Friday, April 24, 2015

Lembaga Pembangunan Ruminan Negara?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

LONG TIME NO SEE! MISS ME?

Nama berita? Apa habaq tuan puan pengunjung blog ni? Lama dah tak mengarang, berkarat dah skill menulis ni. Hihihihi. Bermula post ni, aku akan bahasakan diri aku. Nampak kasaq sikit. Muahahaha...

Untuk post PERTAMA 2015, nak sentuh sikit pasal Lembaga Pembangunan Ruminan Negara (LPRN). Apa cerita? Google punya Google, dia kata masa November 2014, nak bentang kertas kerja Mac 2015. Apa sudah jadi? Sapa-sapa habaq mai kat cheq. Hasil pembentangan tu..

Ni post warming up ja no.... Lepas ni kena tulis post yang berunsur constructive criticism. Kritikan membina you...

Ini keratan akhbar pasal LPRN tu.. Bertarikh 11 November... Cilok dari http://mubin.org.my/v3/cadangan-penubuhan-lembaga-pembangunan-ruminan-negara-untuk-perkasakan-industri-penternakan-negara/. Yang tulisan tangan 12/11/2014 tu tarikh dia snap kot...


Copy lagi... Daripada Bernama..

Penubuhan Lembaga Ruminan Negara Dibentang Di Parlimen 2015
SERDANG, 10 Nov (Bernama) -- Cadangan penubuhan Lembaga Pembangunan Ruminan Negara akan dibentang di Parlimen pada Mac tahun depan bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap hasil ternakan import sebanyak 70 peratus kepada 50 peratus menjelang 2020.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata buat masa ini pihaknya sedang dalam proses menyediakan kertas cadangan penubuhan lembaga itu melibatkan kerjasama ahli akademik dan beberapa jabatan berkaitan.

"Lembaga ini akan memberi fokus kepada pembangunan industri ternakan dan juga menjaga kebajikan para penternak yang akan berfungsi seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada media selepas melepaskan ikan untuk cabaran memancing Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014 di sini hari ini.

Sebanyak 1.5 tan ikan seperti kelah, temoleh dan patin dilepaskan ke tasik Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini sebagai simbolik kepada penganjuran pertandingan tersebut.

Cabaran memancing MAHA 2014 itu akan berlangsung pada 16 Nov di Laman Perikanan, MAEPS.

Kementerian menyasarkan penyertaan 1,500 kaki pancing di sekitar Lembah Klang ke pertandingan itu yang menawarkan nilai hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM53,000.

Mengenai banjir dan insiden tanah runtuh di Cameron Highlands baru-baru ini yang turut melibatkan kawasan tanaman sayur-sayuran, Ismail Sabri berkata bekalan sayur di negara ini tidak terjejas.

-- BERNAMA


LPRN ni, tujuan utama dia nak kurangkan import hasil ternakan. 70% kepada 50% menjelang 2020. Ada lagi 5 tahun. Mampu ke yob?

Pendapat & cadangan saya (mungkin ada yang tak berkait.. hahaha):


  1. LPRN ni WAJIB ada pembiak sebagai committee member. Pilih yang betul-betul established. Jangan yang celup2 pang2 alang je. Kalo 10 orang, at least 3-4 orang pembiak hardcore dalam tu. Yang solid. Jangan tepuh sikit dah tergolek.
  2. LPRN kena tengok balik kepada kemampuan baka-baka tempatan seperti lembu KK dan kambing Katjang. Yang ada darah tropika. Kambing katjang sangat prolifik. Jadikan foundation stock. Dan la 2020 ada hybrid katjang baru. Semedang masuk baka baru. Kalau masuk breeder stock takpa la, ini masuk slaughter stock, lepas tu caj macam breeder, result menonggeng je.
  3. Tengok balik skim pintaf, trust segala jenis pawah kerajaan tu.. banyak yang melingkup dari membantu.. dapat lembu FMD la.. kambing mandul la.. macam-macam kes.. lepas tu berjangkit dengan stok sendiri, stok sendiri pun arwah.. Masa bila nak capai 50% macam ni..
  4. Kuarantin la dulu kambing-kambing lembu-lembu pawah tu. Jangan buta-buta ambil dari pembekal terus direct ke penerima. Confirmkan dulu status kesihatan ternakan tu. Nanti kalo dok sakit memanjang, mau berbakul-bakul kena maki dengan penerima.
  5. Tapis pembekal dan penerima dengan sebetul-betul tapis. P melawat kandang depa. Tengok proses depa urus ternakan macam mana. Supplier kena betul. Mana p pelaksanaan SALT (Skim Amalan Ladang Ternakan) & pensijilan-pensijilan yang lain. Ambik la stok ternakan dari ladang bertauliah ni.
  6. Kadang ada penerima haram tiang kandang pun tak ada, dapat kat depa hari ni, esok dah jual. Ada juga ternakan yang berjalan atas lori je, tak sampai ke kandang penerima. Ada yang dapat pada kroni memanjang, apply tak, bela tak pernah, tup-tup dapat ternakan. Senyum melebor ke telinga la puak-puak ni.
  7. Bila ada penternak buat laporan, cergas la gerak. Pulun bantu. Memang la tak cukup orang, dah tu macam mana nak HQ nak tambah, report pun sejemput, macam takda aktiviti. Bila handle kes banyak, KPI tercapai, report cantik, baru sedap HQ allocate lebih ramai staf. Punch card masuk suruh kawan boleh, p ngeteh pukul 10 boleh, masuk pukul 2.30 boleh, pukul 4.30 dan shutdown komputer boleh, bila penternak ngadu, "kita staf tak cukup..." puihh! bukan semua la.. kalo terasa jangan disimpan dalam peti... kihkihkih... 
  8. Ada suatu ketika, bersepah banner-banner pemutihan burung walit, buat rumah sarang macam rumah banglo, sekarang macam senyap je.. macam slow je.. Baik buat banner-banner iklan pasal pembasmian FMD. Semenanjung ni kan berstatus FMD. Ternakan tak boleh export, import boleh, tu pun lagi haru, masuk pun yang FMD juga. hahaha
  9. Pampasan untuk PTS Put To Sleep @ matikan ternakan tu bagi la tinggi sikit. Kambing RM5.50/kg dengar-dengar cerita. PTS ni untuk haiwan berpenyakit kronik atau zoonotik, yakni boleh berjangkit dengan orang. RM5.50... Bayangkan kalau kes macam ni, kambing sakit sebab berjangkit dari kambing pawah, lepas tu kena PTS, dapat RM5.50/kg je.. Agak-agak dia nak ke buat bloodtest ke? Baik jual pada pemborong. Koman-koman RM8/kg. Geng ni pun bukan kira, yong sekali je buat potong..
  10. Urusan bloodtest, kenapa la susah sangat. Ada tempat cepat, ada tempat lambat. Lambat sikit tak apa la.. Kawan aku kena dekat setahun, bila dia refer HQ, baru la terhegeh-hegeh mai, siap jeling setajam pisau lagi. Buh sebijik baru tau. Positif ke negatif ke, bagi je la laporan tu. Untuk record keeping penternak. Kalau buat la record keeping tu. Buat kerja cepat, baru orang suka. Kalau hangpa p kedai makan, order ayaq lambat, hangpa pun panas kan..
  11. Dengar-dengar lagi, setiap negeri kena ada persatuan ruminan seperti yang digazekkan dalam pelan ruminan negara. Macam tak pernah dengo je di tempat aku ni. Memang tak wujud kot. Kalau di Selangor ada la dengo. Tempat lain taktau la.. Persatuan pun makin banyak. Yang top sekarang ni, IGFA, GTR, PPKM. Untuk ruminan la..
  12. Kerajaan akan beralih dari perakaunan cash basis kepada acrual basis. Sekarang semua belanja dikira belanja walaupun beli kereta. (seingat aku la..) Lepas ni akan jadi acrual basis, lembu kambing hak milik kerajaan pun akan dikira.. Aset cair jugak kot.. Jadi pilihlah stok ternakan yang mantap, sihat, bebas penyakit. Jangan dok cari yang murah, lepas tu markup kot atas. Pernah dengar-dengar (lagi..) ada satu agensi besar order lembu kalau tak silap, depa asalnya tak mau ambik, sebab stok tak bagus kot, tapi orang atas suruh proceed. What the hoof man!
  13. Lagi satu, kursus ternakan ni, kriteria dia macam mana. Aku pernah apply, tapi tahun 2012, sampai sekarang tak ada bisik-bisik pun. Tak akan nak kena apply sekali lagi. Mana p borang aku isi tu. JPV Perak rancak juga kursus dia, setiap tahun mesti ada jadual lengkap.
To be continued...

Nanti aku sambung lagi.. Ada lagi ni.. Cepat tepu sekarang ni.. Hahaha.. Ini untuk penambahbaikan... At least ada la tergerak sikit pahat tu kena ketuk..  chow...

Facebook