Sunday, February 3, 2013

Central Buck Performance Test - Re-post ^___^



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam ternak 1Malaysia dan bila boleh dapat bantuan kambing 1Malaysia BK1M. Hahaha.
Disebabkan minat yang mendalam, setiap hari saya akan baca maklumat mengenai kambing. Journal, research paper, presentation, website dan banyak lagi. Sambil singgah blog-blog senior dan rakan ternak seperti Prof AlwiBro IsalAkh Fairul dan ramai lagi. Dan tak lupa perbincangan dalam group Facebook. Sekarang saya banyak baca mengenai sistem-sistem crossbreeding seperti two-breed rotational, terminal cross, rotational/terminal cross dan composite cross. Saya sedang usahakan slide powerpoint untuk sistem-sistem crossbreeding ni dan slide untuk internal external ruminant parasite yang entah bila nak siap. Hahaha.
Saya banyak membaca mengenai composite breed. Antara composite breed yang popular adalah Kiko, Kinder, TexMaster, Texas Genemaster dan MoneyMaker. Tidak lupa juga composite breed tempatan, Jermasia. Di Indonesia, Boerka, Boerawa. Di Filipina BoAng. Ada yang dual purposed seperti Kinder, Kiko dan juga meat purposed seperti TexMaster. Terdapat juga composite dairy breed seperti Meelan. Dan banyak lagi composite breed seperti Mini Nubian. Alah boleh Google, pelbagaikan search keyword. Jangan asyik guna keyword yang kurang power.
Yang paling mendapat perhatian saya adalah baka Kiko. Kacukan antara induk kambing feral New Zealand dan pejantan dari baka susu seperti Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg. Dan kebiasaanya, baka Kiko ini berwarna putih. Saya ada tulis artikel mengenai baka Kiko di artikel Kacukan Feral: Kambing Kiko. Saya amat tertarik dengan kambing feral, sebab tu saya berminat dengan Kiko. Dan antara intipati penting kepada kejayaan baka Kiko ini adalah proses selection dan test yang dijalankan secara ketat oleh pemaju. Antara ujian yang dibuat oleh pemaju adalah membiar kambing bebas makan di atas pasture, tidak dipotong kuku, tidak dibantu kelahiran dan sebagainya. Ini adalah ujian untuk survival. Yang lemah akan terus di takai. No compromy.
Dan daripada Kiko test ini, membawa saya kepada pencarian maklumat mengenai goat test. Dan saya  teringat mengenai artikel prof alwi, My Buck and the Future. Dan keyword dalam pencarian ini adalah central performance test. Tetapi di dalam artikel Prof Alwi, beliau lebih prefer central buck punishment test. Pejantan berpotensi, akan menjalani kehidupan seperti Sparta. Ada teduhan, sedikit garam jilat. Dibiarkan bebas mencari makan sendiri dalam kebun sawit, lagi bagus kalau dekat dengan kawasan yang tinggi parasit, tiada konsentrat, tiada foraj tambahan tetapi mereka perlu menambah berat badan secara semulajadi. Tidak diberi ubat cacing, tidak diberi sebarang ubatan. Pejantan-pejantan ini perlu membina average daily gain yang cantik, parasite resistant dan resilience. The best will be chosen. Tapi, kalau nak lagi kaw hidup secara Spartan, teduhan dan garam jilat tidak perlu diberikan. Cukup teduhan pokok sawit, garam galian dari air yang diminum. Baru betul spartan, baru betul komando 69.
Dengan keyword central performance test, membawa saya kepada blog Western Maryland Pasture-Based Meat Goat Performance Test. Blog ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada para peserta dan bakal peserta goat performance test ini.  Ujian ini bertujuan menambah baik genetik kambing melalui central buck testing. Orang kuat di sebalik performance test ini adalah Susan Schoenian. Seorang pakar biri-biri dan kambing di Maryland. Ujian ini akan mencari pejantan mana yang terbaik dari segi growth performance, parasite resilience, parasite resistance, general health and thriftiness. Program ini tidak akan berkompromi dengan CL (caseous lymphadenitis). Kambing yang dijangkiti akan dihantar balik. Para peserta perlu membayar yuran untuk menyertai program ini. Kejayaan Central Buck Testing ini adalah melalui pengumpulan data yang dibuat. Data pertumbuhan, data FAMACHA, data FEC (fecal egg count), data kesihatan, karkas dan zakar. Melalui program ini, secara tidak langsung, para peserta dapat mengetahui kaedah penambahbaikan genetik yang dapat dibuat kerana seperti parasite resistance dapat diwarisi kepada anak-anak. Peserta mula mengetahui apa itu central performance testing. Peserta juga akan sedar mengenai kepentingan rekod ladang, rekod ternakan dan sebagainya. Baka yang paling banyak berada tangga teratas adalah baka Kiko dan kacukannya. Memang hebat baka kiko ni.
Untuk tahun 2012, antara kambing terbaik dalam Western Maryland Pasture Based Meat Goat Performace Test adalah milik Majencsik, iaitu seekor baka kacukan Kiko Boer. Kelahiran kembar 2 dengan Test Id 29. Berat permulaan 40.5 pound, berat akhir 61.5 pound. ADG 0.25 pound, dengan ADG ration 182.5% yang merupakan tertinggi  antara 38 ekor pejantan. Nombor 29 ini juga mengungguli FEC paling rendah, purata 289 berbanding dengan kambing yang ke 38, 2937. Gold untuk no 29. Tetapi untuk ranking FAMACHA, no 29 kalah dengan kambing milik Majencsik yang lain, test id 24. Purata skor untuk no 24 adalah 1.3 berbanding dengan no 29, 2.0.
Inilah usaha-usaha yang dijalankan oleh pakar-pakar biri-biri dan kambing di luar negara. Banyak aktiviti yang dijalankan dalam meningkatkan kesedaran dan ilmu para penternak di negara mereka. Alangkah bagusnya jika aktiviti seperti ini BANYAK dan SELALU dijalankan di Malaysia supaya industri ternakan kambing negara terasa bahangnya, terasa hangatnya. Saya memang selalu tulis artikel panjang-panjang sebab apabila yang masuknya banyak, keluar pun kena banyak. Lagi banyak membaca, lagi banyak kita tahu, lagi banyak kita nak kongsi. Antara rajin dan tidak sahaja. Apa pun, terima kasih kerana bertahan sehingga penghujung artikel. Insya Allah, apa yang saya cuba kongsikan dalam blog saya, Projek Kambing Muda ini adalah dari maklumat fresh, bukan copy membuta tuli je. Kalau ada copy pun, sebagai rujukan dan penyedap cerita. Sekian, terima kasih. ^___^

2 comments:

  1. Salam. Memang panjang panjang ko punya post. Aku heran gak itu hari bila klik tak keluar postnya. Rupanya salah coding ye (menatang apa pula tu?).

    Kalau nak buat betul betul komanda 69, tanpa reban tanpa garam, takut dia bertukar jadi feral, tak mahu tunduk kepada manusia. Ternakan mesti ada kawasan dia balik bila dah malam ATAU tuan gembala tidur dengan dia setiap malam walau berlainan kawasan.

    Regular contact with human must be established and maintained.

    Central Buck Test ni memang program yang sangat elok untuk menambah baik kualiti genetik tempatan. Tapi takde lagi kat malaysia. Bila nak buat ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 jam lebih punya karangan prof. kalo banyak sangat pikir nanti, lagi berjela jadinya. macam slide parasite dengan crossbreeding, macam2 nak masuk, hahaha. lambat la siap, kena tapis semulan.

      html coding prof. direct link, tak payah nak tulis alamat web berjela2 panjang. format dia boleh google, html link. biasa saya buat, supaya orang dapat terus ke blog saya lepas baca comment.

      betul gak tu prof, regular contact with human. ada pro & contra, kalo style komando 69, kurang hubungan, jadi feral tapi hardcore. kalo ada hubungan, hardcore gak, tapi prebet. lebih baik prebet, sebab dia gerak by team, by arahan. kalo komando, jadi John Rambo, main sebat je, naya gak. hehe.

      memang sangat elok prof. kalo taknak buat central buck test pun, buat buck competition pun ok dah. kalo benda kena bayar, pastu kambing jadi korban, memang orang kita susah sket. try ada hadiah, penyertaan percuma, berderet je orang masuk. hehe. tak boleh harap agensi berkenaan, lagi lama la nak tunggu, lambat, asyik nak tunggu peruntukan je. tak kreatif langsung. modal takda, cari la sponsor, kenakan yuran, buat JV, macam2 boleh buat kalo takda peruntukan. kalo ada peruntukan, tapi takda masa nak buat, buka tender je, takpun hantar surat tawaran kepada kandang-kandang berpotensi. takpun iklankan, isi borang, kandang mana yang nak jadi central tu, mesti ramai nak join. untuk layak, kenakan syarat2 tertentu. confirm penternak-penternak yang nak join ni akan mula buat record keeping, husbandry practice, in order to be eligible for the central buck test application/nomination.

      komen pun berjela. nasib baik blog sendiri. hahaha.

      Delete

Facebook