Wednesday, October 31, 2012

Siri Jelajah Pengembala Kambing: Alwi Goat Farm, Part 1

assalamualaikum dan salam sejahtera.

sepanjang bulan 9 dan 10, saya berpeluang membuat lawatan ke kandang-kandang kambing di kedah, perak dan selangor. jadi untuk post ini, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai Alwi Goat Farm.

Siri Jelajah Pengembala Kambing: Alwi Goat Farm, Part 1

saya telah pergi melawat kandang Prof. Alwi pada 14/10/2012. ikutkan perancangan, nak melawat siang, tapi kawan-kawan ajak pergi the Lost World of Tambun plak. terganggu sedikit jadual lawatan yang sepatutnya terdiri daripada Alwi Goat Farm di Bidor, Perak dan MTZ Ventures di Teluk Intan. Malangnya MTZ Ventures tak sempat sebab dah malam. sampai di kandang Prof. Alwi pun dah gelap. naik kandang, kena pakai lampu sebab kandang Prof tiada lampu. so, bergelap dan berperang dengan nyamuk la bak kata Prof.

Diikutkan cerita, first time pergi. so, minta Prof bagi panduan jalan. Masuk je exit tol Bidor, sampai traffic light pertama, belok kanan. jumpa traffic light kedua, belok kanan. jumpa traffic light ketiga, terus. sampai traffic light ke empat, belok kiri, menghala ke Teluk Intan. terus je, sampai jumpa traffic light ke lima, simpang ke Tanjung Malim, terus juga. daripada traffic light ni, dalam 6 ke 7 minit, akan sampai ke persimpangan jalan yang pelik (bak kata Prof la, memang pelik pun). di sebelah kiri akan nampak monumen buah-buahan yang besar, dan bertulis KG BARU Kuala Bikam. masuk ke simpang tu, dalam 20 meter sebelah kanan, ada signboard kuning, masuk ikut jalan sawit tu. dan terus mengikut jalan utama sawit tu. akan jumpa jirat cina, ladang buah. terus je, sampai jumpa rumah di sebelah kiri, dan kawasan kandang Prof di sebelah kanan. ada rumah (rumah prof, kandang, dan rumah pekerja dia). untuk peringatan, jalan agak bumpy, kalau sayang kereta jangan la masuk, dan perjalanan dia lama gak.

inilah monumen buah-buahan yang besar

Signboard kuning, menghala ke kandang Prof Alwi (gambar monumen & signboard ni cerah sebab second round punya lawatan)

jadi bertemulah kami untuk 1 jam lebih. agak banyak maklumat yang disampaikan oleh Prof. walaupun bawak buku nota, tak tulis. lepas tu mula ingat-ingat lupa. antara yang dikongsikan oleh Prof adalah pengalaman ternak beliau, pasal KAMUDA, KAPRIMA. Mengenai JPV, PPKM (Persatuan Pembiak Kambing Malaysia) dan banyak lagi la. kenapa la tak tulis, khusyuk sangat mendengar.

Saya juga berpeluang bergambar dengan Beger, pejantan senior di kandang Prof Alwi. Saya juga berpeluang untuk ambil gambar anak kambing kelahiran ke 999 dan ke 1000. dan juga bergambar dengan Diego, ex kuda racer yang menjadi penyeri di kandang Prof.

Otai kambing kampung, Prof Alwi. muda lagi kan... hebat! Dah anak 2 orang ni.

Inilah dia anak kelahiran ke 999 dan 1000. Boleh follow blog post mengenai tiga beranak di sini, 1000th Milestone

Beger, pejantan senior Prof Alwi

Inilah Diego, ex-kuda racer di Alwi Goat Farm.

Antara gambar-gambar yang diambil tatkala berperang ngan nyamuk di kandang Prof Alwi:

Bercahaya je mata..

Petak untuk para ibu-ibu

 Jadi tukang paip, ada leaking

 Untuk letak dedaun dan rumput

Tempat letak garam jilat

Petak ibu yang kemas dan kukuh. saiz 4 kaki x 4 kaki.

Disebabkan pertemuan agak singkat, saya bercadang untuk datang lagi bagi round yang kedua. Prof Alwi ada juga sebut mengenai pertemuan kami dalam blog beliau. jadi, bolehlah singgah di post tersebut di link ini, 1000th Milestone

Ok, setakat ini untuk part 1, akan bersambung dengan part 2 plak. hehe.

Monday, October 29, 2012

Status Dan Statistik Terkini Kandang Saya - 27/10/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

maaf kepada semua kerana tidak dapat update status kandang baru saya. sibuk berkursus sebulan di sabak bernam selangor. kandang baru saya telah siap pada 8 September 2012. sehingga ke saat ini terdapat beberapa modification yang telah saya lakukan terhadap kandang tu. habis tunggang langgang bila ditukang oleh tukang tak bertauliah ni. berikut adalah gambar-gambar kandang dalam proses pembinaan, yang telah siap dah bahagian yang diubahsuai.








sudah siap. 14/9/2012




keadaan dalam kandang sebelum dipunggah dinding tengah ni.



kambing-kambing ni terpaksa makan dalam bekas, suka berebut. tak sempat nak buat bekas yang lebih stabil dan selesa. siap melutut lagi bila nak makan.


Pengubahsuaian Yang Dijalankan

para bekas makanan. boleh acces dua-dua belah. kambing tak payah nak tunduk, ruang untuk makan lebih luas dan lebih selesa. walaubagaimanapun, tetap berebut. hahaha. 25/10/2012

bilik induk bunting dan anak. yang rasmi adalah Bintik & Polka Dot. gambar ni belum siap lagi. ada sikit lagi penambahan. tak rajin nak gergaji kayu, bantai pagar hijau ni je. hahaha. lantai pun dan dilapik dengan jaring hijau petak kecik, apa nama ntah. untuk elak kaki anak kambing terjerumus celah-celah lantai. ruang antara lantai dengan papan dinding juga telah ditutup untuk elak Polka Dot jatuh ke tanah lagi. 25/10/2012

palung makanan untuk letak pelepah sawit dan daun-daun. 16/9/2012

ditambah sehingga ke hujung kandang.

Berikut adalah statistik kambing saya sehingga 27/10/2012:
Jumlah: 14 ekor (bersih)
Jantan: 1 ekor dewasa, 1 ekor teruna, 2 ekor anak
Betina: 5 ekor dewasa, 1 ekor dara, 4 ekor anak

Beranak di kandang: 3 ekor. 1 jantan (lahir 14/4/2012), 2 betina (lahir 24/10/2012)
Mati: 3 ekor (sebab: kebuluran, pink eye)
Sembelih: 1 ekor (korban, raya haji 26/10/2012)
Jadi jumlah kasar: 18 ekor

Kadar Kelahiran: 0.5, 3(anak lahir)/6(induk dewasa+dara)
Kadar Kematian: 0.167 (3/18)

Sunday, October 28, 2012

Salam Aidil Adha ^_________^


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada rakan-rakan ternak dan pembaca blog sekalian. Raya korban pada tahun ini memberi kesempatan dan peluang kepada saya untuk melaksanakan ibadah korban untuk pertama kalinya. korban saya merupakan seekor kambing. Alhamdulillah.

Kambing tersebut telah disembelih di Surau Kampung Batu 1, Kuala Ketil. Menu kambing adalah masak kurma. Ingatkan tak sempat nak merasa bagi mendapat keberkatan korban saya ni, tapi Alhamdulillah diizinkan oleh Allah untuk merasa juga kurma kambing ni.

Saya sertakan gambar-gambar semasa aktiviti korban dijalankan.

bersedia untuk dikorbankan.

dah ready dah ni. ada video. nanti saya upload.

siap digantung untuk dilapah. salah gantung. tak sesuai, takut pundi kencing pecah dan membasahi badan kambing. jadi, kambing ini diturunkan dan digantungkan kepalanya.

inilah tukang lapahnya, berduet masa melapah.

sekilas pandang sebelum perut dibelah.

saya tolong cuci perut je. hahaha. tak reti lagi nak melapah.

Imam Anuar and the gang sedang memotong-motong daging kambing.

kepala kambing ini pun akan diproses.

juga terkorbanlah seekor lembu di surau ini.

dua peha setel dilapah.

antara jemaah yang hadir. lembu lambat lapah sebab tunggu tuan-tuan bahagian datang. yang berbaju melayu pink berkain pelekat tu adik saya. kami tak sempat salin seluar pun. lepas sembahyang raya, makan terus pergi surau. steady dan semangat!

kaum-kaum ibu menyediakan minuman, makanan dan ready untuk memasak.

perkarangan surau Kampung Batu 1, Kuala Ketil

Di samping kisah korban saya ini, saya juga ada cerita gembira untuk dikongsikan. tanggal 24/10/2012, kandang saya menerima 2 ahli baru. Alhamdulillah, Bintik selamatkan melahirkan kembar 2, betina kedua-duanya. Jadi, untuk cerita lanjut sila klik link ini, Bintik, Polka & Dot.

Wednesday, October 24, 2012

Bintik, Polka dan Dot

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, tanggal 24/10/2012, kandang saya telah selamat menerima 2 ekor ahli baru. Polka dan Dot. Polka Dot merupakan anak kepada Bintik. tidak disangka, ingatkan seekor sahaja, tapi rezeki saya, saya mendapat kembar 2, betina kedua-duanya, daripada Bintik yang merupakan ibu dara (first timer la ni).



gambar di ambil pukul 1.30 pagi. Polka Dot baru berumur beberapa jam. haha. Bintik bersama anak-anaknya. lapik lantai sementara, asyik terjerumus je kaki celah-celah lantai tu.

saya ingatkan seekor sahaja memandangkan perut Bintik kelihatan kecil, dan Bintik juga ibu dara. bak kata orang kampung saya, don't judge the book by its cover. kalau diikutkan melalui pembacaan saya, ibu dara yang beranak kembar ini akan dimasukkan dalam golongan elite. wow, betapa rarenya untuk ibu dara dapat kembar 2 seperti rarenya ibu yang beranak kembar 2, 3, 4.

walaupun Bintik merupakan kambing kampung, tapi performance yang ditunjukkan sangat hebat. jadi, secara automatiknya, saya mewartakan Bintik, Polka, Dot, dan bapanya, Jali, tidak akan dijual. tidak pasti dari mana genetik kembar ini datang dari siapa, Bintik atau Jali.

Bintik juga kambing yang agak manja dan mengada. suka kunyah seluar, baju saya. gigit-gigit jari, lengan dan belakang badan kalau saya tak berbaju.

gambar Polka Dot. berumur sehari.

inilah dia Polka dan Dot. warna badan putih, ikut Bintik, telinga ikut bintik, jalur kaki ikut jali. mengenai warna putih, saya ada baca bahawa genetik warna putih lebih dominan dari warna lain. Polka Dot ni, masa awal-awal, kaki selalu terjerumus ke celah-celah lantai. bahkan ada gak jatuh dari kandang sebab jarak papan di dinding agak luas. jadi, kedua-dua problem ini telah diatasi bagi tujuan keselamatan. walaubagaimanapun, saya kagum dengan Polka Dot, walau jatuh dari ketinggian 5 kaki, still standing. hebat. Alhamdulillah.

Polka Dot merupakan kelahiran kedua dan ketiga di kandang saya sejak saya mula ternak Mac 2012. Anak sulong, Awang, sekarang sudah berusia 6 bulan lebih. walaupun kecil, tapi tengok gaya, badan dia lebih padat dan berisi.

Inilah Awang, anak kepada Maria.


Ini pula Jali, bapa kepada Polka Dot, dan ketika hari kejadian, jali dianggarkan berusia 5 bulan lebih! fuyo... ini adalah fakta. Jali usia 5 bulan lebih, Bintik ibu dara, dan mendapat kembar 2 yang jatuh dari kandang still standing. Go go go kambing kampung!

gambar pengubat rindu. sempat gak ambil gambar lepas tampal ruangan di dinding untuk elak Polka Dot jatuh. gambar malam sebelum berlepas ke Sarawak. 27/10/2012. lepas siap di kandang, terus gerak bersiap untuk flight penang ke KL. 28/10/2012 KL ke Sibu, Sarawak.

Facebook