Sunday, September 30, 2012

Kambing Keguguran


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk post ini saya akan kongsikan maklumat mengenai keguguran yang berlaku di kandang saya. ingatkan satu, tapi rupanya dua janin yang gugur. Kembar. Betapa ruginya apabila perkara sedemikian tidak dapat diatasi di masa akan datang.

 Gambar janin masih berdarah, baru keluar dari perut ibu dia.

Gambar janin, tapak tangan saya lagi besar.


Punca-punca keguguran yang dikenal pasti adalah, induk tersebut sering ditanduk dan tidak cukup makan (kurus).

Cara atasi yang dikenalpasti:
  1. Tahu  tanda-tanda bunting awal. Sila layari web ini http://www.ehow.com/about_5038148_signs-pregnancy-goats-sheep.html, http://pbramunia.blogspot.com/2009/12/kenali-kambing-bunting.html, http://asrorblitar.blogspot.com/p/cara-mendeteksi-kehamilan-kambing-dan.html. Kenapa? Bila kita tahu induk betina sudah bunting, kita dapat mengasingkan induk itu dari kawanan dengan kadar segera. Apabila induk bunting diasingkan, kita dapat mengelakkan kekasaran dan kecederaan berlaku terhadapnya.
  2. Pastikan makanan sentiasa cukup. Induk betina yang bunting memerlukan lebih banyak makanan kerana perlu mendapatkan zat untuknya dan juga kandungannya. Dan pastikan kita beri makanan yang induk itu biasa makan. Jika tidak makan, perlu diajar supaya tidak berlaku seperti saya di mana, induk tersebut tidak pandai makan dedak. Hanya bergantung pada rumput yang mana tak dapat nak bagi selalu. Jadi berlaku kekurangan zat. Apa yang perlu buat adalah memastikan induk makan apa yang kita berikan. Tetapi makanan tersebut perlulah cukup khasiat dan zatnya.
  3.  Sediakan petak khas untuk induk bunting. Induk bunting memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Apabila induk ditempatkan dalam petak khas. Di dalam petak khas, terdapat bekas makanan dan minuman khusus untuk induk. Saiz petak yang optimum, seperti yang diamalkan oleh alwigoatfarm adalah 4 kaki x 4 kaki, 16 kaki2 . common sense, jika terlalu kecil, induk tidak dapat berpusing dengan baik. Ukuran yang mudah ialah, setiap sisi tidak mengenai mana-mana bahagian kepala atau ekor. Jadi induk dapat bergerak dengan lebih mudah dan selesa.

Jadi, inilah serba sedikit mengenai keguguran kambing. Jadi, jika ada terkurang atau salah, mohon dibetulkan, dan ditambah. Yang hairannya, terdapat dua janin, tapi janin ini terkeluar dari induknya pada hari yang berasingan. Kenapa? Mohon penjelasan dari otai. Terima kasih.

Saturday, September 29, 2012

Lama sudah tak diupdate blog ini..

Assalamulaikum dan salam sejahtera

setelah sekian lama tak update blog ni, dapat gak peluang. ada kursus dan sebagainya. gambar-gambar kandang akan diupload nanti, sebab online di CC. hehe.

banyak cerita yang menyayat hati nak dikongsikan.kambing gugur, mati. dan juga modification yang dibuat dikandang.

ada juga kambing yang terpaksa di jual. dan juga plan mengenai projek intergrasi kelapa sawit yang akan dijalankan tahun hadapan.

nantikan post saya yang seterusnya. saya akan cerita lebih detail satu per satu isu-isu di atas. apa pun, perjuangan dalam dunia penternakan kambing akan diteruskan. pengalaman mematangkan kita.

majulah kambing tempatan untuk rakyat Malaysia. sekian.

Sunday, September 2, 2012

Status Terkini Kandang Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entry ini berkaitan dengan status terkini kambing-kambing saya setakat cuti raya hari tu.

 Inilah keluarga besar kambing-kambing saya. belum termasuk 6 ekor yang baru beli. Black sedang makan. Cik Bong, duduk atas plywood sebelah kanan, bunting rasanya. Jali & Awang Kecik yang dah besar. Atas pelepah sawit ni, seekor ibu, 2 anak betina, beli sekali dengan Black. besar juga ibu ni. Ini dalam kandang sementara.

  
Kandang sementara. Kandang baru dalam proses. Sebab apa?? Tengok gambar bawah.

 TADAA!! kandang yang dah tak berapa nak kandang. takda tukang kat rumah, macam ni la jadinya lepas 4 bulan. haha. ni tak ambik beberapa hari lepas tu, lagi teruk. senget sana sini sebab hujan, lembu langgar tiang lagi.

 
 Yang ni adalah kambing-kambing yang baru dibeli. dekat pintu ibu dengan anak betina. dekat tiang, ibu dengan anak kecik yang duduk atas kayu tu. cari la kalau jumpa. haha. dan jantan seekor, habuan korban raya haji, sebab saya dah ada pejantan Black. beli kambing-kambing ni sebab tuan dia dah taknak bela.

ini adalah gambar lebih jelas untuk jantan tu. ada yang berkenan? harga tuan tu letak, RM750. boleh korban dah. saya tolak RM750 gak. datang ambil sendiri. 0194513061. kalau tak, saya nak buat korban je ni raya haji ni. fuh, kambing BBQ...

 Ini seekor lagi betina yang sedang bunting, geng kambing-kambing di atas. yang bertali tu ye. yang mata bercahaya tu, satu kapal dengan Black. Ibu beranak 2. jadi, jumlah kambing dalam kandang saya, 6+4+6=16 ekor semuanya.

Proses Pembinaan Kandang Baru


Mak (baju biru) mandor projek kandang baru sedang memantau. haha.

Setelah dinaikkan tiang.

Rangka penuh. setakat ini sahaja yang saya dapat tengok.

Kayu-kayu yang dibeli.

Bata dan pasir. pasir untuk lantai atas tanah.

Design tiang kandang. guna skru.




Setakat ini sahaja gambar yang saya dapat tunjuk. adik kata bumbung dah naik. tengah bulan akan diupdate lagi gambar-gambar seterusnya. sekian, terima kasih.

Kacukan Feral: Kambing Kiko

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sementara tengah rajin nak translate, entry hari ini adalah mengenai Kambing Kiko. Kambing Kiko ini merupakan satu kejayaan dalam perkahwinan silang. Sebab saya nak translate, adalah kambing yang digunakan adalah kambing feral. hahaha. jadi, silakan membaca. Semoga ada rasa semangat dalam diri kita (penternak kambing) untuk hasilkan baka tempatan, berdarah Malaysia yang lebih mantap dan tegap.

Kambing Kiko

Pejantan Kiko (Anglo-Nubian x Feral)

Kambing Kiko adalah baka kambing yang dihasilkan di New Zealand untuk tujuan pengeluaran daging. Kiko, dalam bahasa Maori, bermaksud daging. Pemaju baka ini adalah Garrick dan Anne Batten daripada Nelson, Utara South Island. Mereka menghasilkan Kiko ini daripada kambing feral yang terdapat di New Zealand.
Pejantan Kiko (Saanen x Feral)

Induk Kiko (Saanen x Feral)
Baka Kiko dibangunkan melalui perkahwinan silang antara induk kambing feral terpilih dengan pejantan baka Anglo-Nubian, Toggenburg dan Saanen, dikacukkan untuk generasi kedua dan ketiga. Selepas empat generasi pembakaan terpilih - pemilihan atas keupayaan hidup dan pertumbuhan di persekitaran berbukit - peningkatan dramatik ke atas berat hidup dan persembahan haiwan dicapai. pada tahun 1986, baka Kiko terhasil dan proses kacukan kawanan tersebut telah dihentikan. Dalam New Zealand, kawalan baka dilakukan oleh pemaju asal baka Kiko ini. Walaubagaimanapun, kambing Kiko dieksport ke Amerika Syarikat dalam tahun 90-an, dan terdapat beberapa pembiak Kiko yang aktif di negara tersebut.

Hebat, baka Kiko juga terhasil daripada kejayaan kacukan antara kambing feral dan kambing susu. Untuk pengetahuan semua, banyak tempat yang terdapat kambing feral. Seperti pos saya, Australian Bush Goat adalah kambing feral yang terdapat di Australia, yang selalu diimport ke Malaysia. Di Malaysia, antara kambing kacukan (dengan nama yang baru) yang saya pernah baca adalah:

 Baka Jermasia. Hasil kacukan kambing baka daripada Jerman dengan kambing katjang. Masih ada lagi ke? gagah perkasa juga pejantan dia. (ke orang yang pegang tu kecik? hehe. jangan marah a...)


 Baka Koplo. Hasil kacukan Pejantan Jamnapari x Induk Kampung Indonesia. Yang ni banyak di Indonesia. Mereka memang rajin bab-bab kacuk ni.

Yang ni Robert, Bro Isal punya. habuan korban Raya Haji ni. Feral kacukan kampung. Baru 1st cross ni, tapi mantap. boleh tengok di sini, Feral KK

Apa pun, untuk menghasilkan satu baka baru yang mantap, perlukan modal yang tinggi. terutama stok kambing. jika nak hasilkan baka tempatan yang baru, induk kampung/katjang perlu banyak. seperti Kiko, kacukan generasi ke empat baru dapat hasilnya.

Sebagai contoh, kita nak hasilkan baka seperti Kiko:

4 Pejantan (Saanen) A, B, C, D - sama mantap, tegap, anak kembar
100 Induk (Kampung) dibahagikan 4 kumpulan W, X, Y, Z, 25 ekor 1 kumpulan - dari ibu yang penuh sifat keibuan, anak kembar, bukan dara (kebiasaan anak dari dara seekor sahaja)

Pusingan Pertama - A x W, B x X, C x Y, D x Z
Dapat generasi pertama, W1, X1, Y1, Z1

Pusingan Kedua - B x W1, C x X1, D x Y1, A x Z1 (tujuan, generasi terakhir ada ke empat-empat darah pejantan)
Dapat generasi kedua, W2, X2, Y2, Z2

Pusingan Ketiga - C x W2, D x X2, A x Y2, B x Z2
Dapat generasi ketiga, W3, X3, Y3, Z3

Pusingan Keempat - D x W3, A x X3, B x Y3, C x Z3
Dapat generasi keempat, W4, X4, Y4, Z4

Berapa lama agaknya baru dapat generasi keempat?
Katakan, pusingan pertama mula September 2012. Oktober 2012 Bunting. 150 hari.

Awal Mac 2013 beranak, generasi pertama. Katakan umur untuk pusingan kedua 9 bulan. Mula Awal Disember 2013 (nak dapatkan tempoh berahi semua kambing dalam sebulan). Bunting awal Januari 2014.

Awal Jun 2014, beranak, generasi kedua. Pusingan ketiga, awal Mac 2015. Bunting awal April 2015.

Awal September 2015, beranak, generasi ketiga. Pusingan keempat, awal Jun 2016. Bunting awal Julai 2016.

Awal Ogos 2016, beranak, generasi keempat. baru dapat generasi keempat. Hampir 4 tahun. itu kiraan kasar sahaja. belum ambil kira hal-hal lain. itu umur 9 bulan.

Kos??? permulaan sahaja, pejantan katakan RM1500 seekor, jadi RM6000. induk, katakan RM250 seekor, jadi RM25000. Jumlah RM31000. Kandang? Makanan?

Banyak tu... tapi, untuk tampung kos, setelah dapat generasi pertama, boleh jual induk asal. dapat generasi ke 2, boleh jual generasi pertama dan seterusnya. Kandang? sediakan 4 kandang untuk 4 kumpulan. katakan induk dapat kembar, jadi setiap kumpulan hasilnya 50 ekor anak. tambah 25 ekor induk dan pejantan, 76 ekor. kandang tu boleh muat 76 ekor. kosongkan kandang daripada induk lama, dengan menjual induk setelah anak-anak cerai susu. anak jantan juga boleh dijual. pusing balik modal dan sumber yang ada. kembar kalau induk asal, induk dara macam mana? kebarangkalian untuk dapat generasi ke empat akan makin sedikit, sebab induk dara biasanya beranak satu. kemudian tak semuanya betina. banyak kena rancang tu.

untuk dapatkan keputusan yang lebih baik. setiap generasi akan diuji dengan suasana tempatan. lepas dalam kebun sawit ke, takpun lepaskan untuk turun makan waktu pagi. uji ketahanan kecacingan, parasit. kandang pun jangan buat tinggi sangat, uji ketahanan kelembapan pulak. yang berjaya sampai 9 bulan, baru dipilih jadi induk. sampai generasi keempat pun kena uji juga, yang berjaya harungi tahun pertama dengan sihat dan pertumbuhan yang baik akan dipilih.

ini adalah hasil kiraan saya sendiri, tiada kaitan dengan sesiapa pun. banyak yang belum sempurna. tapi ini hanya anggara kasar sahaja. jika ada kesilapan, mohon perbetul dan beri tunjuk ajar. sekian terima kasih.


Sumber Maklumat Kiko: http://www.ansi.okstate.edu/breeds/goats/kiko/index.htm

Saturday, September 1, 2012

Australian Bush Goat a.k.a Kambing Feral


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

teruja saya hari ini 1/9/2012 apabila, sifu-sifu kambing telah mengkomenkan diri mereka di entry-entry blog projekkambingmuda.blogspot.com ini. terima kasih di atas kesudian sifu-sifu menerjah blog saya ini. ok, entry pada kali ini adalah berkaitan dengan Australian Bush Goat atau dikenali sebagai kambing feral yang berbulu lebat tanduk panjang ke belakang tu. info-info yang saya tulis ini adalah hasil translate daripada website dan pdf daripada Australia. rujukan diberikan di akhir entry. jika mahu copy, silakan. tetapi mohon jasa baik tuan-tuan untuk meletakkan link ke blog saya ini dan sila letakkan link blog anda di bahagian comment entry ini. entry ini akan sentiasa diupdate dari semasa ke semasa kerana banyak lagi info yang belum dimasukkan. silakan untuk membaca.



Pengenalan

Kambing feral adalah kambing domestik yang telah menjadi liar, tidak seperti haiwan liar yang semulajadinya liar. Di Australia, kambing feral ini dipanggil Australian Bush. Kambing-kambing ini banyak dijumpai di kawasan berbukit yang banyak pokok renek, kawasan pertanian. Kambing feral bergantung dengan air, oleh itu tidak terdapat di kawasan padang pasir walaupun kambing-kambing ini dapat menyesuaikan diri di kawasan yang sukar. Kambing feral ini juga tidak didapati di kawasan yang terdapat anjing liar dan dijumpai di kawasan yang mempunyai populasi manusia yang sedikit. Kambing feral wujud lebih 28% Australia. Kawasan yang mempunyai kepadatan yang tinggi dengan populasi kambing feral ialah  New South Wales Barat, Australia Selatan, Australia Barat dan Queensland. Terdapat sekurang-kurangnya 2.6 juta kambing feral di Australia tetapi jumlah ini berubah dengan banyak semasa kemarau, program pengurusan dan kesuburan yang tinggi, maka ianya susah untuk menentukan jumlah yang tepat.



Sejarah

Kambing tiba di Australia bersama konvoi pertama pada 1788. Mereka kecil dan tahan lasak, makan pelbagai jenis tumbuhan dan membekalkan susu serta daging, jadi sesuai untuk ternakan koloni Eropah. Semasa kurun ke 19, pelayar melepaskan kambing di pulau-pulau dan beberapa kawasan darat untuk makanan kecemasan. Baka-baka tertentu diimport untuk bulunya. Kebelakangan ini, kambing digunakan untuk menghapuskan rumpai-rumpai dalam tanaman hutan dan tanah-tanah tempatan. Kawanan feral ini terhasil daripada kambing domestic yang terlepas, ditinggal atau dilepaskan. oleh itu, kambing feral ini mempunyai genetik daripada pelbagai jenis baka, bulunya yang lebat mungkin daripada baka cashmere, tanduknya mungkin daripada baka spanish.


Haiwan Perosak

Kambing feral dianggap sebagai haiwan perosak kerana kehadiran mereka membawa banyak masalah. Meraka makan apa sahaja, kesan dari pemakanan berlebihan, tumbuhan-tumbuhan tempatan seperti herba-herba, rumput-rumput dan pokok-pokok sukar untuk tumbuh dengan baik. Kambing feral ini juga bersaing dengan haiwan-haiwan tempatan dan domestik dari segi makanan, kawasan dan tempat berteduh. Ini akan memberi kesan terhadap haiwan-haiwan tersebut. Kambing feral ini juga membawa penyakit footrot yang boleh menjangkiti biri-biri. Mereka juga membawa penyakit eksotik seperti penyakit kuku dan mulut yang boleh menular di Australia. 

Sumber Ekonomi

Walaupun kambing feral ini adalah haiwan perosak, kambing-kambing ini juga mempunyai nilai ekonomi. Penuaian kambing feral ini untuk daging bermula pada tahun 1953 dan telah bersambungan sehingga ke hari ini. Komponen-komponen tuaian komersial adalah termasuk sukan memburu, eksport hidup, dan penyembelihan. Hanya kambing sukan memburu sahaja dikelaskan sebagai daging permainan. Lebih kurang 80-90% kambing feral yang ditangkap mempunyai nilai komersial. Apabila dicampur dengan sukan memburu dan operasi tidak komersial, jumlah kambing feral yang dituai melebihi 1.3 juta pada tahun-tahun kebelakangan ini. Kesan daripada ini, penternak-penternak di Malaysia dapat mengimport Australian Bush Goat a.k.a kambing feral untuk tujuan ternakan dan pembiakan, terutamanya untuk tujuan akikah dan korban.



Kambing feral betina dikacukkan dengan penjantan boer untuk menghasilkan baka yang mempunyai komposisi daging yang lebih berat. Kambing feral juga dikacukkan dengan angora atau cashmere untuk tujuan komersil bulu.

Pemakanan

Pemakanan kambing feral adalah seperti kambing biasa. Namun begitu, kerana hidup bebas, kambing feral ini mempunyai pilihan makanan yang tersangat luas. Daun-daun hijau, ranting muda, kulit pokok, bunga dan akar. Kambing-kambing ini makan hampir semua tumbuhan di kawasan pedalaman dan kerap kali makan tumbuhan yang dielak biri-biri dan lembu. Jika tidak terdapat pucuk-pucuk untuk dimakan, kambing feral boleh bertukar kepada meragut rumput.

Pembiakan

Kambing feral hidup dalam kawanan dan, walaupun jantan dan betina hidup berasingan sepanjang tahun, mereka berkongsi 1 kilometer persegi di bawah keadaan yang bagus, tetapi kawasan yang lebih luas apabila makanan dan minuman terhad. Dua kumpulan ini akan bercampur apabila tiba musim mengawan. Kambing feral boleh mengawan sepanjang tahun dengan waktu kemuncak sewaktu musim panas. Kambing betina capai umur matang seksual pada tahun pertama, dan menghasilkan seekor anak. Kambing betina yang lebih dewasa kembar dua atau tiga. Dalam musim yang baik, kambing feral boleh beranak dua kali setahun. Kadang-kadang, terdapat ibu yang masih menyusukan anak tetapi telah bunting untuk kelahiran seterusnya. Anak kambing menyusu sehingga umur 60 hari. Hal ini menjadikan populasi kambing feral ini bertambah dengan cepat. Kambing feral berpotensi untuk meningkatkan populasi mereka sehingga 50% setahun. Kesannya, kambing-kambing ini dapat menggantikan kambing yang berkurang akibat penuaian dan bentuk kawalan yang lain. Waktu bunting adalah 150 hari.

Kawasan teduhan

Kambing feral akan bermalam di tapak tradisional. Komposisi kumpulan dan kehadiran berbeza, bergantung pada perubahan musim dan pergerakan kambing jantan. Kambing feral menggunakan kawasan yang tinggi atau sukar untuk dicapai sebagai tempat berteduh berkemungkinan untuk mengelak risiko pemangsa. Kawasan berbukit adalah kawasan yang menjadi pilihan kambing feral.

Berat Badan

Kambing feral mempunyai berat badan dan saiz yang berbeza. Semasa kelahiran, dianggarkan berat anak kambing feral 2.5 ke 3.0 kg dengan anak jantan lebih berat daripada betina. Selepas cerai susu, pertumbuhan berbeza, bergantung pada nutrisi, musim, aktiviti pembiakan dan umur. Purata pertumbuhan untuk jantan adalah sekitar 65g/hari pada umur 9 bulan sehingga 40g/hari pada umur 18 bulan. Berat kambing dewasa bagi betina lebih kurang 45 kg dan jantan boleh capai 60kg.

Warna

Di Australia, warna kambing feral kebiasaannya adalah berwarna putih. Banyak kambing yang mempunyai campuran pelbagai warna. Warna-warna lain adalah seperti kelabu, krim, hitam, perang dan coklat. Seperti pejantan feral saya, Black, ianya berwarna hitam. Boleh lihat entry mengenainya di sini Black.

Penyakit

Kebanyakan kambing feral bebas dari penyakit bacteria kecuali Caseous lymphadenitis, yang mana dikesan dalam sebahagian kecil di rumah sembelihan semasa kaji selidik dijalankan. Jangkitan kutu tersebar luas, kehadiran parasit pula berbeza antara kambing dan antara kumpulan. Namun begitu, jangan risau mengenai kambing feral yang terdapat di Malaysia. Kambing-kambing feral yang diimport telah menjalani tapisan demi tapisan sehinggalah ia dapat diimport. Ini adalah penting supaya, penularan penyakit ternakan di Malaysia dapat dicegah terlebih awal. 

Kesimpulan

Kambing feral ini berpotensi dimasukkan dalam program penambaikan genetic kambing kampung Malaysia. Di Australia saja, kambing feral digunakan untuk mendapatkan baka yang lebih baik. Kambing feral ini lebih murah dan tahan lasak, sesuai untuk untuk persekitaran Malaysia. Bagi penternak yang hendak mulakan projek penternakan kambing, saya cadangkan untuk gunakan kambing feral ini sebagai pejantan. Cuma perlu pilih yang terbaik, semestinya gred A. Ini kerana, kambing feral yang diimport ini, terdapat pelbagai saiz, pilih yang terbaik, umur muda dan beratnya 50kg ke atas.

Antara kejayaan feral kacukan kampung, boleh lihat di blog Feral KK di feral-kk. anda pasti teruja seperti saya. tetapi menurut tuan punya kambing, feral ni dibawa masuk untuk tujuan sembelihan sahaja.



Rujukan:

  1. The Australian Bush Goat, cga.org.au/goatnotes/A001.php
  2.  The Feral Goat (Capra Hircus) (pdf), http://www.environment.gov.au/biodiversity/invasive/publications/pubs/feral-goat.pdf
  3. The Feral Goat (Capra Hircus) (pdf), http://www.daff.qld.gov.au/documents/Biosecurity_EnvironmentalPests/IPA-Feral-Goat-PA18.pdf
  4. Feral goat FAQs, http://www.feral.org.au/pest-species/faq/feral-goat-faqs/
  5. Feral goats in Australia, http://en.wikipedia.org/wiki/Feral_goats_in_Australia


Facebook