Thursday, January 12, 2017

Fenomena Azolla Sebagai Makanan Kambing



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Azolla. Semakin dikenali ramai terutama di kalangan penternak. Tetapi sejauh mana azolla dapat menampung keperluan makanan ternakan seharian seperti kambing?

Adakah dengan rule 10% daripada berat badan kambing, atau rule 2% dry matter, diberi makan azolla, dapat menampung keperluan seharian kambing tersebut? Atau azolla ini bertindak sebagai supplement?

Azolla adalah tumbuhan yang sangat produktif. Ianya akan berganda dalam masa 3-10 hari sahaja bergantung kepada keadaan. Ianya dapat mencecah 8-10 tan segar per hektar. (Feedipedia). Azolla adalah tumbuhan air. Jadi kandungan airnya sangat tinggi. Dry matter hanya 5-7% sahaja (Feedipedia). Sekiranya kita ada 100kg segar, kita hanya akan dapat 5-7kg kering.

Cubaan pemberian azolla kepada kambing di India (Feedipedia):

Anak kambing Osmanabadi, umur 3 bulan. Konsentrat diganti dengan 15 atau 25% azolla kering. Pemberian 15% menunjukkan peningkatan prestasi walaupun ianya menekan penghadaman nutrient.
Ghodake et al., 2012


Kambing Osmanabadi

Kambing Black Bengal. Konsentrat diganti dengan azolla kering sehingga 50%. Pemberian 20% hanya mengekalkan pertumbuhan tanpa kesan nyata. Pemberian 50% menyebabkan CIRIT. Tamang et al., 1993

Tetapi, pemberian azolla kepada ayam menunjukkan keputusan yang agak baik. 4.5% azolla dalam diet ayam pedaging mengurangkan kolestrol dalam serum dan daging. Tetapi tiada kesan nyata terhadap prestasi. Balaji et al., 2009; Balaji et al., 2010

Menggantikan konsentrat kambing 20% tiada kesan, jika 50% menyebabkan cirit. Jadi, sekiranya azolla bagus untuk kambing, berapa % yang sesuai? Dan yang pastinya azolla hanya boleh dibuat sebagai supplement saja. Jika saya, saya pilih daun petai belalang untuk digantikan dengan konsentrat. Kerana ianya kaya asid amino dan lebih digemari oleh kambing.

Sekian. Terima kasih.

1 comment:

  1. Testimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Saya ingin tahu orang yang ingin menyertai Illuminati hebat sebagai ahli hebat Illuminati yang mahukan saya sebagai ahli hebat. Namanya ialah Lord Felix Morgan. Bantu saya memulihkan hidup saya dari peringkat kematian. Dilepaskan selepas kira-kira 5 tahun dan enam bulan. Selepas dikhianati oleh begitu ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun saya putus asa dan kewangan di lapangan. Tetapi pada suatu hari ketika melayari internet, saya terjumpa posting Ahli Besar Illuminati Lord Felix Morgan dan mengatakan bahawa jika anda adalah salah seorang ahli Illuminati yang hebat, anda boleh menjadi terkenal, kaya dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk memulakan saya dan saya telah dimulakan ke dalam World Order of the Illuminati. Selepas itu, mereka memberi saya semua garis panduan dan memberitahu saya bahawa selepas permulaan ahli baharu akan diberi ganjaran wang tunai $1,000,000. Dengan bantuan Lord Felix Morgan. Saya telah dimulakan sepenuhnya sebagai ahli penuh Illuminati. Jika nasihat anda ialah anda pernah mencuba penipu sebelum ini atau sedang, terpulang kepada saya untuk membantu anda menyertai jadi cuba Lord Morgan. Ini adalah peluang terbaik anda untuk menjadi apa yang anda inginkan dalam kehidupan masa depan anda. Hubungi beliau melalui WhatsApp +2348055459757 atau e-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com

    ReplyDelete

Facebook