarang tak dapat peluang macam tu dah.

      graduan veterinar atas kertas je. ilmu yang ada tak dipraktikkan, bukak la syarikat consultant penternakan ke apa ke, ni senyap je. rugi2.

      bab khilaf ni, selagi tak bersatu, macam2 la yang keluar, ikut kepala dan kefahaman masing2. tersubsidi mundur sebab dah banyak lemak, asyik mengharap je, usaha dan ikhtiar kurang. saya takda la borak lama kat kandang, balik cuti ni. dok pikir kambing je. kandang tak siap lagi la apa la, raya pun kurang feel. kambing terlepas lagi. hahaha.

      kegagalan tu yang akan ajar kita untuk buat lebih baik, untuk ingatkan susah payah kita sebelum ni. saya ni pun banyak lagi nak kena belajar. tapi semangat saya berkobar-kobar. daripada takda kambing, dah ada kambing, sekarang dok pikir nak banyakkan kambing pulak. untuk berjaya pun kena ada minat jugak, baru terasa nikmatnya buat sesuatu.

      insyaAllah, pelan-pelan kayuh. saya baru 23 tahun. masih banyak masa untuk belajar dan cuba. saya geram bila tengok tanah terbiar tak diusahakan, kandang kambing kosong. rugi2. banyak peluang yang ada. takda modal, macam-macam cara boleh cari dan diusahakan.

      Delete
  3. Jual Kambing silangan Alpine france fullblood dengan Saanen fullblood. Kambing langka mempunyai nilai bisnis penghobi dan ekonomis tinggi karena di indonesia masih langka. Tinggi dan bobot kambing diatas rata - rata kambing lokal. Hubungi Bpk Heru "BEJO UTOMO FARM" MALANG - JAWA TIMUR -INDONESIA. HP/WA +6281334272800 blog saya di www.malangkambingdombasuper.blogspot.com

    ReplyDelete

Facebook