Thursday, March 28, 2013

Fokus: Kambing Muda + Sistem Roto-Terminal.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam apa sahaja yang kita buat, kita perlu fokus. Dalam penternakan juga kita perlu fokus. Apakah sasaran atau matlamat yang ingin dicapai.

Matlamat saya adalah untuk menghasilkan kambing muda. Kambing muda yang dapat dihasilkan seawal umur 5 atau 6 bulan. Tujuan utama saya adalah untuk mengubah persepsi masyarakat yang takut makan daging kambing. Daging kambing sebenarnya berkhasiat, tetapi masyarakt dikaburi dengan mitos-mitos lagenda dahulu kala, yang menyebabkan mereka, apabila diberitahu, "saya makan beriani kambing" maka dia akan menjawab "eeewww...". Tetapi apabila diajak makan fast food, "Jom!"

Dengan menghasilkan kambing muda, saya akan dapat pulangan yang lebih cepat, seawal umur kambing muda itu. Kos dapat dikurangkan, pulangan juga berbaloi. Tetapi untuk mendapat kambing muda yang saiznya sesuai dengan permintaan pasaran, growth ratenya perlu bagus, average daily gain cantik dan feed conversion rationya cekap, meat to bone ratio cun serta kambing muda itu dapat hidup sihat sehingga saat dijual.

Tidak dinafikan, baka Boer mempunyai growth rate yang cantik, average daily gain yang cun, maka ianya sangat sesuai untuk dimasukkan dalam program kambing muda saya. Tapi adakah ianya berbaloi dengan keadaan cuaca kita? Masih berbaloi walaupun prestasinya tak sehebat di tempat asal. Tetapi masih diperlukan untuk memberi boost kepada kambing muda supaya growth ratenya lebih baik. Kena cari kelahiran tempatan la jawabnya. Di mana saya akan letakkan baka Boer ini? saya akan jadikannya Terminal Sire. Kopak la nak bela boer banyak-banyak. Bela seekor dua pejantan yang betul-betul excellence, sudah cukup untuk program ini. Dengan menggunakan sistem Terminal, semua anak akan dipasarkan, tak kira jantan atau betina.

Bagaimana dengan induk betina? Di sinilah tricky partnya. Makan tahun. Saya nak induk betina saya mempunyai genetik susu. Supaya susu yang akan diberikan kepada anak Terminal sangat-sangat cukup, kalau lebih, tuan kambing boleh tumpang sekali. hehehe. Tetapi untuk mendapatkan induk betina seperti yang diidamkan, saya akan menggunakan sistem Rotational. Untuk sistem rotational, baka asas yang akan saya gunakan adalah pejantan daripada baka dairy Saanen/Anglo Nubian dan induk betina daripada baka kacukan kampung (kalau ori kampung, larat ke dia tahan Saanen? haha)

Apakah target saya untuk sistem rotational ni? Untuk mendapatkan induk dengan 62.5% dairy dan ada darah tempatan.

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Untuk generasi pertama: 100% Saanen (S) x 100% Kacukan Kampung (KK)

akan dapat: 50%S:50%KK. Anak jantan akan dijual semua. Anak betina simpan. Yang tak ok, akan dijual juga. Kasi sembelih. Nanti jual untuk baka, orang complaint plak tak perform. hahaha.

Generasi kedua: 50%S:50%KK x 100%KK (yang paling hardcore!! Spartan!! Lulus CBPT kalau ada la..)

akan dapat: 25%S:75%KK. Macam biasa, jantan akan dijual semua. Anak betina yang cun simpan. Yang tak cun, dijual.

Generasi ketiga: 25%S:75%KK x 100%S

akan dapat: 62.5%S:37.5KK. Yang ni tak macam biasa. Sebab bila dah capai tahap ni, saya akan hentikan sistem rotational. Tiba masa untuk inter se mating. Anak jantan yang terbaik akan disimpan, yang lain jual. Anak betina tidak akan dijual, kerana masa ni lah akan bermulanya sistem terminal saya.

Induk 62.5% dari sistem terminal akan dinilai, yang mana terbaik, akan dijadikan replacement doe, untuk dikahwinkan dengan pejantan 62.5% terbaik yang telah dipilih. Pada masa ni, ada 2 program pembiakan akan berjalan, linebreeding (stok 62.5%) dan terminal crossing (stok kambing muda).

Kenapa saya memilih induk kambing kampung? Sebab saya nak kurangkan kebergantungan saya terhadap ubat-ubat, dewormer & sebagainya. Kalau ada kes pun, akan buat secara selective. Jadi saya perlukan genetik yang mempunyai daya tahan terhadap cuaca tropika dan parasit serta merupakan baka yang prolifik. Iaitu kambing katjang/ kacukan katjang. Lagi satu nak bagi ada warna sikit, baru menarik. Kalo plain putih je, boring gak tengok hari-hari. Dan semestinya kacukan dairy kampung ni, akan meragut di atas tanah. Bagi exercise. Berpeluh, bina otot, dapat cahaya matahari, dapat hirup udara segar, berlari sana sini.

Jadi, ini sebahagian daripada plan mega saya. Start small, end big. Banyak yang perlu difikirkan, tempat nak bela la yang paling penting. Berapa ekar tanah kena ada tu. At least ada 2 paddock berasingan. Plan saya mungkin nampak gah, mungkin tak dapat dicapai, tapi saya menanti 4 5 tahun untuk dapat kambing pertama saya, yang merupakan langkah pertama saya menceburi bidang ternakan kambing. sekurang-kurang saya sudah mula menapak, kemudian pacak tiang, kemudian pasang bumbung, buat dinding. lama-lama siap la sebuah banglo Projek Kambing Muda.

Saya suka akan quote salah seorang senior saya kata, ambil dari filem Avatar, tak perlu dituang gelas yang penuh, nanti melimpah. lebih kurang macam tu la. tapi saya tak nak jadi gelas, saya nak jadi span. lagi besar span, lagi banyak air dapat diserap, lagi banyak cawan boleh diperahkan air tu.

Berjela dah artikel saya ni. Nasib baik blog sendiri. hahaha. Prof Alwi ada kata, buat blog dalam blog. Penuh comment saya yang berjela-jela dalam blog beliau. Untuk baka 62.5% tu, bila dah ada lebihan, saya nak mulakan program pembiakan komuniti plak. Ala-ala program community-based yang dijalankan di Uganda, Kenya dan sewaktu dengannya. Menaik taraf kehidupan masyarakat luar bandar dengan kambing susu. Atau rumah anak yatim, rumah kebajikan dan lain-lain. Bagi 2 ekor induk 62.5% yang bunting, dia kena ganti dengan 4 ekor anak. 4 ekor anak ni, bagi pada orang lain plak. Mungkin JV dengan pejabat kebajikan masyarakat. Nak simpan kambing banyak-banyak pun, makan kos makan ruang, bagi pada orang, buat la charity sket. Wujudkan sistem kutipan susu. 1 kampung, 1 pusat pengumpulan susu, 1 jenama susu. Mantap!

Sekian sahaja daripada saya, tak perlu hadam banyak-banyak apa yang saya kongsikan kerana ini pelan projek kambing muda saya. tahniah kerana membaca sehingga setakat ini. Semoga akan lebih ramai penternak kambing dilahirkan demi mengurangkan kebergantungan kita kepada import dan memenuhi permintaan pasaran tempatan dengan kambing tempat. Wallahu a'lam.

Wednesday, March 20, 2013

Integrated Parasite Management (IPM) in Small Ruminants

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk artikel kali ini, saya nak kongsikan slide yang disediakan oleh SUSAN SCHOENIAN, Sheep & Goat Specialist University di Maryland Extension. Emel beliau, sschoen@umd.edu dan laman web yang dikendalikan oleh beliau, www.sheepandgoat.com



Monday, March 4, 2013

Kelahiran Anak Kambing Berbondon-bondon


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya pasti tuan-tuan penternak sangat seronok bila kambing beranak, even yang tengok pun seronok sebab anak kambing comel. Kalau boleh, nak buat pet. Hahaha. Litter size adalah antara faktor kejayaan terhadap kejayaan sesuatu kandang. Kalau dok beranak seekor demi seekor, macam mana nak cashflow kencang, laju.

Untuk artikel kali ini, saya nak kongsi gambar je. Bagi bakor semangat. Projek Kambing Muda, lagi banyak anak kambing dilahirkan, lagi banyak la kambing muda yang akan dihasilkan.

Dara biasa beranak seekor, tapi saya ada dara yang beranak kembar dua. Litter size ni bergantung kepada banyak faktor.

Dara kembar 2, Polka dan Dot. Kambing saya ni. Biasa je. TWINS
Tapi seekor anak dia dah mati, Feb 2013, kesian. ;(

Kembar 3, TRIPLETS

Kembar 4, QUADRUPLETS


Kembar 5, QUINTUPLETS


Kembar 6, SEXTUPLETS


Kembar 7. SEPTUPLETS
Biri-biri pun boleh kembar 7??? SubhanAllah.

Bagaimana tuan-tuan, sahabat2 dan otai2 penternak. Nothing is impossible kalau kena caranya. Ada banyak cara nak tingkat litter size. Flushing, embryo transfer. Flushing paling mudah.

Facebook