Saturday, February 9, 2013

Sepupu Sepapat Kambing Domestik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. untuk kali ini, bukan artikel, tapi slide powerpoint. Bertajuk Capra Aegagrus Hircus a.k.a kambing domestik. Slide ini menerangkan serba sedikit family, subfamily dan genus kambing domestik beserta keturunan, saudara mara dan sepupu-sepapat kambing-kambing di kandang tuan tu. Insya Allah, kita dapat kenal dengan lebih dekat mengenai kambing ni.

Saya tak dapat nak kongsi sangat perjalanan penternakan kambing saya, maklumlah, kerja di Sarawak, jadi ini cara saya mengubat rindu pada kambing-kambing. Apa saya peduli orang nak kata apa, jual ke tak jual ke, yang saya tau, kambing saya ada yang beranak, ada yang mati. Saya cari petai belalang bagi kambing. Beli kambing sumbat dalam bonet proton saga saya. Saya kongsi maklumat, saya dah rasa pengalaman menternak dan akan terus menternak. Kandang pertama saya buat sendiri. Kaut taik kambing bawah kandang. Dan extension pada kandang saya nanti pun bakal dibuat sendiri. Saya tak peduli orang nak perlekeh apa yang saya kongsikan dalam blog Projek Kambing Muda ni. Kalau salah perbetulkan, kalau betul, just read, comment and let me do my job. Kalau tak tahu, tanya takpun Google je. Saya tak belajar bab-bab penternakan, tapi saya tahu dari pengalaman, pembacaan dan bertanya pada otai. Eh, melalut plak. hahaha. enjoy the slide! ^___^



6 comments:

  1. dapat ilmu ttg jenis2 kambing.mmg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis kambing, sepupu kepada kambing domestik. tapi bawah kambing domestik, ada banyak jenis baka plak. kalau buat slide, jenuh gak tu. hehe.

      Delete
  2. siap buat slide tu.hehe..byak masa tul ust.Don ni..den suka part seladang tu jer..lembu liar trbesar di duniaaa..msih berangan-angan utk mengkacukkn Pejantan Seladang dengan Induk Bali..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cuti, internet plak tengah ok, bedal buat slide la. haha. memang pun, bangga tol ada lembu liar terbesar dunia di Malaysia, lagi besar dari nenek moyang dia.

      seladang x bali? hahaha. yang saya dengar, bali x kk tak jadi. tapi tak tau la. anak-anak tak produktif.

      Delete
  3. Betul Seladang cross KK xjadi sbb bilangan kromosom brlainan Seladang ada 2n=56,lembu plak 2n=60 bila kacuk dpt tgh 2n=58 dan ada 2n=60 cuma xsubur.Lembu Bali asal dari Banteng(lembu liar Indonesia) yang dijinakkkan dan kalu xsalah kromosom Banteng 2n=56 sama dgn seladang.Jadi kalu betul maknanya seladang boleh dikacukkan dengan Banteng@Bali..kalu tgok bentuk fizikal pun ada persamaan antra Bali dgn Seladang ni.kalu Banteng boleh di'domestikasikn' xkan seladang xboleh.ye x bro DOn?hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... ini ilmu kromosom ni.. kalo dari segi fizikal, nampak lebih kurang sama je kontur badan dia. mungkin boleh dicuba. boleh try AI la kot. hehehe. mintak dekat vet. haha.

      Delete

Facebook