Thursday, January 12, 2017

Fenomena Azolla Sebagai Makanan Kambing



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Azolla. Semakin dikenali ramai terutama di kalangan penternak. Tetapi sejauh mana azolla dapat menampung keperluan makanan ternakan seharian seperti kambing?

Adakah dengan rule 10% daripada berat badan kambing, atau rule 2% dry matter, diberi makan azolla, dapat menampung keperluan seharian kambing tersebut? Atau azolla ini bertindak sebagai supplement?

Azolla adalah tumbuhan yang sangat produktif. Ianya akan berganda dalam masa 3-10 hari sahaja bergantung kepada keadaan. Ianya dapat mencecah 8-10 tan segar per hektar. (Feedipedia). Azolla adalah tumbuhan air. Jadi kandungan airnya sangat tinggi. Dry matter hanya 5-7% sahaja (Feedipedia). Sekiranya kita ada 100kg segar, kita hanya akan dapat 5-7kg kering.

Cubaan pemberian azolla kepada kambing di India (Feedipedia):

Anak kambing Osmanabadi, umur 3 bulan. Konsentrat diganti dengan 15 atau 25% azolla kering. Pemberian 15% menunjukkan peningkatan prestasi walaupun ianya menekan penghadaman nutrient.
Ghodake et al., 2012


Kambing Osmanabadi

Kambing Black Bengal. Konsentrat diganti dengan azolla kering sehingga 50%. Pemberian 20% hanya mengekalkan pertumbuhan tanpa kesan nyata. Pemberian 50% menyebabkan CIRIT. Tamang et al., 1993

Tetapi, pemberian azolla kepada ayam menunjukkan keputusan yang agak baik. 4.5% azolla dalam diet ayam pedaging mengurangkan kolestrol dalam serum dan daging. Tetapi tiada kesan nyata terhadap prestasi. Balaji et al., 2009; Balaji et al., 2010

Menggantikan konsentrat kambing 20% tiada kesan, jika 50% menyebabkan cirit. Jadi, sekiranya azolla bagus untuk kambing, berapa % yang sesuai? Dan yang pastinya azolla hanya boleh dibuat sebagai supplement saja. Jika saya, saya pilih daun petai belalang untuk digantikan dengan konsentrat. Kerana ianya kaya asid amino dan lebih digemari oleh kambing.

Sekian. Terima kasih.

Friday, October 14, 2016

4 Jenis Rumput Tropika Paling Tahan Teduhan



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Banyak rumput yang kita lihat, ditanam di kawasan lapang, terbuka. Untuk mendapatkan sinaran matahari yang maksima.

Tapi ada ke rumput yang boleh hidup di kawasan redup, bawah pokok, di bawah teduhan pokok-pokok besar?

Ya, ada yang boleh hidup bawah teduhan & tahan naungan.

4 jenis rumput yang paling tahan teduhan adalah:

1. Panicum maximum

2. P. maximum cv. Tanganyika
3. Digitaria setivalva

4. Brachiaria decumbens


4 jenis rumput ini adalah hasil kajian CC Wong, H. Rahim dan M.A Mohd Sharudin, dengan tajuk kertas kajian mereka, Shade Tolerance Potential of Some Tropical Forages For Integration with Plantations.

4 jenis rumput ini adalah daripada 12 jenis rumput yang dikaji. 12 rumput tersebut adalah:

1. Axonopus compressus (Sw.) Beauv. RUMPUT KARPET
2. B rachiaria decumbens Stapf . RUMPUT SIGNAL
3. Brachiaria ruziziensis Germain & Evrard . RUMPUT CONGO.
4. Digitaria setivalva Stent. RUMPUT DIGIT MARDI
5. Digitaria decumbens cv. Transvala (Stent) RUMPUT TRANSVALA DIGIT
6. Ottochloa nodosa (Ktnth) Dandy RUMPUT PAHIT

7. Panicum maximum var. trichoglume (Eyles) RUMPUT PANIC
8. Panicum maximum lacq. RUMPUT GUINEA
9. Panicum maximum cv. Tansanvika RUMPUT GUINES TANGANYIKA
10. Paspalum conjugatum Berg. RUMPUT TEE
11. Setaria sphacelata var. sericea cv.  Kazungula (Schumach) Stapf. & C.E. Hubb RUMPUT SETARIA KAZUNGULA

12. Setaria sphacelata var. splendida (Stapf.) RUMPUT SETARIA SPLENDIDA


Ranking:
56% Cahaya
1- Tanganyika guinea
2- Common guinea
3- MARDI digit
4- Green panic
5- Signal grass

34% Cahaya
1- Common guinea
2- Tanganyika guinea
3- Green panic
4- Rumput pahit
5- MARDI digit

18% Cahaya
1- Tanganyika guinea
2- Green panic
3- Common guinea
4- Carpet grass
5- Signal grass

Rumput pahit tu, ada banyak tumbuh bawah pokok sawit. Boleh p cari tengok. Kambing pun suka makan, naik pun cepat. Cumanya, kadar nutrisi tak berapa pasti. Kalau buat silaj cantik tu. Hehehe.

Sekian saja perkongsian pasal rumput. Boleh la cari benih rumput untuk ditanam di kawasan teduhan jika tiada kawasan lapang. Yang penting, penjagaan kena betul, waktu tuai kena cantik. Baru dapat maksimumkan zat rumput tu. Terima kasih.












Resepi Silaj Lengkap (Silase Komplit)



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sekarang semua pakat nak buat silaj. Macam-macam silaj ada. Ada yang jadikan makanan tambahan, ada yang jadikan makanan ketika bencana, ada yang jadikan makanan ketika sibuk & ada yang jadikan makanan ruji. Hari-hari hadap silaj. Tak jemu ke kambing tu?

Tapi saya nak share resepi silaj lengkap, sedikit ubahsuai daripada resepi silase komplit web ini, https://indonesiabertanam.com/2014/06/23/cara-membuat-silase-komplit-pakan-ternak/.

Ok. Straight to the point!

CARA MEMBUAT SILAJ LENGKAP (SILASE KOMPLIT)

Bahan-bahan:
  1. Batang jagung (100kg)
  2. Dedak (25kg)
  3. EM (200ml)
  4. Urea (0.5kg)
  5. Molases (0.75kg)
  6. Garam dapur (1kg)
  7. Air tanpa klorin (20liter)
Peralatan:
  1. Bekas plastik (tong biru)
  2. Baldi
  3. Gayung
  4. Tali
  5. Penyodok
  6. Mesin pencacah (Chopper)
Cara-caranya:
  1. Cacah batang jagung sehingga halus. Gaulkan dengan dedak dan garam dapur.
  2. Siapkan starter. Di dalam baldi, campur air tanpa klorin, urea, molases & EM. Aduk sehingga sebati. Diamkan selama 3-4 jam.
  3. Siramkan starter ke campuran batang jagung tadi secara merata. Aduk sehingga semua bahan lembab dengan starter.
  4. Masukkan ke dalam bekas plastik, padatkan sepadat-padatnya dan tutup rapat serapat-rapatnya.
  5. Silaj lengkap ini siap diberikan kepada ternakan setelah ianya sejuk & baunya masam-masam manis.
Akan dikemaskini kemudian...

Thursday, October 13, 2016

17 Cara Nak Tahu Induk Kambing Bunting



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Macam mana nak tau kambing kita bunting? Penting ke kalau kita tahu? YA, PENTING. Kerana induk bunting penjagaan dia lain. Kena teliti. Kambing mesti sihat & tenang. Cukup makan, cukup ruang. Macam-macam hal akan terjadi kalau hangpa ambil mudah.

Jadi, apa kaedah untuk tahu kambing tu bunting ke tidak? Ni ha ada 17 cara yang saya cuba senaraikan untuk hangpa cuba.

1. DAH TAK DATANG BIANG. Kambing betina yang sihat biasanya akan datang biang setiap 18-20 hari. Ekor menggedik, bengkak, panjat kawan, ngorat jantan, merelakan diri di panjat. Bila dah bunting, dia dah tak menggedik. Jantan ngorat pun buat dek saja. TAPI. Kambing yang tak sihat pun dia tak datang biang. Kena ingat tu, jangan excited sangat. Check sama kondisi kambing tu.



2.  SELERA BERTAMBAH. Bila dah berbadan 2,3 4 ni, selera mesti bertambah. Makan dan makan. Mungkin juga sedikit agresif bila bab makan. Tak mau kongsi. Dia mesti makan banyak. Kalau tak cukup, induk kurus, anemik & tak larat, keguguran boleh berlaku. Belanja la dedak lebih sikit kalau dah tau bunting.

3. PERUT MAKIN CEKANG. Bukan sebelah kiri ye. Tu rumen. Cekang sebab makan banyak. Kalau bunting boleh tekan bawah perut depan dari tetek dia. Kalau bunting, berasa cekang. Kalau kosong, lembut. Ini kena ada pengalaman. Cuba jangan tak cuba.

4. PERANGAI INDUK BERUBAH. Mungkin menjadi lebih tenang, atau menjadi lebih agresif. Malu jadi tak malu. Minta belaian. Manja jadi cengey, mai dekat lari. Jangan teriak plak kambing kesayangan buat perangai. Hahaha.

5. PERANGAI PEJANTAN PUN BERUBAH. Boleh jadi agresif terhadap induk yang bunting. Atau dia tak layan dah betina tu kalau sebelum asyik nak hek hek hek dengan betina tu. Biasanya dia akan scan gaya flehman tu.



6. TETEK MEMBENGKAK. Ada induk, awal-awal dah turun susu. Tetek dah membengkak. Kadang-kadang, seminggu nak beranak pun tak turun susu. Lagi teruk, dah beranak pun susu tak ada. Yang ni jaga-jaga. Susu tak ada, kolustrum tak ada, bakal ada masalah nanti.



7. BENTUK TUBUH BERUBAH. Bila anak dalam perut semakin membesar, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bentuk tubuh induk. Perut sebelah kanan semakin menonjol, rumen pun makan terkeluar sedikit. Bila tengok balik, macam kembung pun ada. Kalau yang dah biasa beranak, perut nampak melandoq ke bawah. Kadang tak ada beza pun bunting tak bunting sebab kulit perut dah kendur.



8. BERDENGKUR. Kadang-kadang kambing ni akan berdengkur time tidur. Kalau bunting lagi kuat dia berdengkur. Kalau penat pun nampak dia tercungap-cungap lebih daripada biasa.

9. PERGERAKAN ANAK.  Bila anak dalam perut semakin besar, suku terakhir macam tu, kita boleh nampak atau perasan pergerakan anak. Kadang-kadang nampak macam ada benjol. Kalau kita tekan perut sebelah kanan, kita boleh rasa kepala atau kaki.

10. MUDAH TERKENCING BILA STRESS. Bila induk bunting, dia lebih mudah stress. Kalau kita ikat tali, dah tarik-tarik dia, tak semena-mena dia akan terkencing.

11. SUSU PEKAT. Cuba tarik susu tengok. Bila dah bunting ni, kolustrum akan mula terhasil. Ianya pekat daripada biasa. Kalau bunting awal, susunya semacam nak jernih dan pekat. Kalau bunting akhir, agak kekuningan dan pekat.

12. PREGNANCY TEST. Boleh panggil vet untuk buat ujian darah kebuntingan. Keputusan mungkin tepat & mungkin tidak tepat. Air kencing mungkin boleh juga diuji.



13. ULTRASOUND. Ultrasound ni kena pakai mesin dia la. Kalau nak beli pun ribu-ribu jugak. Boleh panggil jabatan veterina untuk buat ujian ulrasound. Yang ni boleh nampak dengan jelas bila kita scan.



14. POOCH TEST. Tengok perubahan anus & vulva dia. Ada yang biasa buat ke? Ambil gambar jubur dia, sebelum dan selepas macam gambar bawah ni. Kalau bunting, ada perubahan.



15. MELAMBUNG PERUT. Tak tau istilah tepat. Tengok gambar caranya. Angkat dan lepas. Kalau rasa macam ada benda beralun tu, insya Allah ada anak. Boleh baca selanjutnya di https://fiascofarm.com/goats/bouncing.html



16. PERIKSA PANGKAL EKOR. Ni untuk yang hampir nak beranak. Pangkal ekor akan meregang. Rujuk gambar untuk caranya. Selanjutnya di https://fiascofarm.com/goats/prenatalcare.html



17. DAH TAK MAU NYUSUKAN ANAK. Kadang-kadang ada yang masih menyusukan anak, tapi dah bunting. Dia akan elak anak tu daripada menyusu.

OK. Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Kalau sapa ada pengalaman sendiri untuk check induk yang bunting boleh share di ruangan komen. Sama-sama kita belajaq. Apa-apa masalah atau nak tanya pasal kambing, habaq mai.

Dan 5hb November 2016, saya akan buat satu seminar Borak Kambing di Sungai Petani, Kedah. Yuran RM50 sahaja. Saya akan kongsi pengalaman saya menternak kambing dan asas penternakan kambing. Boleh whatsapp kod BKDJ2 ke +6019-4513061 untuk maklumat lanjut.

Sekian. Terima kasih!

Wednesday, October 12, 2016

Analisa SWOT Projek Ternakan Kambing

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Projek ternakan kambing semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia. Ramai orang muda sekarang ni sudah memandang projek ternakan kambing suatu projek yang menguntungkan. Walaupun dulu projek ternakan kambing ni lebih sinonim dengan pakcik-pakcik di kampung. Ada satu ketika, customer call saya, dia panggil pakcik. What? Saya muda lagi la. Hahaha.

Apa pun, syabas kepada mereka yang berminat & mula berjinak-jinak dengan projek ternakan kambing ni. Mana-mana projek pun, sebelum mula, haruslah kita buat kajian dan analisa. Supaya kita dapat merangka strategi & operasi dengan baik.

Antara analisa yang boleh dijalankan adalah analisa SWOT. Menatang apa SWOT ni???

SWOT adalah akronim kepada Strengths, Weaknesses, Opportunities & Threats.

Strengths: KEKUATAN. Ciri-ciri projek yang beri kita kelebihan daripada projek orang lain
Weaknesses: KELEMAHAN. Ciri-ciri projek yang kita kekurangan berbanding projek orang lain
Opportunities: PELUANG. Unsur-unsur persekitaran kita, yang boleh kita teroka, capai & guna untuk memberi kelebihan kepada projek kita
Threats: HALANGAN. Unsur-unsur yang akan mendatangkan masalah kepada kita.


Apa gunanya analisa SWOT ni? Selalunya orang akan guna dalam strategi pemasaran. Bila kita dah senaraikan ciri-ciri & unsur-unsur dalam SWOT, kita dapat merangka satu strategi pemasaran yang ampuh. Selain kekuatan & peluang yang kita ada, kita dapat merangka pelan untuk atasi kelemahan & halangan yang kita akan hadapi.

Untuk mudahkan kerja hangpa, saya senaraikan serba sedikit SWOT untuk projek ternakan kambing.

KEKUATAN
  • kambing beranak cepat. 2 tahun boleh beranak 3 kali ke 4 kali
  • selalu beranak kembar
  • memerlukan ruang yang kecil
  • makan sikit saja
  • tak perlukan pekerja yang ramai
  • lokasi kandang mudah di akses & strategik
  • banyak sumber makanan percuma
  • ada buat servis tambahan (sembelih, proses, masak, penghantaran)
Operasi mencuci kandang & memandikan kambing di Lalah River Goat Farm. (Den pinjam yoo..)

KELEMAHAN
  • mudah kena penyakit & mati jika penjagaan tidak bagus
  • susah nak dapat pinjaman. tak semua bank bagi pinjam
  • kajian banyak, tapi tak semua boleh diaplikasikan di lapangan
  • sesetengah baka tidak sesuai dengan cuaca tempatan
  • pendapatan projek tak tetap
  • jualan bermusim
  • lokasi tidak strategik
  • stok yang sedikit

PELUANG
  • banyak produk hiliran dapat dihasilkan
  • kambing golek sekarang menjadi satu trend
  • banyak geran-geran ditawarkan kepada mereka yang layak
  • agensi kerajaan sedia membantu projek ternakan
  • margin yang tinggi (sesetengah kes, trading, jualan baka)
  • pelaburan awal yang rendah
  • kos operasi yang rendah
  • ada persatuan & kelab penternak
  • ada koperasi penternak
  • agrotourism
Agrotourism: Bagi makan bebiri

Kambing golek kini menjadi satu trend

HALANGAN
  • garispanduan menternak yang tak semua boleh ikut
  • kejadian kecurian yang semakin berleluasa
  • jika disahkan berpenyakit zoonotik, ternakan perlu dihapuskan
  • kambing boleh merosakkan pokok
  • kambing suka p ke tempat yang susah pengembala nak p
  • masalah anjing di kawasan ragutan
  • kambing nakal, suka makan pokok bunga orang, ragas merata. mengundang amarah
Ok. Ini hanyalah sebahagian yang terlintas di fikiran & sedikit kajian. Saya akan update sedikit demi sedikit. Hangpa boleh tambah sendiri. Kalau ada pertanyaan & pendapat, boleh komen di bawah. Terima kasih kerana menjadi pembaca blog saya. Hangpa memang hebat!


Monday, August 15, 2016

Borak Kambing Bersama Don Jenal



Sekarang ni ramai yang nak ternak kambing. Yang bekerja pun berminat. Tapi tak tahu macam mana nak mula & "adjust" masa? Memerlukan khidmat nasihat atau mentor?
.
Jangan susah hati. Jom sertai sesi Borak Kambing Bersama Don Jenal. Satu perkongsian pengalaman. Saya akan kongsikan pengalaman saya, dari penjawat awam ke penternak kambing sepenuh masa. "Do's and Don'ts" dalam penternakan kambing.
.
====================================================
Borak Kambing Bersama Don Jenal. Dari Penjawat Awam ke Penternak Kambing. Satu Perkongsian Pengalaman.
.
TARIKH: 01 OKTOBER 2016 (Sabtu)
MASA: 8:30AM - 2:00PM
LOKASI: Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah.
YURAN: RM25.00 (minum pagi, makan tengahari, sijil & nota)
.
Sepuluh (10) intipati perkongsian:
1- Penternakan jarak jauh PJJ
2- Kenapa berhenti makan gaji?
3- Cara menternak kambing secara sambilan
4- Kuasai makanan, kuasai ternakan
5- Apa yang perlu sebelum mula?
6- Cara mengurangkan kos start-up projek ternakan kambing
7- Perlunya membina jaringan penternak
8- Boleh dapat bantuan ke?
9- Do's & Don'ts dalam ternakan kambing
10- Dimana untungnya?
.
SMS/Whatsapp ke 019-4513061 untuk pertanyaan atau pendaftaran. Sila bawa pendrive untuk nota & kertas kerja softcopy (PERCUMA). Yuran selewatnya 15hb September 2016.
.
Tempat adalah TERHAD! Saya akan "follow up" projek dengan peserta yang hadir. Khidmat nasihat adalah PERCUMA. Insya Allah.
.
->> SMS/WHATSAPP "borak kambing" ke +6019-4513061 
->> SMS/WHATSAPP "borak kambing" ke +6019-4513061 
->> SMS/WHATSAPP "borak kambing" ke +6019-4513061 
.
Atau, inbox terus ke http://m.me/utarameat.livestock
.
Dikuasakan oleh Utara Meat & Livestock, Kuala Ketil, Kedah. Mencipta Legasi. Membina Dinasti. ‪#‎gengkambing‬ ‪#‎borakkambing‬ ‪#‎donjenal‬
.
Email: utarameat.livestock@yahoo.com
Blog: http://www.kambingmuda.xyz/

Monday, March 14, 2016

Aku Pengembala Kambing FULLTIME

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Apa habaq semua? Rindu cheq tak? Hehehe

Sekarang cheq fulltime bela kambing. Jadi pengembala kambing. Ni ada gambaq untuk tatapan semua pengunjung blog Projek Kambing Muda.

Bapa Susuan

Comel kan?

Gembala bawah kabel

Gembala dalam kebun sawit

Gembala kawasan senduduk

Belemoih! turun selamatkan kambing

Kalau nak tanya pasal bela kambing, boleh terus whatsapp ke 019-4513061.

Coming soon, SEMBANGsembang Ruminan GTR Zon Utara, cadangnya akan dibuat di Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah pada 1 April 2016, selepas Maghrib. Sapa nak join, boleh mai. Tak kira, otai lama, baru ternak atau masih terkial-kial nak ternak apa, boleh mai. Free of charge. Bawa duit belanja sendiri, hehehe. Nak tau padal GTR pun boleh masa tu.



Sekian, Assalamualaikum & salam sejahtera!

Sunday, January 17, 2016

Projek Hotel de Cabras UML - Pakej penjagaan kambing

Nak ternak kambing? TAPI.. Modal ciput? Tempat & masa tiada?

Projek ★HOTEL DE CABRAS UML★ adalah yang anda cari!

Anda beli pakej kami, kami jaga kambing anda sepenuh hati.

Anda tidak perlu:
1- Fikirkan kos start-up yang tinggi
2- Fikirkan operasi projek yang agak rumit
3- Mencari pekerja yang boleh menjaga kambing anda sebaiknya
4- Fikirkan di mana @ bagaimana untuk menjual kambing anda

.............................................................................
Pakej Hotel de Cabras UML
`````````````````````````````````````
★Pakej BRONZE★
2 ekor induk kacukan Boer x RM700, RM1400.00
Upah Jaga: RM1.50/ekor/hari; RM45/ekor/bulan

★★Pakej SILVER★★
5 ekor induk kacukan Boer x RM680, RM3400.00
Upah Jaga: RM1.40/ekor/hari; RM42/ekor/bulan

★★★Pakej GOLD★★★
10 ekor induk kacukan Boer x RM650, RM6,500.00
Upah Jaga: RM1.20/ekor/hari; RM36/ekor/bulan

★★★★Pakej PLATINUM★★★★
20 ekor induk kacukan Boer x RM600, RM12,000.00
Upah Jaga: RM1.00/ekor/hari; RM30/ekor/bulan
.............................................................................

a) Terhad 100 ekor induk kacukan boer (35kg hidup, purata)
b) Pejantan kami sediakan (Boer/Kalahari)
c) Harga induk termasuk kos pembelian, pengendalian & perawatan awal
d) Upah jaga anak berumur 2 bulan ke bawah PERCUMA
e) Upah jaga termasuk kandang, makan minum, penjagaan & perawatan
f) Kambing digembala, diberi makanan tambahan & vitamin bulanan
g) BUYBACK GUARANTEE*
h) Kambing mati akan diganti*
i) Projek mula apabila capai minimum 50 ekor induk
j) Projek dijalankan di Kampung Kuala Bakong, Kuala Ketil, Kedah & dipantau oleh Jabatan Veterinar Daerah Baling Kedah
k) Latihan praktikal & khidmat nasihat PERCUMA untuk pemilik kambing

Berminat? Jangan tunggu lama. Slot induk terhad. Cepat! Sepantas kilat whatssapp @ SMS "HoteldeCabras" ke 019-4513061

#gengkambing #agropreneurmuda #hoteldecabras

Mencipta Legasi. Membina Dinasti. UML.
Sejak Mac 2012
www.kambingmuda.xyz

*Buyback guarantee, mengikut kadar yang dipersetujui
*Kematian akibat kecuaian akan diganti

Nak ternak kambing? TAPI.. Modal ciput? Tempat & masa tiada?Projek ★HOTEL DE CABRAS UML★ adalah yang anda cari!Anda...
Posted by UML Kambing Aqiqah Kedah 019-4513061 on Thursday, 14 January 2016

Tuesday, October 27, 2015

KAMBING AQIQAH MURAH MURAH MURAH... RM550 JA...


“Anak kecil itu dipertaruhkan dengan aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya (yakni lalukanlah aqiqah untuknya) dan singkirkanlah kotoran darinya”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Salman bin ‘Amir r.a.)
★★★ KAMBING AQIQAH MURAH ★★★
★★★ KAMBING AQIQAH RM550 ★★★
YA! RM550 SAHAJA! Berat 30kg. Proses & hantar PERCUMA! Mmmbekkk!
MENARIK? Mesti la... Coverage kami, Baling, Kulim, Sungai Petani, Sik, Gerik & Selama. Promosi kaw-kaw punya. Luar kawasan boleh bincang bos!

Nganga apa lagi, terus SMS/Whatsapp ke 019-4513061 (Don Jenal). Booking cepat. Awai tak kalut bos.
Dan juga.. RM20 daripada setiap ekor yang terjual akan disalurkan ke Program Baju Sekolah UML 2016.
Beraqiqah sambil bersedeqah bos, semoga penuh barokah. Insya Allah. SMS/Whatsapp segera ke 019-4513061 (Don Jenal).

Kandang di Kampung Kuala Bakong, Kuala Ketil, Kedah.
Maklumat tambahan:

  • Kambing yang ditawarkan adalah kambing betina. Saiz hidup 30kg. Anggaran daging + tulang, 13-14kg tak termasuk barang dalam. Boleh makan 70-100 orang.
  • Promosi tamat 31hb Disember 2015.
  • Upah masak kurma/kari RM200/ekor.
Maklumat selanjutnya sila SMS/Whatsapp ke 019-4513061 (Don Jenal). Cepat cepat cepat. Wang jimat, insya Allah berkat.

Komen Pelanggan Kami:

"Assalam don..terima kasih atas semua urusan semalam..Alhamdulillah tetamu puji masakan mak hg..mmg sedap msk kurma tu..daging pun lembut..".
-Zaim Zamaludin, Sungai Dua, Pulau Pinang

"Alhamdulillah,slesai majlis arini..kambing cntik elok..x berbau..trma kasih bang..".
-Falihin, Jeniang, Kedah

"Wsalam....Alhamdulillah ok semuanya...lauk kambing awai2 g dah habis...".
-Wan Izham, Sik, Kedah

Kepuasan anda kebanggaan kami. Sokongan anda motivasi kami. Jazakumullahu khairan kathira. Tahniah!

Wednesday, June 24, 2015

Rakan Kongsi Diperlukan. Projek Pembiakan Kambing/Biri-biri

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Saya menulis melalui h.p ni. Hehe. Formal la sikit. Nak cari pelabur/rakan kongsi untuk projek pembiakan kambing/biri-biri. Terutama yang baru berhajat nak mulakan projek, tapi tak boleh fulltime. Kita buat sama-sama. Konsep mudharabah.

Tapak saya dah cari. Sedang dalam proses penyewaan. Lokasi, Kampung Kuala Bakong, Kuala Ketil, Kedah. Kampung saya.

Kuala Ketil:
Terletak antara Kulim, Sungai Petani, Baling & Gurun.
Ada Kolej Universiti Insaniah.
Highway Sungai Petani-Kuala Ketil
M.B bercadang buat airport di Kulim (tak pasti status)
Manifesto parlimen Baling, nak buat UiTM Baling.
P.M umum dalam RMK11 akan dibina Hospital Baling.

Tapak projek:
Dikelilingi ladang sawit.
Hampir dengan rentis kabel TNB.
Dekat dengan jalan besar.
3-4 minit dari traffic light Kejai ( Highway Kulim Baling)








Kos makanan dah boleh jimat 90-99% melalui sistem gembala. Target jual anak umur 5-7 bulan. Ternakan lebih fit, rasa dagingnya lebih authentic. Dengan penjimatan kos makanan. Kita boleh tackle pasaran sejukbeku.

Stok ternakan
Induk mesti kacukan tempatan.
Pejantan boleh baka yang lain (boer, dorper dll)

Penjagaan & pemantauan  ternakan saya akan uruskan. Hanya perlu sediakan modal sahaja. Hehehe.

Saya boleh sembelih & proses. Pengalaman yang ada insya Allah banyak membantu. Bantuan teknikal & khidmat nasihat akan dimohon daripada JPV, PPK, & Mardi.

Untuk permulaan, kita mula dengan 100 ekor induk, 4 pejantan. Anggaran saiz kandang 100 ekor x 1.8 x 10sqft, 1800sqft.

Anggaran kos permulaan:
100 ekor induk RM45k
4 ekor pejantan RM6k
1800sqft kandang, RM36k
Perubatan RM1k
Dedak RM3k
Pengangkutan RM5k
Genset & pam air RM7k
Rumah pekerja RM5k
Pagar & tanah RM3k
Upah RM12k
Petrol RM2k
Sewa tanah RM4.2k

Jumlah: RM125k

JUALAN.
100 x 1.5 = 150 ekor anak
Jual 90%. 135 ekor.
Berat hidup 20kg. Harga jual RM18/kg.

Jualan: RM48,600.00 (anggaran).
Perlu tolak 5-10% kematian. 10-20% tidak terjual.

70% x RM48,600 = RM 34,020.

PENDAPATAN
Jualan RM 34,020.00
(-) Dedak RM3,000.00
(-) Pengangkutan RM1,500.00
(-) Upah RM10,000.00
(-) Petrol RM2,000.00
(-) Sewa tanah RM4,200.00
(-) Susutnilai RM3,600.00
(-) Marketing RM2,000.00

:UNTUNG: RM7,720.00 setiap pusingan kelahiran.

2 tahun 3 kali beranak. Untung tak termasuk baki stok ternakan, jualan tinja, induk takai dll.

Ok. Macam mana? Berminat? Emel hasrat & kekuatan modal ke utarameat.livestock@yahoo.com.

Sekian, terima kasih.

Saturday, May 2, 2015

Silase Komplit (Silaj Lengkap), Resepi Dari Indonesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri kali ini aku nak kongsi sikit pasal SILASE KOMPLIT atau bahasa Malaysianya adalah SILAJ LENGKAP.

Sekarang ramai yang dok gila dengan silaj ni. Antara sebabnya adalah musim hujan, tak dan nak bagi makan, jimat kos dan sebagainya. Ada silaj yang boleh siap dimakan lebih cepat dari yang termaktub dalam jurnal, web dan blog-blog. Ikut hangpa la. Janji tak makan modal, kambing kenyang, tuan senang. Jangan kambing kenyang tuan terbungkang sudah lerr...

Silase Komplit ni adalah salah satu resepi silaj yang agak popular di Indonesia. Petikan dari http://www.lembahgogoniti.com/artikel/29-pakan-kambing/127-cara-pembuatan-silase-komplit.html mengatakan "Untuk memenuhi kebutuhan nutrisi dari ternak dalam silase perlu ditambahkan beberapa bahan yang berasal dari limbah pertanian sehingga disebut silase komplit." yakni tujuan silase komplit ini dihasilkan adalah untuk memenuhi keperluan nutrisi ternakan dengan menambahkan bahan-bahan sampingan pertanian atau agricultural byproduct. Speaking abang Don terr..

*********************************************************************************

1. Bahan-bahan:

a. Hijauan/sisa pertanian: Napier, batang jagung, jerami padi, hampas tebu
b. Konsentrat/makanan penguat: Dedak padi, hampas ubi, hampas sagu, hampas soya
c. Bahan tambahan: EM, urea, vitamin, molasses DLL.

2. Formula Bahan:

Nisbah hijauan:konsentrat:bahan tambahan adalah 70%:20%:10% atau 60%:30%:10%. Peratus dikira berat total semua bahan.

Contoh resepi:
a. Jerami padi yang siap dicincang: 100kg
b. Dedak padi: 10kg
c: Hampas sagu: 15kg
d: Garam dapur: 1kg
e: Starter: 20 liter air, 0.5kg urea, 0.75kg molasses, 200ml EM

Contoh resepi versi goat pellet:
a. Jerami padi: 100kg (RM10)
b. Goat pellet: 25kg (RM30)
c: Garam dapur: 1kg (RM1)
d: Starter: 20liter air, vitamin premix 0.5kg (RM10), 0.75kg molasses (RM3), 200ml EM (RM5)

Jumlah kos: RM10 + RM30 + RM10 + RM3 + RM5 = RM58
Berat: 100kg + 25kg + 1kg + 0.5kg + 0.75kg + 0.2kg = 127.45kg
Jumlah kos/kg: 46sen/kg

3. Pengolahan

a. Siapkan starter, aduk sebati & peram seketika. 1-3jam.
b. Siapkan bahan kering, gaul sebati.
c. Siram starter pada sebatian bahan kering, gaul sebati.
d. Masukkan dalam silo, mampatkan & tutup rapat.
e. Petua kelembapan silaj yang ngam: Digenggam tak menitik, bila dilepas lambat terburai.

4. Proses Fermentasi

Peram sehingga selesai. Bahan peraman berbau harum & suhu telah stabil. Bila dicampur konsentrat, proses peraman agak cepat. Ada yang claim boleh dapat 1-2 hari saja dah boleh makan.

5. Boleh la diberi kepada ternakan. Bagi sikit-sikit tara kambing nak biasa dengan menu baru. Jangan mengejut, kang tercirit.

Semoga resepi silaj ni dapat membantu hangpa. Kena makan untung, jangan makan modal... Sekian... Nganga apa ha??

Friday, April 24, 2015

Lembaga Pembangunan Ruminan Negara?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

LONG TIME NO SEE! MISS ME?

Nama berita? Apa habaq tuan puan pengunjung blog ni? Lama dah tak mengarang, berkarat dah skill menulis ni. Hihihihi. Bermula post ni, aku akan bahasakan diri aku. Nampak kasaq sikit. Muahahaha...

Untuk post PERTAMA 2015, nak sentuh sikit pasal Lembaga Pembangunan Ruminan Negara (LPRN). Apa cerita? Google punya Google, dia kata masa November 2014, nak bentang kertas kerja Mac 2015. Apa sudah jadi? Sapa-sapa habaq mai kat cheq. Hasil pembentangan tu..

Ni post warming up ja no.... Lepas ni kena tulis post yang berunsur constructive criticism. Kritikan membina you...

Ini keratan akhbar pasal LPRN tu.. Bertarikh 11 November... Cilok dari http://mubin.org.my/v3/cadangan-penubuhan-lembaga-pembangunan-ruminan-negara-untuk-perkasakan-industri-penternakan-negara/. Yang tulisan tangan 12/11/2014 tu tarikh dia snap kot...


Copy lagi... Daripada Bernama..

Penubuhan Lembaga Ruminan Negara Dibentang Di Parlimen 2015
SERDANG, 10 Nov (Bernama) -- Cadangan penubuhan Lembaga Pembangunan Ruminan Negara akan dibentang di Parlimen pada Mac tahun depan bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap hasil ternakan import sebanyak 70 peratus kepada 50 peratus menjelang 2020.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata buat masa ini pihaknya sedang dalam proses menyediakan kertas cadangan penubuhan lembaga itu melibatkan kerjasama ahli akademik dan beberapa jabatan berkaitan.

"Lembaga ini akan memberi fokus kepada pembangunan industri ternakan dan juga menjaga kebajikan para penternak yang akan berfungsi seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada media selepas melepaskan ikan untuk cabaran memancing Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014 di sini hari ini.

Sebanyak 1.5 tan ikan seperti kelah, temoleh dan patin dilepaskan ke tasik Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini sebagai simbolik kepada penganjuran pertandingan tersebut.

Cabaran memancing MAHA 2014 itu akan berlangsung pada 16 Nov di Laman Perikanan, MAEPS.

Kementerian menyasarkan penyertaan 1,500 kaki pancing di sekitar Lembah Klang ke pertandingan itu yang menawarkan nilai hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM53,000.

Mengenai banjir dan insiden tanah runtuh di Cameron Highlands baru-baru ini yang turut melibatkan kawasan tanaman sayur-sayuran, Ismail Sabri berkata bekalan sayur di negara ini tidak terjejas.

-- BERNAMA


LPRN ni, tujuan utama dia nak kurangkan import hasil ternakan. 70% kepada 50% menjelang 2020. Ada lagi 5 tahun. Mampu ke yob?

Pendapat & cadangan saya (mungkin ada yang tak berkait.. hahaha):


  1. LPRN ni WAJIB ada pembiak sebagai committee member. Pilih yang betul-betul established. Jangan yang celup2 pang2 alang je. Kalo 10 orang, at least 3-4 orang pembiak hardcore dalam tu. Yang solid. Jangan tepuh sikit dah tergolek.
  2. LPRN kena tengok balik kepada kemampuan baka-baka tempatan seperti lembu KK dan kambing Katjang. Yang ada darah tropika. Kambing katjang sangat prolifik. Jadikan foundation stock. Dan la 2020 ada hybrid katjang baru. Semedang masuk baka baru. Kalau masuk breeder stock takpa la, ini masuk slaughter stock, lepas tu caj macam breeder, result menonggeng je.
  3. Tengok balik skim pintaf, trust segala jenis pawah kerajaan tu.. banyak yang melingkup dari membantu.. dapat lembu FMD la.. kambing mandul la.. macam-macam kes.. lepas tu berjangkit dengan stok sendiri, stok sendiri pun arwah.. Masa bila nak capai 50% macam ni..
  4. Kuarantin la dulu kambing-kambing lembu-lembu pawah tu. Jangan buta-buta ambil dari pembekal terus direct ke penerima. Confirmkan dulu status kesihatan ternakan tu. Nanti kalo dok sakit memanjang, mau berbakul-bakul kena maki dengan penerima.
  5. Tapis pembekal dan penerima dengan sebetul-betul tapis. P melawat kandang depa. Tengok proses depa urus ternakan macam mana. Supplier kena betul. Mana p pelaksanaan SALT (Skim Amalan Ladang Ternakan) & pensijilan-pensijilan yang lain. Ambik la stok ternakan dari ladang bertauliah ni.
  6. Kadang ada penerima haram tiang kandang pun tak ada, dapat kat depa hari ni, esok dah jual. Ada juga ternakan yang berjalan atas lori je, tak sampai ke kandang penerima. Ada yang dapat pada kroni memanjang, apply tak, bela tak pernah, tup-tup dapat ternakan. Senyum melebor ke telinga la puak-puak ni.
  7. Bila ada penternak buat laporan, cergas la gerak. Pulun bantu. Memang la tak cukup orang, dah tu macam mana nak HQ nak tambah, report pun sejemput, macam takda aktiviti. Bila handle kes banyak, KPI tercapai, report cantik, baru sedap HQ allocate lebih ramai staf. Punch card masuk suruh kawan boleh, p ngeteh pukul 10 boleh, masuk pukul 2.30 boleh, pukul 4.30 dan shutdown komputer boleh, bila penternak ngadu, "kita staf tak cukup..." puihh! bukan semua la.. kalo terasa jangan disimpan dalam peti... kihkihkih... 
  8. Ada suatu ketika, bersepah banner-banner pemutihan burung walit, buat rumah sarang macam rumah banglo, sekarang macam senyap je.. macam slow je.. Baik buat banner-banner iklan pasal pembasmian FMD. Semenanjung ni kan berstatus FMD. Ternakan tak boleh export, import boleh, tu pun lagi haru, masuk pun yang FMD juga. hahaha
  9. Pampasan untuk PTS Put To Sleep @ matikan ternakan tu bagi la tinggi sikit. Kambing RM5.50/kg dengar-dengar cerita. PTS ni untuk haiwan berpenyakit kronik atau zoonotik, yakni boleh berjangkit dengan orang. RM5.50... Bayangkan kalau kes macam ni, kambing sakit sebab berjangkit dari kambing pawah, lepas tu kena PTS, dapat RM5.50/kg je.. Agak-agak dia nak ke buat bloodtest ke? Baik jual pada pemborong. Koman-koman RM8/kg. Geng ni pun bukan kira, yong sekali je buat potong..
  10. Urusan bloodtest, kenapa la susah sangat. Ada tempat cepat, ada tempat lambat. Lambat sikit tak apa la.. Kawan aku kena dekat setahun, bila dia refer HQ, baru la terhegeh-hegeh mai, siap jeling setajam pisau lagi. Buh sebijik baru tau. Positif ke negatif ke, bagi je la laporan tu. Untuk record keeping penternak. Kalau buat la record keeping tu. Buat kerja cepat, baru orang suka. Kalau hangpa p kedai makan, order ayaq lambat, hangpa pun panas kan..
  11. Dengar-dengar lagi, setiap negeri kena ada persatuan ruminan seperti yang digazekkan dalam pelan ruminan negara. Macam tak pernah dengo je di tempat aku ni. Memang tak wujud kot. Kalau di Selangor ada la dengo. Tempat lain taktau la.. Persatuan pun makin banyak. Yang top sekarang ni, IGFA, GTR, PPKM. Untuk ruminan la..
  12. Kerajaan akan beralih dari perakaunan cash basis kepada acrual basis. Sekarang semua belanja dikira belanja walaupun beli kereta. (seingat aku la..) Lepas ni akan jadi acrual basis, lembu kambing hak milik kerajaan pun akan dikira.. Aset cair jugak kot.. Jadi pilihlah stok ternakan yang mantap, sihat, bebas penyakit. Jangan dok cari yang murah, lepas tu markup kot atas. Pernah dengar-dengar (lagi..) ada satu agensi besar order lembu kalau tak silap, depa asalnya tak mau ambik, sebab stok tak bagus kot, tapi orang atas suruh proceed. What the hoof man!
  13. Lagi satu, kursus ternakan ni, kriteria dia macam mana. Aku pernah apply, tapi tahun 2012, sampai sekarang tak ada bisik-bisik pun. Tak akan nak kena apply sekali lagi. Mana p borang aku isi tu. JPV Perak rancak juga kursus dia, setiap tahun mesti ada jadual lengkap.
To be continued...

Nanti aku sambung lagi.. Ada lagi ni.. Cepat tepu sekarang ni.. Hahaha.. Ini untuk penambahbaikan... At least ada la tergerak sikit pahat tu kena ketuk..  chow...

Monday, August 25, 2014

I'm still alive and now fulltime goat farmer. Yosh!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

terima kasih kepada semua pengunjung blog saya. saya masih hidup! hahaha. whatsapp masih on.

terima kasih atas sokongan anda semua. insya Allah, slow2 saya akan berblogging balik.

sekarang fulltime goat farmer. saya resign kerja government. sempat kerja di Indonesia 2 bulan.

nanti saya share kerja di Indonesia & projek ternakan saya sekarang.

belanja gambar sikit!

geng2 breeding meragut!





Tempahan aqiqah. sendiri sembelih & lapah!


Program Korban & Aqiqah 2014


Iklan. Saya daftarkan nama perniagaan dengan nama Utara Meat And Livestock!


Ada fanpage Facebook. jemput like! Utara Meat & Livestock

Sekian, terima kasih!



Tuesday, March 4, 2014

Berapa Banyak Nak Tanam Napier Untuk Kambing?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama saya menyepi, bukan tak aktif, tapi ada aktiviti rancak sedang berjalan secara underground. Nama pun Don, ala-ala mafia punya movement la, senyap, bila strike, gempak! hahahaha.



Hari ni nak cerita sikit pasal penanaman napier. Kalau cara atau kaedah penanaman napier ni, bersepah dalam internet, boleh Google. Tapi post saya ni, saya nak share, pengiraan, berapa banyak nak tanam napier untuk kambing.

Ini data yang diambil dari blog. Banyak benda sama je, orang dok copy paste, tak tau mana original. Hahaha. Data ni untuk napier india.

PENGIRAAN

# 1 ekar boleh ditanam 3,200 benih pokok, sistem 4'x 4'= 3,200 pokok seekar.

# 1 benih mampu mengeluarkan 20+/- mata tunas

# 1 mata tunas, purata berat dalam 1kg/pokok.

# 1 ekor kambing perlu makan 3kg sehari.

# Andaikata, dianggarkan Minimum 1 ruas (20 pokok) mampu mengeluarkan berat sebanyak 12kg/ruas. bermakna untuk 1 ekar pokok rumput Napier India mampu mengeluarkan hasil sebanyak 38,400kg rumput.Maksimum yg kami mampu buat mengunakan baja kami ialah, 20kg/ ruas ~ 64,000kg/seekar!


Tapi, kalau mengikut data ni, 1 kambing perlu makan 3kg sehari, macam tak berapa tepat. Kenapa? Kambing perlu makan sekurang-kurangnya 1% bahan kering dari berat badan. Biasa untuk peningkatan berat badan atau induk bunting/menyusu, 3-4%. Kita ambil 3%.

Kambing, berat 30kg. 3% berat badan, 900gram bahan kering.

Napier, bahan kering 20%. Jadi berapa banyak napier nak dapat 900gram bahan kering?

20% x Napier (kg) = 900gram
0.2napier(kg) =  900gram
Napier(kg) = 4500gram @ 4.5kg

betul tak? check. 0.2 x 4500 = 900 gram.

Jadi seekor kambing 30kg, memerlukan 4.5kg napier. TETAPI!! kambing ni bukan macam bebiri, kalau bebiri mungkin dia akan makan 90-100% napier yang kita bagi, kambing ni memilih, akan ada yang bersepah atas lantai.

Jadi kita up 30-40% dari jumlah sebenar. 4.5kg napier kepada 5.85kg napier untuk seekor kambing berat 30kg.

Daripada data, 1 benih/perdu, boleh hasil 20 tunas, dengan 1 tunas seberat 1 kg. Jadi boleh dapat 20kg 1 benih. Itu kalau penjagaan TIPTOP. Kalau jenis baloq liat, jangan harap la, silap2 10kg pun tak dapat 1 perdu. Teknik penanaman pun kena betul, nak menyenget ke, nak menegak ke, terapung ke, pilih teknik yang sesuai dengan tanah dan dapat beri pulangan maksima.

Kita guna kaedah ini, 1 perdu untuk seekor kambing. (kalau dapat lebih, boleh buat silaj kan, kan..)

Kalau ada 100 ekor kambing, kena la ada 100 perdu napier. Then kita kena tengok masa rehat dia pula. Katakan 6 minggu, 42 hari. Jadi selepas potongan, perlu 42 hari untuk di tumbuh balik untuk potongan seterusnya. Hari pertama potong dah clear, macam mana dengan hari yang seterusnya?

Kiraan dia, 100 ekor kambing x 42 hari rehat, jadi perlukan 4200 perdu napier untuk ditanam.

Berapa keluasan?

Daripada data, jarak tanam, 4 kaki x 4 kaki. kita guna kaedah column & row. kalau column 100, maka kena ada 42 row untuk dapatkan jumlah 4200, (100x42). Luasnya?

100(4') x 42(4')
400' x 168'
dapat, 67200 kaki persegi. luas mana tu weh??? convert la kepada ekar, 67200 kaki persegi, bersamaan, 1.5426997 ekar. Bundar la, 1.54 ekar.

Jadi, 100 ekor kambing, memerlukan 1.54 ekar napier. Itu tak termasuk kawasan kandang. katakan, untuk kawasan kandang, seekor kambing, 20 kaki persegi. untuk 100 ekor kambing, kena ada ruang 2000 kaki persegi untuk setup kandang.

Jom mengira lagi,

Modal boleh beli kambing induk betina 40 ekor + 2 ekor pejantan. Maksimum, kalo semua induk beranak sekaligus, dengan litter size, 1.8, mau ada 72 ekor anak kambing.

42 + 72 = 114 ekor x 20 kaki persegi = 2280 kaki persegi, ruang untuk setup kandang. Berapa JUMLAH luas tapak projek termasuk napier?

2280 + 1.14(67200) = 78,888 kaki persegi @ 1.81 ekar tanah, diperlukan untuk projek ternakan, 40 induk + 2 ekor pejantan.

Kalau ada tanah kecil, tak jadi masalah. Tanah tu buat kandang, lepas tu cari la tanah pertanian terbiar, tanah rentis bawah kabel elektrik, untuk tanam napier.

Jangan harap benda free je, at least standby la duit sewa tanah, RM100-200 sebulan seekar. Kalau dapat tanah agensi kerajaan, setahun baru berapa ratus ringgit seekar. Pandai-pandai la nak hidup, banyakkan bertanya, jangan banyak songeh, luku tang ubun2 baru tau. hahaha

Sekian, harap membantu, tak faham, boleh whatsapp, 019-4513061, DON.

Monday, February 3, 2014

Teknik Menghasilkan Sendiri IMO1 (Indigenous Micro-organism) atau EM - Tn Haji Mohd Nasir Samat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perkongsian hari ini adalah, teknik menghasilkan sendiri, IMO1 (Indigenous Micro-organism) atau lebih dikenali dengan EM (Effective Micro-organism), dan dikenali sebagagi MOL (Mikro-organisma Lokal) di Indonesia. Teknik ini dikongsikan oleh, Tn Haji Mohd Nasir Samat di Facebook saya.

Sedikit Biodata:


Tn Haji Mohd Nasir Samat
Pemilik/Pengarah Urusan Sumobek Sdn. Bhd.
Pemilik/Pengarah Urusan Semosa Sdn Bhd
Pemilik/Pengarah Urusan S.E.M Inspection SDN BHD
Presiden IGFA (Persatuan Usahawan Ternakan Kambing Malaysia)
Penerima Anugerah Penternak Jaya 2013,  HPPNK 2013
Pengasas Baka Bebiri SUMO


Ini teknik yang dikongsikan oleh beliau, original punya:

"Hah..hah..microb nasi senang aje nak buat Don Jenal de Cabras. Nasi sejuk disiram/renjis air, ratakan agar keseluruhan nasi basah. Masukkan dalam bakul plastik sayur, letakkan dirumpun buluh/serai/lalang. Tutup permukaannya ngan zing agar tak kena direct hujan atau matahari. Biarkan selama 2hari 3malam. Selepas itu akan tumbuh spora berwarna putih kekuningan dan gaulkan nasi serta spora tadi ngan molases yg sama kuantiti. Simpan dalam bekas kedap udara atau botol kueh selama 5hari. Itulah ibu microbe atau IMO1(indigeneous micro-organism). Utk menjadi IMO2, campurkan/larutkan ngan nisbah 1:1:10 iaitu 1IMO1, 1molases dan 10 air tanpa klorin. Simpan selama 5hari dan boleh jual selepas tu...hah..hah.. jangan terperanjat jika anda membeli EM1 dipasaran bersamaan ngan ape yg den tuliskan tadi..heh..heh.."

"Jangan lebih dari 2hari3malam sebab lepas tu warna spora kehitaman, itu menandakan microb yg tidak baik dan tak sesuai utk kegunaan kita."

"Samolah tu Don Jenal de Cabras perbezaan dari segi bahasa aje. Tujuan kita letak bawah rumpun buluh/serai/lalang adalah utk mendapatkan mikrob yg lasak. Paling lasak dan baik adalah mikrob dari buluh.
Yakult + nasi pun boleh, begitu jugak sumber yakult sendiri iaitu susu segar lembu atau kambing(kalau susu kambing sesuai tuk den minum ajo). Gunakan yg rosak/basi pun ok."

"Nak pastikan mikrob hidup mudah aje, letakkan ditempat panas kita boleh dengar pergerakan mikrob macam botol air coke kena goncang. Jika dibuka tutup botol nescaya ia akan meloncat keluar..awas boleh jadi bom mikrob.."

Terima kasih Tn Haji Nasir kerana sudi berkongsi, semoga ilmu ini menjadi satu jariah. Insya Allah. Semoga terus berjaya dalam bidang penternakan.

Sekian, terima kasih.

Thursday, January 23, 2014

Aku & WhatsApp...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sejak saya menawarkan khidmat nasihat mengenai projek penternakan kambing, ada beberapa orang telah bertanya kepada saya, sama ada melalui whatsapp, sms, call atau facebook. Alhamdulillah.

Saya bukanlah penternak mega, kalau nak dibandingkan dengan prof Alwi dari Alwi Goat Farm, ibarat air setitik dengan air setempayan. Apa yang merisaukan saya adalah, orang akan pandang pada bilangan kambing saya, pengalaman saya menternak kambing.

Don't judge the book by its cover. Apa yang saya kongsikan, mungkin takda dalam buku, even pergi tanya pada Jab. Veterinar pun belum tentu mereka sudi jawab. Hehehe.

Di rumah saya. Ada beberapa buku bahasa Indonesia yang saya pinjam dari WB Farm, Kuching. Memang berbeza, memang ketinggalan industri kambing kita jika nak dibandingkan dengan Indonesia. Salute bapak2 penternak Indonesia!

Saya akan terus membantu anda semua, terutama yang baru nak memulakan projek ternakan kambing, terutama dari segi kos permulaan untuk menternak. Startup tak perlu mahal2, tak perlu canggih, kurangkan CAPEX (capital expenses), fokus kepada kecekapan OPEX (operation expenses).

Ini bukan zaman Pak Lah, kandang macam chalet, ini juga bukan zaman Pak Jib, dalam budget dok burung walit je, ini zaman penternak usaha sendiri, zaman penternak gembala sendiri, lebih kreatif, lebih inovasi, lebih berilmu.

Ini zaman bank-bank tak percaya kepada potensi projek penternakan, ini zaman Jab Veterinar pilih bulu. Ini zaman orang politik buat projek untuk nama. Hahahahaha, suka hati je aku hentam. Ini zaman realiti, bukan zaman fantasi. Ini zaman penternak harus percaya pada darah pribumi. Ini zaman bukan zaman penternak boleh minta bantuan kewangan sana sini. Ini zaman bukan zaman masyarakat boleh pandang lekeh pada projek ternakan.

Cara saya simple, calculation simple, cuma saya akan jadikan baka kampung/katjang/kacang atau kacukannya sebagai guideline, dan sangat disyorkan kepada penternak baru/beginner/newbie. Kadang ada yang tanya boer, jamna, susah sikit saya nak detailkan sebab harga dia, kadang di sesetengah kandang, dia kira ikut warna, ikut telinga. hahahah.

Sekian, wallahu a'lam. Jika perlukan khidmat nasihat saya, silakan whatsapp, wechat, sms, 0194513061, Zainal a.k.a Don.

Tuesday, January 21, 2014

Bersawang dah.. Balik kampung, Januari 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tu dia, dah beranak pinak dah labah-labah dalam blog ni.. Haa.. lubang tarantula pun ada...

Tahun lepas ada turun sikit semangat kambing, jadinya, nak update blog dilanda kemalasan. Hahahaha. Minggu lepas balik Kedah, replenish mana.

Ada beberapa aktiviti kekambingan minggu lepas.

12/1/2014 - Melawat kandang Helmi di Pendang, Kedah. Tujuannya nak ke UUM Sintok, maka, menyinggah la kejap. Kandang Syakir yang baru siap tak dapat nak singgah, di Pendang jugak, sebab dia kena kerja. Di kandang Helmi, sembang2, lepas tu dia bawak p meronda tengok kandang berhampiran. Last, pekena pisang goreng. Sharing2 sket ilmu yang sikit ni.

Lupa --- sebelum gerak ke Pendang, singgah di gerai Sinar Utara Agrofarm. Jumpa abg Azhan. Sembang2 kejap, laku wo lamb chop dia. Tara dok sembang pun ada 6 7 orang mai beli. Tapau sebungkus lamb chop dengan sebotol susu kambing, free sebungkus tulang2 untuk digigit dalam kereta. Belengas stereng sebab tak boleh tahan nak menggigit jugak time berhenti traffic light. Hahahahaha

13/1/2014 - P Gerik, jumpa bakal mak mertua, ada discussion sket, hahaha.

14/1/2014 - Perjumpaan spontan geng2 ayam piru/belanda/kalkun. Seminggu je planning dalam Facebook, terus jalan. Dapat la jumpa geng2 yang dulunya kena dalam group Kelab Penternak Ayam Belanda. Amirul Hifzan la dia punya mastermind. Kami berkumpul di rumah abg Rabani, awal tu nak minum kopi je, sekali, dengan ketam nipas dijamunya. Arigato gozaimas. Penternak lain, makcik Hawa, abg Silver Art, Dino sekeluarga, Zaim. Cukup sebut kot. Hehe. Kami p melawat reban Piru Best. Lepas tu, singgah semula rumah abg Rabani, borong ketam nipah plak. Nasib tak rakam, kalah market wo...

15/1/2014 - Belah pagi tak ingat plak. Petang, p kandang di Teloi, saja p tengok, dia buat iklan dalam Mudah.my. P sembang2, tukar2 info. Baru masuk boer, beli dari Espek, di Sintok. Lepas tu shoot ke Sungai Petani, beli tiket nak ke Kelantan, pada malamnya.

16/1/2014 - Sampai di Tanah Merah, turun dekat foodcourt seberang Pizza, dalam jam 4.30am. Driver macam pelesit. Pekena roti canai 2 biji, teh tarik 1. Boh Mat Daud dari Ketereh datang jemput. Lepak di rumah dia, sampai subuh. Paginya, p tengok dia nyusukan anak2 Saanen di belakang rumah. Kandang sempoi baq hang, kandang koboi. Majoriti Saanen, ada cross boer, ada meelan, ada toggenburg. Lepas tu ikut dia p cari rumput, sebelum tu, pekena nasi lauk itik suriyati. Marvellous! Lepas cari rumput, mandi, bersiap. P kandang kawan dia, Saanen jugak. Ada yang kena tambat kes hisap puting sendiri. Hahaha. Sangap la tu. Lepas tu p rumah Tok Guru Nik Aziz, beliau takda plak, singgah la kandang anak dia, Nik Adli. Dapat la jumpa di kandang, sambil2 tengok Saanen dia, ada seekor kena barah payudara. Kesian, tunggu masa je. Sampai tengahari je boh Mat Daud dapat entertain, lepas tu dia hantar ke stesen bas, sekali bas petang takda. Nasib ada hotel budget, berhibernasilah petang tu sementara nak tunggu bas pukul 9:30pm

17/1/2014 - Proses transfer pemain ke kelab baru. Proses mengosongkan kandang, setelah banyak kes kematian, jadinya, bertukar manager baru. Player tinggal 5 ekor je. Pagi terus celapak p kandang, buh tali, masuk dalam Unser. (jahanam kereta aku kena kencing kambing). Ada seekor terlepas, jenuh kejar. Hahaha. Flight zone apa semua, habis tunggang langgang. Maka, dalam pukul 9 lebih gerak ke Batu Kurau. Gamble. Yang ikut sekali, Amirul Hifzan, tu pun di Batu Kurau baru jumpa, dan gerak sekali ke kandang baru, nama glamer f.b, Man Jadda Wajada. Lepak sampai petang. Kambing takda stress, sampai2 terus cari makan. Mana taknya, kawan tak makan lagi dah kena buh tali. Setel urusan di situ, singgah kejap di Felda Ijok. Shoot balik ke Kuala Ketil.

18/1/2014 - Berjalan cari geng kambing lagi. Kali ni ke Kulim plak, singgah di kandang Ternakan N&A Wawasan di Sungai Kob, Mahang, jumpa abg Nurul Mydin. Bapak besor punya kandang. Lembu pun ada, kerbau ada. Sembang2, melayan anak dia yang jadi tourist guide. Bakal tokey tu. Kemudian gerak ke market Kulim, dekat dengan stesen bas, jumpa abg Zul Karnai. Tengah cuci tempat meniaga, jual kambing fresh tu. Sehari busuk boleh seekor dua, kadang sampai 6 7 ekor. Makan tengahari, abg Nurul pun join sekali. Tak dapat p kandang abg Zul, sebab ada orang buat kenduri, block jalan. Apa daa.. Kami p kandang lembu berdekatan, nak deal beli lembu. Teruk juga kawasan tu, bersepah. Kambing ada jugak, tapi feel takda nak tengok dengan kawasan macam tu. Lepas tu p balik kedai makan tadi, jumpa abg Nazir Ali plak.

Otai2 Kulim dah setel, shoot ke Lunas, P rumah abg Silver Art, nak p kandang Amirul Hifzan, dia p dating plak. Hahaha. Dekat rumah abg Silver Art (rumah ayah), dah macam zoo mini unggas dah. Macam2 ada. Ayam piru, ayam kampung, burung budgie. Paling best Kucing Bengal. 1st time tengok dekat2, terus hatiku tertawan. Hahahah. Kena standby 5k la kalo nak beli sepasang. Sembang2, dengo dia punya experience kerja dan lain2. Tengok design reban dia 2 tingkat, dapat la idea nak modify kandang kambing jadi reban ayam piru nanti. Petangnya gerak ke rumah dia dia Padang Serai. Bergaya dengan helmet predator, tengok ikan arowana dan kucing-kucing bengal selebihnya. Kemudian, balik rumah, rehat2 lepak2, sambil pekena bihun sup kambing. fuhh!

19/1/2014 - Selamat hari lahir bonda tercinta! Program hari ni dibatalkan (nak ke Perlis, jumpa Amar & p kandang tn Ab kamel). Tengahari gerak ke Butterworth, kena sampai LCCT awal, sebab ada client perlukan consultation pasal kambing, cewahhh... Bas kena tukar, hampeh betul, nasib tak lari jadual, sempat sampai di stesen bas Aman Jaya, Ipoh, beli tiket Star Shuttle, terus ke LCCT. 2 kali naik bas. Sampai di LCCT dalam pukul 9:30pm. Check in dulu, kemudian jumpa Pak Razman & kawannya Raja Ibrahim, dan Din bersama isterinya. Table talk pasal kambing sampai tengah malam. Pukul 12pm baru habis, tu pun sebab kawan lama masa belajar di Madrasah Idrisiah,Muim, dah sampai jemput tidur rumah dia. Kalo belum sampai, memang lama lagi la sembang2 pasal kambing dengan Din. Pak Razman balik sebelum tu.

Buat calculation dengan Pak Razman, mega jgk projek. 300 induk untuk kandang 1st, 300 induk untuk kandang 2nd, dan plan nak buka di Utara juga. Insya Allah, saya tolong mana termampu. Dengan Din pun ada calculation. Ingat nak jumpa Ecam Berjaya & Azhar. Azhar ada hal, Ecam dah tidur, sebab lewat sangat inform. Hahaha. Kemudian, Muim bawak p makan kedai mamak di Nilai, pekena nasik lauk ayam goreng & kari kambing, sambil sharing2 ilmu business. Mantap & cekang kawan aku Muim ni. Banyak info dipelajari. Jazakallahu khairan kathira ya akhi.

20/1/2014 - Pukul 5:40am boarding, flight pukul 6:00am. Sampai kapit dalam pukul 7:45am. Naik teksi, shoot ke wharf sibu, naik bot express 8:30am. Bot ni singgah di rumah-rumah panjang, so, sampai di Kapit dalam pukul 12:00 tengahari. Balik rumah, rehat, masuk kerja macam biasa.

Tamat.. siri balik kampung pertama 2014. Nanti update lagi, dengan gambar2 sket. Insya Allah. Hehehehehehe

Thursday, October 24, 2013

Balik Raya Haji - Part 1

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Raya haji hari tu bercuti di kampung, dapatla tengok kambing yang semakin berkurang tu. Dan dapat juga makan bihun sup kambing, sembelih sendiri.


Ni je kambing yang tinggal. Tu pun kurap tak sembuh lagi, tak sempat nak buat rawatan susulan. Part 2 nanti cerita pasal kambing saya.

Facebook