Tuesday, July 2, 2013

Ectoparasiticide - Bahan Aktif Dalam Racun Parasit Luaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hampir 3 minggu tak menulis, banyak sebenarnya menulis, tapi banyak benda nak kena fikir. Hahaha. Sebenarnya nak cerita pasal parasit luaran, dah rangka dah, tapi tak siap lagi. Untuk mengubat rindu pembaca blog, cewahh, saya tulis pasal ni racun parasit luaran dulu la. Apa yang saya nak tekankan dalam artikel kali ini adalah peratus kekuatan bahan aktif dalam racun yang digunakan. Ok, pelakon utama hari ini adalah TAKTIC.

Sumber Gambar: Osman Goat Farm

Taktic EC ini adalah nama dagangan bagi Amitraz. Maknanya banyak lagi jenama racun serangga yang mengandungi bahan aktif Amitraz. Mitaban pun mengandungi Amitraz. Biasa dengar amitraz? Orang kampung saya Amitraz is a non-systemic acaricide and insecticide (wikipedia). Untuk Taktic ini, kekuatan Amitraz adalah 12.5%.


Kambing & Biri-biri

1. Rendaman: 1 liter Taktic untuk 250 liter air in 250 liters of water.
2. Semburan: 40ml Taktic untuk 10 liter air

Parasit: HAMA, KUTU, KED

Sebenarnya saya bukan nak promote Taktic ni, tapi nak kongsi pengiraan bagaimana kurangkan kekuatan Amitraz atau bahan aktif lain supaya sesuai untuk kambing & biri-biri atau lebih dikenali kaedah pencairan dalam kimia. (Pergh.. tak pernah2 belajar kimia masa sekolah ni)

Formula pencairan:
M1V1 = M2V2
M = kemolaran/kepekatan 
V = isipadu (cm3)

Kekuatan amitraz yang disyorkan untuk kambing adalah 0.05%. Daripada dos yang dicadangkan KM VET, kita dapat kira.

TAKTIC 12.5% Amitraz

Rendaman:

(12.5%)(1 liter) = (M2)(250 liter air)
0.125 = (M2)(250)
0.125/250 = M2
M2 = 0.0005 @ 0.05%

Semburan:

(12.5%)(40 mL) = (M2)(10000 mL air)
(0.125)(40) = (M2)(10000)
5/10000 = M2
M2 = 0.0005 @ 0.05%

Betul kan? 0.05%? Hehe. Tapi Taktic ni agak mahal untuk penternak kecil macam saya. Selain Amitraz, bahan aktif lain yang biasa digunakan adalah Malathion. Kekuatan yang biasa digunakan adalah 0.5%. Saya ada beli racun serangga dengan bahan aktif Malathion 89.5%. Hahaha. Ni prof Alwi punya suggestion, saya tak reti nak guna. Bila dah study pencairan ni, baru saya faham sikit.

Ok. Target kita nak dapat 0.5% Malathion daripada 89.5% Malathion. Jadi, berapa sukatan air yang diperlukan untuk mencairkan 89.5% ni?

M1V1 = M2V2
Katakan nak guna 50mL 89.5% Malathion

(89.5%)(50mL) = (0.5%)(mL Air)
(0.895)(50) = 0.005(mL Air)
44.75/0.005 = mL Air
mL Air = 8950
= 8.95 Liter Air

Rawatan luaran ini perlu dibuat sebanyak 2 hingga 3 kali untuk jarak masa 7-14 hari. Kenapa? Kaedah ini hanya membunuh parasit remaja dan dewasa. Telur masih selamat, jadi perlu tunggu menetas. Juga terdapat kejadian telur lambat menetas dari tempoh biasa. Maka perlu dibuat 2 hingga 3 kali atau sehingga tanda-tanda hilang. Kaedah suntikan Ivermectin juga boleh digunakan dengan jarak masa dan kekerapan yang sama. Langkah terbaik untuk mencegah adalah melalui biosecurity & sanitation.

Sekian, terima kasih. Harap dapat membantu penternak dengan kos ciput untuk rawat parasit luaran dengan menggunakan ectoparasiticide ini. ^____^

5 comments:

  1. Fuhh..lama sungguh tunggu pos ust don. Mcm nak beranak sulung. Hehehe..kidding.

    Say pernah terbaca yg malathion dgn kepekatan yg betul juga boleh membunuh telur kutu.

    Ada 2 ekor kambing yg saya belibada kutu.saya hanya mandikan 3 hari. Alhamdulillah semuanya mati dan recurrence tidak berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. macam2 nak tulis, last2 yang dihajat tak tulis, yang on the spot keluar.

      yeke? kepekatan berapa tu?

      3 hari je? wah,, sangat bagus. mandi biasa je ke?

      Delete
  2. aku lemah betul la bab matematik ni., pening tengok ko punya calculation ni.

    anyway betul lah ko cakap, sanitation yang penting. ubat ubat ni bila dah terkena. leceh bila kena administer ubat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaedah pencairan prof. google internet je ni. hahaha. study2 sket, baru la faham.

      yes, sanitation & biosecurity. bila dah kena, jenuh nak rawat, macam2 hal.

      nak kena lepas bagi cahaya matahari, bagi vitamin D sket.

      Delete
  3. Saya Encik Kelvin yang sah dan pinjaman Lender bereputasi. Kami adalah syarikat yang dinamik dengan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau yang memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari yang gembira untuk menawarkan anda pinjaman. Sila tulis kembali jika berminat atau hubungi uniqueloanlenders02@gmail.com

    ReplyDelete

Facebook