Friday, August 31, 2012

Kenapa Saya Memilih Kambing Muda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya ini. saya dari kecik minat dengan binatang ternakan. sejak beberapa tahun kebelakangan ini, minat saya terhadap penternakan kambing makin menjadi-jadi. banyak yang telah saya baca mengenai penternakan kambing, dan pada tahun 2012 ini, barulah saya dapat merealisasikan impian saya, hasrat saya yang telah sekian lama untuk memiliki ternakan kambing sendiri.

bermacam-macam maklumat mengenai penternakan kambing yang telah saya perolehi, dari laman web dalam dan luar negara, kertas kerja perniagaan penternakan kambing, kerja penyelidikan bidang ternakan kambing dan banyak lagi. banyak mazhab, pening juga kepala. jadi, saya telah tetapkan matlamat projek saya untuk menjalankan projek kambing muda. kenapa saya memilih kambing muda?

jika saya berhasrat untuk menternak secara kecil-kecilan, saya tidak akan bercerita dalam blog ini tetapi saya bercita-cita untuk terlibat dalam penternakan kambing secara komersil. jadi, apabila terlibat dalam penternakan kambing secara komersil, perkara utama adalah untuk mendapatkan keuntungan. bagi mendapat pulangan yang cepat, saya perlukan produk segera, tanpa perlu tunggu lama. faktor inilah menjadikan saya berminat untuk menjalankan projek kambing muda.


dengan menghasilkan kambing muda untuk pasaran, saya tidak perlu memelihara kambing tersebut untuk tempoh yang lama, kos penternakan juga dapat dikurangkan. hasil juga boleh diperoleh dalam masa yang singkat. dan harga daging kambing di pasaran juga dapat dikurangkan seterusnya dapat bersaing dengan daging kambing import. ini dapat memberi peluang kepada bakal-bakal peminat dan peminat daging kambing sedia untuk menikmati daging kambing tempatan pada harga yang lebih murah dan lebih enak seperti kambing muda panggang atau cabrito.


Cabrito (kambing muda panggang) adalah makanan yang terkenal di Monterrey dan ianya dibakar dengan arang. Gambar di bawah adalah gambar dapur El Rey de Cabrito (The King of Goat), salah satu restoran cabrito terbesar di Monterrey. Sumber gambar: http://www.flickr.com/photos/55622404@N00/201451273/in/photostream/
Cabrito sedang dipanggang.
Dada Cabrito Panggang @ Cabrito Pecho
Nampak sedap dan menyelerakan. bila la nak dapat merasa ni. hehe. bayangkan kalau cabrito ni dijual seperti ayam golek. fuh.... kambing golek. jadi, setakat ini dahulu, entry ini akan diupdate lagi. terima kasih sekali lagi. majulah projek kambing muda untuk pasaran Malaysia.


Tuesday, August 28, 2012

Pejantan Feral Untuk Projek Kambing Muda Fasa 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam entry ini saya akan tunjukkan kepada rakan-rakan ternak Pejantan Feral yang telah saya beli untuk pembiakan ternakan kambing saya.

Inilah Hero di kandang saya. Black Si Feral. Terpaksa di tambat kerana terlalu aktif menanduk Jali & Awang Kecik. Menurut Abang Usul (Tokey Kambing), Black ni sudah lama di tanah Malaysia, dan sudah luruh bulu lamanya. Menandakan Black semakin dapat menyesuaikan diri dengan cuaca Malaysia. Bulunya akan tumbuh balik. Gambar ini diambil pada 25 Ogos 2012.

Sebab saya memilih Feral sebagai pejantan, 1, sebab tanduknya yang cool itu. 2, sebab dia telinga pendek, saya tak suka telinga panjang, tak smart langsung (hahaha), 3, sebab badan dia agak padat, berisi, sesuai untuk projek kambing muda (pada pandangan saya la).

Ini adalah gambar Black bersama geng senegara di kandang Abang Usul. Saya berminat dengan jantan disebelahnya, tapi menurut Abang Usul, jantan tersebut masih baru, belum dapat sesuai dengan cuaca Malaysia. kalau buh pisau cantik la tu. Lagipun, tengok gaya tanduk, lebih tua dari Black, so tempoh masa khidmat dia kurang. Gambar ini diambil pada 18 Ogos 2012. Hari saya beli Black.

Ini gambar Black di waktu malam bersama awek-awek barunya. Motif gambar ini, adalah untuk tunjukkan mata Black yang bercahaya, hijau dan biru itu. Stylo.... Gambar ini diambil pada 26 Ogos 2012, malam sebelum saya berangkat pulang ke Sarawak.

Ini adalah gambar latest Jali & Awang Kecik. lupa nak ambil angle gambar yang lebih baik untuk blog ni. tapi ok la kan. dua-dua ekor ni la yang jadi mangsa Black.

sekian, untuk entry ini. terima kasih.

 Ini adalah gambar Pejantan Feral Kacukan Kampung yang gagah milik Feral KK. Pejantan seperti inilah yang saya mahu hasilkan. Stylo... boleh layari blog Feral KK di Feral-KK

Facebook