Tuesday, April 24, 2012

Anak Jantan Sulung - Awang Kecik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

setelah sebulan membela kambing, ibu bunting Maria, selamat melahirkan seekor anak jantan pada 14/4/2012, diberi nama Awang Kecik. Gambar diambil pada 22/4/2012

 Awang Kecik, anak sulung Maria

 Saya & Awang Kecik

 Inilah playground Awang Kecik. Di bawah tu ada raga motor, saya letakkan guni, tempat Awang Kecik tidur dan melepak.

 sedang makan dedak, Awang Kecik macam berminat. haha.

Aktiviti Meragut Di Waktu Petang. Awas!
 Big Mama & Jali



 Bintik & Cik Bong



 Jali Si Hero Loceng

Sunday, April 1, 2012

Bermulanya Projek Kambing Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

saya memulakan projek kambing ini dengan membeli 4 ekor kambing kampung pada bulan Mac 2012. Seekor induk dengan seekor anak jantan, seekor induk bunting dan seekor dara. Minggu berikutnya saya membeli lagi seekor dara.

 Suasana dalam kandang. Lantai bersimen ala kadar. Garam jilat digantung. Pelepah sawit jadi habuan.

 Ibu dan anak jantannya (berloceng, ting ting waktu dia berlari-lari...) (Big Mama & Jali)

 Ibu bunting (Maria)

 Dara 1st (Bintik)


 Dara 2nd (Cik Bong)


kandang dibina oleh saya sendiri, ukuran lebih kurang 9 kaki x 9 kaki. kandang menggunakan kayu-kayu pellet kilang yang dikutip di kawasan kilang dan tapak pembuangan. bumbung menggunakan plastik yang dibuang. modal yang dikeluarkan adalah modal paku, minyak kereta cari kayu pellet sahaja.


 Kandang Binaan Sendiri (Hasil dari kayu pellet kilang dan bahan-bahan buangan)


 Inilah saya, sedang mengaut emas hitam...


 Bintik memang suka kunyah jari, kunyah seluar dan gigit tangan serta belakang badan (time berpeluh tak berbaju)

Facebook