Tuesday, February 5, 2013

Daun vs Rumput

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam ternak 1Malaysia.

Apabila saya membaca artikel terkini daripada Prof Alwi mengenai napier, ditambah dengan komen Bro Isal dengan istilah biologinya, ada beberapa perkara yang saya membuatkan saya berasa kerdil, membuatkan otak saya ligat, cuba menghadam maklumat yang agak kompleks itu. Tetapi, sekali lagi mahaguru Google membantu. Dunia dihujung jari, taip saja keywordnya, insya Allah, akan terungkailah segala kesulitan.

Untuk artikel ni, saya nak kongsi penemuan saya based on artikel prof alwi. Kenapa pucuk-pucuk daun lebih sesuai kepada kambing berbanding rumput. Tapi belum sampai tahap Bro Isal la, tu dah  botani gred berapa dah. Hehehe. Memang pening bila nak faham bab botani. Tak pasal-pasal study bab botani plak. Prof Alwi punya pasal la ni. Hahaha.

Kadar metabolisme kambing adalah yang paling cepat diantara ruminan selain rusa. Tengok saja perangainya yang aktif, lompat sana sini. Lebih tinggi kadar metabolisme, lebih cepat makanan dihadam, lebih banyak makanan yang diperlukan untuk maintain tenaga seharian. Orang berbadan besar perlu kalori lebih 2000, orang yang aktif juga memerlukan kalori yang tinggi untuk cover balik tenaga yang digunakan sewaktu aktif. Kambing ni aktif, sebab tu kalo nak cepat gemuk, kena intensif, supaya tak banyak pergerakan, ditambah plak makan grain macam jagung, macam kena pam la jadinya.

Kambing ni kerja makan je, dia lebih banyak makan daripada rumination. Sebab kecekapan dia masa makan tu lebih tinggi, dia kunyah masa makan. Dia tak banyak chewing cud la orang kampung saya kata. Hahaha. Tapi dari mana kambing ni dapat tenaga? Dari makanan dia la. Itu pun nak tanya ke. Hahaha. Tenaga yang dia dapat adalah daripada fiber. Perasan tak peratus CF% (crude fiber) dalam ration makanan kambing, tu la benda dia. CF adalah anggaran kasar tenaga dalam makanan. Lebih tinggi fiber, lebih rendah bahan yang boleh cerna, lebih rendah TDN (total digestible nutrient). 

FIBER
Dinding sel terdiri daripada fiber. Dan fiber ini terdiri daripada cellulose, hemicellulose, dan lignin.

Animal Nutrition

CELLULOSE
Bahan paling organik atas muka bumi. Lebih kurang 33% dalam tumbuhan terdiri daripada cellulose. Cellulose ini adalah polymer, karbohidrat kompleks yang terbina secara selari daripada rantaian monomer glucose. Starch juga karbohidrat kompleks yang terbina daripada glucose.

Glucose, Cellulose & Starch

Tidak boleh diurai oleh manusia tapi boleh diurai oleh ruminan. Ruminan mempunyai bakteria anaerobik simbiotik seperti  Cellulomonas dalam flora rumen, yang menghasilkan enzim dipanggil cellulases yang membantu mikroorganisma untuk mengurai cellulose, dan aktiviti ini dipanggil cellulysis. Kadar cellulose dalam daun-daun lebih tinggi dari rumput.



Cellulose is a linear chain of several hundred to ten thousand β-(1→4) linked D-glucose units. Unlike starch this polymer has no branching. The chain structure forms a stiff extended conformation that results in extensive hydrogen bonding with adjacent chains. The result is the formation of microfibrils with high tensile strength and poor water solubility.

Cellulase enzyme catalyzes the hydrolysis of cellulose into glucose. Cellulase enzymes are produced primarily by fungi, bacteria, and protozoans. Termites and ruminant herbivores digest cellulose through the action of symbiotic bacteria located in their intestines and ruminating chambers respectively. Cellulases are a mixture of slightly different enzymes that include endo-1,4-β-glucanase enzymes, which attack internal bonds, exo-1,4-β-glucanase enzymes, which cleave two to four units from the ends of cellulose strands and cellobiase, which cleaves the disaccharide cellobiose into two glucose moieties. ( Enzymatic Digestion of Polysaccharides (Part II))

 
HEMICELLULOSE
Adalah polysaccharide berkait dengan cellulose yang terdiri daripada beberapa jenis gula terutamanya xylose. Rantaian hemicellulose lebih pendek. Ciri-cirinya bercabang tetapi cellulose tidak bercabang.



Xylanase enzymes digest xylan polymers, which are a major constituent of the hemicellulose, into xylose. Xylans are heteropolymers consisting primarily of the pentose sugars xylose and arabinose. The main backbone of xylan consists of β-(1→4) linked xylose residues with side chains branching from the 2 and 3 position carbons also. Xylose is a five carbon monosaccharide that can form either furanose (5-member) or pyranose (6-member) ring structures. ( Enzymatic Digestion of Polysaccharides (Part II))

Mikroorganisma menggunakan cellulose dan hemicellulose yang merupak dinding sel lembut sebagai tenaga. Melaluli penguraian bakteria, ruminan dapat menggunakan foraj sebagai sumber TENAGA. Tetapi untuk memboleh ruminan dapat tenaga, mereka perlu menembusi pertahanan LIGNIN dahulu.

LIGNIN
Adalah polymer organik kompleks yang wujud dalam tisu tumbuhan. Memainkan peranan penting dalam tumbuhan. tidak boleh dihadam. Lignin ini memberi kekuatan kepada daun, stem, ranting, dahan untuk membolehkan tumbuhan mempunyai kekuatan untuk tumbuh tegak bersaing mendapatkan cahaya matahari. Menyimpan karbon dan penting dalam pengangkutan air dalam tumbuhan. Lebih banyak lignin, lebih keras tumbuhan itu. Semakin tua pokok, semakin banyak lignin.

Lignin juga merupakan urat-urat dalam tumbuhan. Ada dua jenis struktur urat dalam daun, jenis jaring (pinnate/palmate) dan selari (parallel), Type of Leaves. Daun-daun pokok, legume, paku pakis, bukan macam rumput, bulat bujur dan sebagainya, mempunyai urat-urat jaring. Daun-daun yang seperti rumput, waterlily dan rumput macam napier mempunyai urat selari. Organisma makro dalam rumen boleh urai daun berurat jaring lebih cepat berbanding berurat selari. Sumber dari Onion Creek Ranch, boleh baca detail di sini FORAGERS/BROWSERS - NOT GRAZERS, The Reasons Why

Memandangkan kambing mempunyai passage rate bahan makanan yang cepat,  ia perlu makan makanan yang organisma makro dalam rumen boleh cerna dengan cepat. Rumput muda kambing boleh cerna cepat berbanding rumput matang kerana rumput muda, pucuk, yang hijau terang lagi tu, lignin masih kurang. Kambing masih boleh makan rumput, tapi rumput yang betul-betul muda, belum capai tahap lembu punya rumput. Berbanding dengan daun-daun, lebih lagi pucuk, lagi cepat makanan itu diproses. Lebih cepat dapat tenaga untuk cover metabolisme kambing dan tenaga untuk aktif. salah satu kaedah yang membolehkan serat/fiber dapat dicerna dengan lebih baik adalah dengan menghancurkan rumput itu dalam particle yang lebih kecil. seperti penggunaan mesin chopper dan sebagai. capital and labour cost tu.

Kambing tidak dapat cerna makanan yang terlalu kompleks macam rumput tua atau jerami dengan baik kerana disamping kandungan fiber yang tinggi, makanan ini tidak berada dalam gastrointestinal untuk jangka masa yang lama. Poor quality forage untuk kambing adalah sumber makanan yang tidak boleh dihadam dengan cepat tetapi pucuk-pucuk adalah high quality forage untuk kambing yang mana poor quality forage untuk lembu. Kenapa? Lembu mana tahan pahit pucuk-pucuk daun ni, condensed tannin bagai.

Kadang kala adalah perlu untuk memberi kambing makan konsentrat untuk keperluan tenaga kambing. Itupun jika kambing tidak cukup makan daun. Seperti yang saya kata awal tadi, daun-daun mempunyai kadar cellulose yang tinggi, yang merupakan karbohidrat kompleks, dan karbohidrat ini merupakah salah satu sumber tenaga kepada hidupan. Kurang makan daun, kena la tambah dedak, cukup makan daun, cukup dia browsing, buat semi intensif, cukup la makan dia, cukup la tenaga yang diperlukan dia, tak perlu dah dedak. Nampak tak kaitan dengan browsing dengan penggunaan dedak? Macam saya, saya tak dapat nak lepas browsing selalu, jadi perlu SUPPLEMENT dedak. Nampak tak saya besarkan SUPPLEMENT. Supplement ini hanya untuk mark up mana yang tak cukup. Ibarat anak kita yang tak suka makan sayur, kita bagi makan Appeton. Betul tak? Bila dedak jadi makanan ruji, makanan utama, kopak la duit, botak la tokey. melainkan untuk fattening.

 Metabolisme kambing tinggi, perlukan makanan yang banyak untuk cover keperluan tenaga yang cukup supaya ia dapat hidup aktif. Pada masa yang sama digestive tract dia pendek, tak sepanjang lembu, dan passage rate bahan makanan cepat. Jadi kambing memerlukan sumber makanan yang berkualiti, tinggi tenaga, cepat hadam iaitu pucuk-pucuk daun yang lembut, muda berjus, yang mana tahap ulam buat kita. Tetapi macam mana yang dikatakan kambing dapat hidup dalam keadaan yang kurang makanan, kurang zat? Tunggu... nanti pula saya tulis. Dah cukup panjang ni. Terima kasih kerana membaca, fikir-fikirakan, dan selamat beramal.

8 comments:

  1. Perghh..terbaik artikel ust.Don Jenal.den bleh bca artikel yg kompleks2 tp den xtau nk critakn or huraikn blik apa yg den bca utk bg org faham.tp Ust.Don pnya pnerangn bgus.sng faham.hehe..

    keep it up Ust.Don..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. saya rujuk beberapa page, beberapa jurnal. nak mencari maklumat yang sepakat sebab ada yang slightly different. tu yang jadi ragu-ragu sket bila tulis, takut salah bagi.

      kalau saya copy bulat2, saya sendiri pun tak paham gak. kena tulis, padam, tulis seringkas mungkin. tu pun ada hati nak sumbat lagi. hahaha.

      insya Allah, saya akan teruskan usaha. maklumat macam ni, orang zaman 2009, 2010 tak merasa. tu prof Alwi post pasal kambing makan kat cerun 90 darjah plak. memang saya tulis nanti tu. hehe

      Delete
  2. Mak aihh aku pula yang pening baca hahaha..

    siap masuk rajah rajah struktur molekul.

    dasat punya research ni.

    kalah aku.

    respect.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ada improvement..

      kita nak banyak lagi blog macam ni..

      kalo asyik nak iklan saja boring...

      Delete
    2. Prof Alwi, memang pening. saya baca pun pening dengan istilah-istilah kimia botani ni. tapi ni semua dari idea prof la. belum terfikir lagi sebelum ni. picu gattling gun ditarik, apa lagi, berdas-das la.

      bro NurTernak, blog bro pun banyak gak maklumat yang berguna. walaupun major dia biri-biri, tak jauh beza dengan kambing. memang patut ada blog-blog ilmiah macam ni. iklan tu sepatutnya sampingan. yang akan menarik orang ke blog adalah kandungan, bila kandungannya bermanfaat, berilmiah, ramai la akan datang. bila datang ramai, baru selit iklan-iklan. itu baru betul. hehehe.

      Delete
    3. Kita berbuat sesuatu atas ilmu yang ada. Jadi, istilah iklan di blog itu pun bergantung pada ilmu juga. Merujuk kepada seorang pakar motivasi, lebah akan nampak bunga2 disekelilingnya, lalat pula sebaliknya. Wallahu'alam

      Delete
  3. apa yang penting kena ada ilmu... dengan adanya kandungan yang bermanfaat dah tentunya akan memberikan manfaat yang lebih kepada mereka yang atang menjenguk blog...

    ReplyDelete

Facebook