Monday, December 31, 2012

Berakhirnya era 2012...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, tahun 2013 lagi dua hari je. Masuk tahun baru, macam2 kena ubah kepada yang lebih baru. yang paling popular azam baru la. Azam baru saya, kuruskan badan dan tambah kambing. Rezeki lebih, kahwin. hehehe

Banyak yang telah saya pelajari sepanjang tahun 2012 ni. Daripada tiada kambing, sekarang dan 17 ekor. Alhamdulillah. banyak risiko dan cabaran ternak kambing ni. kambing saya mati 2 ekor dewasa dan 3 ekor anak. sedih memang sedih, tapi yang hidup perlu teruskan.

Saya dah melawat beberapa kandang otai-otai ternakan seperti Alwi Goat Farm di Bidor Perak, MJ Fatonah di Kuala Selangor, Sinar Utara Agrofarm di Jeniang Kedah, Ladang Boer Risda di Changlun Kedah dan tak lupa juga tokey supplier kambing saya Abang Usul di Sungai Layar, Sungai Petani Kedah. Saya tak berapa rajin lagi nak update kandang-kandang yang telah saya lawati selain Alwi Goat Farm. Insya Allah, awal tahun nanti. kena buka buku baru dah, jadi, buku lama kena update segera.

Saya juga telah menjadi ahli Group Pembiak Kambing/Biri-biri Tulen. di sinilah berkumpulnya otai-otai penternakan kambing dan biri-biri berkumpul. Ramai ahli yang sangat berpengalaman dan yang baru mula berjinak-jinak dalam pembiakan kambing dan biri-biri. Perkara seperti inilah yang patut kita lakukan dari zaman kegemilangan ternakan kambing dulu bagi mengelak industri penternakan kambing Malaysia jadi seperti pada hari. Pelbagai mehnah, tribulasi dan banyak lagi ayat bombastik yang berkenaan, yang menyebabkan penternakan ruminan kecil kambing dan biri-biri menjadi tempang akibat kerakusan segelintir pihak dan kekurangan ilmu para pembiak ruminan.

Alhamdulillah, walaupun pelbagai isu-isu penternakan melanda Malaysia sekarang, masih terdapat lagi pejuang-pejuang ruminan yang masih bertahan dengan gagahnya walaupun kandang hampir runtuh, tapi produksi sangat memberangsangkan. Kita tak boleh dah nak bergantung kepada orang talk and know nothing tetapi kita perlu beralih arah kepada mereka yang talk and doing something. hanya jauhari mengenal manikam. Action speak louder than word. jangan cakap macam tong kosong, ketuk bunyi kuat, tapi isi tiada. Biarlah kandang kambing tu macam reban ayam, tetapi ada hasil, ada income. ada orang datang cari, "kambing aqiqah ada tak?"

Apa yang penting untuk bertahan dalam industri penternakan ruminan kecil kambing dan biri-biri ini adalah untuk terus mencari ilmu, bertanya pada yang berpengalaman, mewujudkan jaringan antara penternak dan sentiasa beristiqamah serta sabar. Kura-kura jalannya perlahan, tapi menang jua akhirnya. Daging kambing yang di buat BBQ lagi sedap dari daging kambing goreng. ada kaitan ke? hahaha. apa pun, untuk kita berdiri teguh, kita perlu tanam kaki kita. tapi di mana kita nak tanam, bagaimana kita nak tanam, terserah kepada kita sendiri.

Insya Allah, tahun 2013 bakal menjadi tahun baru, menjadi pembuka kepada penternak-penternak ruminan kecil tempatan kembali bertebaran di serata pelosok negara Malaysia ini. semoga semakin banyaklah usaha Kerajaan untuk menaik tarafkan penternak kambing dan biri-biri di Malaysia. kurangkan import, banyakkan pengeluaran tempatan. kita mampu buat. Filipina boleh, Indonesia boleh, Afrika pun boleh. kita pasti boleh.

Saya akan cuba untuk berkongsi kepada rakan-rakan ternak semua maklumat-maklumat yang saya ada. semoga kita menjadi penternak yang  berilmu, beriman dan sentiasa beramal dalam mencari redhaNya, Subhanallah. Terima kasih kepada anda yang mengikuti blog saya sepanjang tahun 2012 ini. Saya hanya seorang penternak muda yang bercita-cita. Sekian, Assalamualaikum dan salam ternak 1Malaysia.

Facebook