Tuesday, March 4, 2014

Berapa Banyak Nak Tanam Napier Untuk Kambing?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama saya menyepi, bukan tak aktif, tapi ada aktiviti rancak sedang berjalan secara underground. Nama pun Don, ala-ala mafia punya movement la, senyap, bila strike, gempak! hahahaha.



Hari ni nak cerita sikit pasal penanaman napier. Kalau cara atau kaedah penanaman napier ni, bersepah dalam internet, boleh Google. Tapi post saya ni, saya nak share, pengiraan, berapa banyak nak tanam napier untuk kambing.

Ini data yang diambil dari blog. Banyak benda sama je, orang dok copy paste, tak tau mana original. Hahaha. Data ni untuk napier india.

PENGIRAAN

# 1 ekar boleh ditanam 3,200 benih pokok, sistem 4'x 4'= 3,200 pokok seekar.

# 1 benih mampu mengeluarkan 20+/- mata tunas

# 1 mata tunas, purata berat dalam 1kg/pokok.

# 1 ekor kambing perlu makan 3kg sehari.

# Andaikata, dianggarkan Minimum 1 ruas (20 pokok) mampu mengeluarkan berat sebanyak 12kg/ruas. bermakna untuk 1 ekar pokok rumput Napier India mampu mengeluarkan hasil sebanyak 38,400kg rumput.Maksimum yg kami mampu buat mengunakan baja kami ialah, 20kg/ ruas ~ 64,000kg/seekar!


Tapi, kalau mengikut data ni, 1 kambing perlu makan 3kg sehari, macam tak berapa tepat. Kenapa? Kambing perlu makan sekurang-kurangnya 1% bahan kering dari berat badan. Biasa untuk peningkatan berat badan atau induk bunting/menyusu, 3-4%. Kita ambil 3%.

Kambing, berat 30kg. 3% berat badan, 900gram bahan kering.

Napier, bahan kering 20%. Jadi berapa banyak napier nak dapat 900gram bahan kering?

20% x Napier (kg) = 900gram
0.2napier(kg) =  900gram
Napier(kg) = 4500gram @ 4.5kg

betul tak? check. 0.2 x 4500 = 900 gram.

Jadi seekor kambing 30kg, memerlukan 4.5kg napier. TETAPI!! kambing ni bukan macam bebiri, kalau bebiri mungkin dia akan makan 90-100% napier yang kita bagi, kambing ni memilih, akan ada yang bersepah atas lantai.

Jadi kita up 30-40% dari jumlah sebenar. 4.5kg napier kepada 5.85kg napier untuk seekor kambing berat 30kg.

Daripada data, 1 benih/perdu, boleh hasil 20 tunas, dengan 1 tunas seberat 1 kg. Jadi boleh dapat 20kg 1 benih. Itu kalau penjagaan TIPTOP. Kalau jenis baloq liat, jangan harap la, silap2 10kg pun tak dapat 1 perdu. Teknik penanaman pun kena betul, nak menyenget ke, nak menegak ke, terapung ke, pilih teknik yang sesuai dengan tanah dan dapat beri pulangan maksima.

Kita guna kaedah ini, 1 perdu untuk seekor kambing. (kalau dapat lebih, boleh buat silaj kan, kan..)

Kalau ada 100 ekor kambing, kena la ada 100 perdu napier. Then kita kena tengok masa rehat dia pula. Katakan 6 minggu, 42 hari. Jadi selepas potongan, perlu 42 hari untuk di tumbuh balik untuk potongan seterusnya. Hari pertama potong dah clear, macam mana dengan hari yang seterusnya?

Kiraan dia, 100 ekor kambing x 42 hari rehat, jadi perlukan 4200 perdu napier untuk ditanam.

Berapa keluasan?

Daripada data, jarak tanam, 4 kaki x 4 kaki. kita guna kaedah column & row. kalau column 100, maka kena ada 42 row untuk dapatkan jumlah 4200, (100x42). Luasnya?

100(4') x 42(4')
400' x 168'
dapat, 67200 kaki persegi. luas mana tu weh??? convert la kepada ekar, 67200 kaki persegi, bersamaan, 1.5426997 ekar. Bundar la, 1.54 ekar.

Jadi, 100 ekor kambing, memerlukan 1.54 ekar napier. Itu tak termasuk kawasan kandang. katakan, untuk kawasan kandang, seekor kambing, 20 kaki persegi. untuk 100 ekor kambing, kena ada ruang 2000 kaki persegi untuk setup kandang.

Jom mengira lagi,

Modal boleh beli kambing induk betina 40 ekor + 2 ekor pejantan. Maksimum, kalo semua induk beranak sekaligus, dengan litter size, 1.8, mau ada 72 ekor anak kambing.

42 + 72 = 114 ekor x 20 kaki persegi = 2280 kaki persegi, ruang untuk setup kandang. Berapa JUMLAH luas tapak projek termasuk napier?

2280 + 1.14(67200) = 78,888 kaki persegi @ 1.81 ekar tanah, diperlukan untuk projek ternakan, 40 induk + 2 ekor pejantan.

Kalau ada tanah kecil, tak jadi masalah. Tanah tu buat kandang, lepas tu cari la tanah pertanian terbiar, tanah rentis bawah kabel elektrik, untuk tanam napier.

Jangan harap benda free je, at least standby la duit sewa tanah, RM100-200 sebulan seekar. Kalau dapat tanah agensi kerajaan, setahun baru berapa ratus ringgit seekar. Pandai-pandai la nak hidup, banyakkan bertanya, jangan banyak songeh, luku tang ubun2 baru tau. hahaha

Sekian, harap membantu, tak faham, boleh whatsapp, 019-4513061, DON.

Facebook