Thursday, October 24, 2013

Balik Raya Haji - Part 1

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Raya haji hari tu bercuti di kampung, dapatla tengok kambing yang semakin berkurang tu. Dan dapat juga makan bihun sup kambing, sembelih sendiri.


Ni je kambing yang tinggal. Tu pun kurap tak sembuh lagi, tak sempat nak buat rawatan susulan. Part 2 nanti cerita pasal kambing saya.

Monday, October 7, 2013

Sesi Terjah Kandang Kambing Sekitar Kuching Sarawak Bersama WB Farm

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaf banyak-banyak dipohon dari semua pembaca blog saya ini. Berikutan dua bulan ni banyak traveling, keluar masuk Kapit ni, jadi masa untuk update blog jadi terganggu. Bukan senang nak menulis, idea ada, tapi feel kena ada. Yang kali ni pun jenuh seru semangat menulis. Hehehe.

Kebelakangan ini ramai plak yang dok tanya pasal memulakan penternakan kambing, alhamdulillah. Yang mesej ada, whatsapp ada. Ini menunjukkan bahawa industri penternakan kambing ini adalah industri SUNRISE. Maknanya, industri ni akan naik sentiasa, cuma akan mendung sekejap bila time hujan. Lepas tu cerah balik. 2 3 tahun sebelum ini, industri penternakan kambing mendung je, tapi sekarang, kembali bersinar. Alhamdulillah. Insya Allah, saya akan buat beberapa artikel mengenai kos penternakan kambing ini, sebab rata-rata yang bertanya, mengenai kos penternakan kambing. Apa pun, saya akan cuba update, perjalanan kembara kambing saya untuk 2 bulan ni dahulu. Daripada terjahan ke kandang kambing di Kuching Sarawak, sehinggalah ke Perkampungan Pembiak Baka Kambing & Penubuhan IGFA. Pengalaman yang menakjubkan.

Wednesday, August 28, 2013

I'm back! Mengesan Bebanan Parasit Pada Kambing - Lima Titik Pemeriksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah sekian lama menyepi, hari ini saya kembali menulis. Idea ada, nak menulis tu bukannya selalu rajin. Hahaha.

Apa pun, di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari saya, memohon kemaafan, sekiranya sepanjang saya berblogging ini, saya ada menyinggung perasaan para pembaca sekalian, atau ada menyentuh isu-isu sensitif. Silalah tegur saya, gunakan CBOX di sebelah ini ---------------------------------------------------------> sekiranya ada yang perlu diperbetulkan atau ada pertanyaan. Selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan kepada para pembaca beragama Islam sekalian. Semoga madrasah Ramadhan tidak terhenti setakat ini sahaja, teruskan usaha anda sehingga bertemu kembali Ramadhan seterusnya, insya Allah.

Tuesday, July 2, 2013

Ectoparasiticide - Bahan Aktif Dalam Racun Parasit Luaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hampir 3 minggu tak menulis, banyak sebenarnya menulis, tapi banyak benda nak kena fikir. Hahaha. Sebenarnya nak cerita pasal parasit luaran, dah rangka dah, tapi tak siap lagi. Untuk mengubat rindu pembaca blog, cewahh, saya tulis pasal ni racun parasit luaran dulu la. Apa yang saya nak tekankan dalam artikel kali ini adalah peratus kekuatan bahan aktif dalam racun yang digunakan. Ok, pelakon utama hari ini adalah TAKTIC.

Monday, June 3, 2013

REFUGIA! Cacing "Pelarian" Penyelamat Kambing

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah baca beberapa artikel, baru saya faham serba sedikit mengenai REFUGIA. Tuan-tuan pengamal, penjual, pengiklan, pengeluar produk anthelmintic, adakah tuan-tuan tahu apa itu REFUGIA? Takkan tak tau kot, dok guna ivermectin, albendazole (yang saya ingat la), takkan tak ambik tau kot. (yang mana boleh akses internet la, pakcik2 yang takda akses tu, bukan salah mereka). Saya terpaksa guna albendazole pada kambing, jadi saya perlu tahu kesan kebaikan & keburukan chemical dewormer ni. Jangan tau guna je. Saya pun tak berapa tahu sangat kebaikan albendazole ni. Hahahahaha.

REFUGIA ni berkait rapat dengan anthelmintics resistance, yakni apabila sampai satu tahap, ubat cacing yang kita dok suntik ke bagi oral tu, sudah tidak berkesan. Seperti artikel saya yang lepas, mengenai panadol. Sakit kepala je makan panadol, mula sebijik ok. Lama lepas tu dok makan, 2 biji baru berkesan. Setelah sekian lama, 3 biji baru berkesan, Masa tu memang dah wujud resistant.

Saturday, June 1, 2013

Hari Keputeraan DYMM Sultan Abdul Halim, Hari Gawai & Cuti 4 Hari.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Daulat Tuanku
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah
Semoga Allah Lanjutkan Usia, Memberi Kesihatan dan Memberkati Pemerintahan Tuanku
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG XIV
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM 
MU'ADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN BADLISHAH

Dan
Selamat Ari Gawai ngagai kaban Iban aku. Gayu guru gerai nyamai. Chelap lindap lantang senang nguan menua, bidik lansik, betuah belimpah. Ulih ringgit ulih duit, ulih kaya ulih reta. OOOHHAA!!

Thursday, May 30, 2013

Selenium, Vitamin E & Copper untuk induk bunting, why?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya ni bila tulis, suka tulis berjela-jela. Komen pun kadang berjela. Tanya la Prof Alwi, selalu kena blog dia. Alwi Goat Farm. Bukan apa, menternak kambing ni telah menjadi minat saya. Kalau boleh, nak jadikan hobi. Apa hobi kamu? Hobi saya adalah mengembala kambing. Haa.. hobi baru tu. Bila saya dah naik kandang, jumpa kambing, tak ingat dah nak makan, tak ingat dah nak online2 ni. Tapi dahaga minum la. Badan kita 70% air kot.

Saya sukakan penggunaan herba, yakni ke arah penternakan organik. Saya memilih rawatan secara holistik, iaitu rawatan secara total, membetulkan kembali yang tak betul. Bukan setakat fokus kepada rawatan, hilangkan penyakit sahaja. Orang yang takda duit, akan stress. Cara rawatan, bagi duit untuk hilang stress. Tapi cara holistik, bagi kerja, dia dapat duit, dia dapat isi masa lapang, dia dapat jumpa kawan-kawan. Ada duit, ada kawan, ada aktiviti, hilanglah stress. Lebih kurang macam tu kot rawatan holistik ni. Hehehe. Hentam saja la

Friday, May 24, 2013

Rawatan Herba Untuk Mastitis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada artikel yang lepas, saya menceritakan mengenai ibu kambing saya yang kena mastitis. Kesian, tengok dia berjalan pun siksa je tengok.

Mastitis atau keradangan payudara (kambing) ini adalah disebabkan bakteria atau kecederaan. Banyak faktor lain yang menyumbang kepada kejadian mastitis ini. Daripada pengalaman saya, tanda-tanda kambing kena mastitis adalah udder menjadi besar, mengeras, dan berasa panas seperti demam.

Antara cara rawatan yang telah saya gunakan adalah memberi makan bawang putih dan menyuntik antibiotik. tak dapat nak bagi bawang putih banyak, mana mau nya dia. Disebabkan masa terhad, saya memilih untuk menyuntik antibiotik, yang warna putih tu. Apa ke nama antibiotik, saya tak tau. Bro Khairie yang tolong inject. Saya tak reti nak inject2 ni, bagi oral ke sapu ke, reti la.

Wednesday, May 22, 2013

Ibu Kambing Anak Triplet Kena Mastitis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

lama betul tak menulis, sebulan lebih. sibuk dengan exam, kursus dan terlalu seronok nak balik kampung. ingat ada cerita menarik, cerita menyayat hati pun ada.

11/05/2013, saya balik ke Kedah. sebelum balik, adik ada bagitau, ibu kambing beranak kembar 2. masa on the way balik, dia kol lagi, seekor lagi ibu kambing beranak kembar 3. tapi yang kembar 2 tu dah mati seekor. hoho. gembira bercampur sedih. bertolak pagi tu dari Sibu, Sarawak, sampai di Sungai Petani dalam pukul 8. lepak minum jap dengan adik perempuan & bakal tunang dia. sampai di kedai mak (depan masjid kuala ketil, warung mak tam, nasi kandar) lepak2, sembang dengan mak kejap, terus bergegas tengok anak kambing. seronok tengok kembar 3 tu (ibu bapak kambing kampung, sebenarnya bapak tu anak kepada ibu tu, pikir la sendiri, hahaha). tapi kembar 2 yang tinggal seekor tu, macam lumpuh, tak boleh bangun, kesian. tak tau nak buat apa.

Saturday, April 20, 2013

Buku: Menambah Baik Pengeluaran Kambing Di Kawasan Tropika

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini saya berjaya memuat turun buku online mengenai penternakan kambing di kawasan tropika yang bertajuk "IMPROVING GOAT PRODUCTION IN THE TROPICS". Saya dah banyak kali singgah ke buku ni di Google Books bila mencari mengenai kambing di tropika. Sekarang saya telah upload dalam Slideshare untuk bacaan semua. Kena baca online je, file ni besar, ada dekat 400 muka surat. hahaha. Saya sudah email pada publisher kebenaran untuk kongsi buku ni, tapi, jika publisher tidak membenarkan, saya akan remove. Sementara tu, baca la mana yang sempat baca. Tengok pada isi kandungan, dan cari tajuk yang ingin dibaca. Guna la key ctrl+F untuk mencari keyword dengan lebih cepat. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan penternak kambing semua. Salam Penamaan Calon. ^____^


saya sudah tukar setting untuk membolehkan geng-geng ternak muat turun. cepat2 donlod.

Tuesday, April 16, 2013

Kambing, Minyak Masak, Bawang Putih Dan Penyakit Puru (ORF)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Artikel kali ini adalah berkenaan penyakit kambing, rasanya artikel pertama mengenai penyakit kambing. hahaha. Ya tuan-tuan, penyakit puru atau ORF adalah satu penyakit biasa, tetapi jika dibiarkan, ianya akan melarat dan memberi kesan kepada kambing, boleh juga bawa kematian apabila kambing kita hilang selera makan akibat kena puru terutama sekitar mulut.

Saya bukanlah pakar penyakit kambing ni, saya ternak pun cara PJJ (Penternakan Jarak Jauh). Sebab kerja di Sarawak, Kapit plak tu. Bak kata kawan-kawan bila ada yang luar biasa, (terutama harga barang) "KAPIT BRO!" Jadi diikutkan cerita PJJ ni, kambing saya dijaga oleh adik, yang kurang pengetahuan pasal kambing. Dalam masa yang sama terjadilah serangan ORF ni. Takkan saya nak suruh dia beli ubat pelik-pelik, nak kena suntik bagai, naya je kambing tu. Saya pun tak tahu suntik menyuntik ni, lagikan adik saya. Jadi saya perlu bagi solution yang simple dan terbukti berkesan sebelum ini dengan cara tradisional. Minyak masak terpakai. Tapi sebelum tu, mari kita kenali serba sedikit penyakit puru atau ORF ini.

Sunday, April 14, 2013

Menilai "Arnold Schwarzenegger" dan "Sazali Samad"

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kata nak update selalu, seminggu sekali pun susah nak update blog Projek Kambing Muda ni, Don don don.. Hahaha

Dalam pemilihan kambing pedaging, penilaian komposisi badan juga penting. Tetapi penilaian komposisi badan @ ketebalan @ berat hidup kambing ini bukanlah faktor utama dalam kejayaan projek ternakan kambing pedaging. Yang paling utama adalah kidding rate. Lagi tinggi kidding rate, lagi banyak yang boleh kita jual. Muscle thickness ni akan berikan kita keuntungan extra. Lebih-lebih lagi kambing yang FCR (feed conversion ratio) rendah. Contoh, kambing yang makan dengan amaun yang sama, seekor naik berat badan 1kg & seekor naik berat badan 0.8kg, yang mana lagi untung? Banyak faktor yang perlu diambil kira.

Dalam pertandingan bina badan, terdapat 5 kriteria yang dinilai:
  • Mass
  • Definition
  • Proportion
  • Symmetry
  • Stage Presence

Mass:

The perception of muscular size, has been the foundation for bodybuilding since the beginning of the sport. Yet, mass is only a merit when accompanied by the remaining qualities.

Definition:
Indicates the degree of muscularity brought about by the absence of subcutaneous body fat. Defined muscularity is necessary to fully display the development of the physique. Definition is only of value when it allows massively developed muscles to be displayed.

Proportion:
Implies an even balance of muscular development in comparison to each muscle group. Theoretically, a "strong body part" can be just as detrimental as a "weak body part". Bodybuilders must strive for equal development between all muscle groups.

Symmetry:
A misnomer, is commonly used to depict "proportion" or expressed to indicate an aesthetic quality throughout the physique. Although, in its strictest definition, symmetry denotes equal development of muscularity on both right and left sides of the physique.

Stage Presence:
Includes posing performance and other factors influencing general appearance such as skin tone, grooming, charisma, and poise. Effective stage presentation is essential to display the physique to its maximum potential.

Sazali Samad: Juara Mr. Universe (Lightweight)

Arnold Schwarzenegger: Mr. Olympia, Pelakon Hollywood & Gabenor California ke 38

Tetapi bagaimana kambing pedaging dinilai? itu yang kita nak tahu, dah nama pun blog pasal kambing, kalau blog pasal bina badan, memang saya detailkan cara bina badan ni. Hahaha.


Gold Nugget, anak kepada  "GOLDSTRIKE" The International Boer Goats Grand Champion. Rujukan: Gold Strike Boer Goats

Jadi di sini saya nak kongsikan panduan bagaimana menilai kambing pedaging. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada tuan-tuan pengembala & penternak kambing sekalian.

Thursday, March 28, 2013

Fokus: Kambing Muda + Sistem Roto-Terminal.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam apa sahaja yang kita buat, kita perlu fokus. Dalam penternakan juga kita perlu fokus. Apakah sasaran atau matlamat yang ingin dicapai.

Matlamat saya adalah untuk menghasilkan kambing muda. Kambing muda yang dapat dihasilkan seawal umur 5 atau 6 bulan. Tujuan utama saya adalah untuk mengubah persepsi masyarakat yang takut makan daging kambing. Daging kambing sebenarnya berkhasiat, tetapi masyarakt dikaburi dengan mitos-mitos lagenda dahulu kala, yang menyebabkan mereka, apabila diberitahu, "saya makan beriani kambing" maka dia akan menjawab "eeewww...". Tetapi apabila diajak makan fast food, "Jom!"

Dengan menghasilkan kambing muda, saya akan dapat pulangan yang lebih cepat, seawal umur kambing muda itu. Kos dapat dikurangkan, pulangan juga berbaloi. Tetapi untuk mendapat kambing muda yang saiznya sesuai dengan permintaan pasaran, growth ratenya perlu bagus, average daily gain cantik dan feed conversion rationya cekap, meat to bone ratio cun serta kambing muda itu dapat hidup sihat sehingga saat dijual.

Tidak dinafikan, baka Boer mempunyai growth rate yang cantik, average daily gain yang cun, maka ianya sangat sesuai untuk dimasukkan dalam program kambing muda saya. Tapi adakah ianya berbaloi dengan keadaan cuaca kita? Masih berbaloi walaupun prestasinya tak sehebat di tempat asal. Tetapi masih diperlukan untuk memberi boost kepada kambing muda supaya growth ratenya lebih baik. Kena cari kelahiran tempatan la jawabnya. Di mana saya akan letakkan baka Boer ini? saya akan jadikannya Terminal Sire. Kopak la nak bela boer banyak-banyak. Bela seekor dua pejantan yang betul-betul excellence, sudah cukup untuk program ini. Dengan menggunakan sistem Terminal, semua anak akan dipasarkan, tak kira jantan atau betina.

Bagaimana dengan induk betina? Di sinilah tricky partnya. Makan tahun. Saya nak induk betina saya mempunyai genetik susu. Supaya susu yang akan diberikan kepada anak Terminal sangat-sangat cukup, kalau lebih, tuan kambing boleh tumpang sekali. hehehe. Tetapi untuk mendapatkan induk betina seperti yang diidamkan, saya akan menggunakan sistem Rotational. Untuk sistem rotational, baka asas yang akan saya gunakan adalah pejantan daripada baka dairy Saanen/Anglo Nubian dan induk betina daripada baka kacukan kampung (kalau ori kampung, larat ke dia tahan Saanen? haha)

Apakah target saya untuk sistem rotational ni? Untuk mendapatkan induk dengan 62.5% dairy dan ada darah tempatan.

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Untuk generasi pertama: 100% Saanen (S) x 100% Kacukan Kampung (KK)

akan dapat: 50%S:50%KK. Anak jantan akan dijual semua. Anak betina simpan. Yang tak ok, akan dijual juga. Kasi sembelih. Nanti jual untuk baka, orang complaint plak tak perform. hahaha.

Generasi kedua: 50%S:50%KK x 100%KK (yang paling hardcore!! Spartan!! Lulus CBPT kalau ada la..)

akan dapat: 25%S:75%KK. Macam biasa, jantan akan dijual semua. Anak betina yang cun simpan. Yang tak cun, dijual.

Generasi ketiga: 25%S:75%KK x 100%S

akan dapat: 62.5%S:37.5KK. Yang ni tak macam biasa. Sebab bila dah capai tahap ni, saya akan hentikan sistem rotational. Tiba masa untuk inter se mating. Anak jantan yang terbaik akan disimpan, yang lain jual. Anak betina tidak akan dijual, kerana masa ni lah akan bermulanya sistem terminal saya.

Induk 62.5% dari sistem terminal akan dinilai, yang mana terbaik, akan dijadikan replacement doe, untuk dikahwinkan dengan pejantan 62.5% terbaik yang telah dipilih. Pada masa ni, ada 2 program pembiakan akan berjalan, linebreeding (stok 62.5%) dan terminal crossing (stok kambing muda).

Kenapa saya memilih induk kambing kampung? Sebab saya nak kurangkan kebergantungan saya terhadap ubat-ubat, dewormer & sebagainya. Kalau ada kes pun, akan buat secara selective. Jadi saya perlukan genetik yang mempunyai daya tahan terhadap cuaca tropika dan parasit serta merupakan baka yang prolifik. Iaitu kambing katjang/ kacukan katjang. Lagi satu nak bagi ada warna sikit, baru menarik. Kalo plain putih je, boring gak tengok hari-hari. Dan semestinya kacukan dairy kampung ni, akan meragut di atas tanah. Bagi exercise. Berpeluh, bina otot, dapat cahaya matahari, dapat hirup udara segar, berlari sana sini.

Jadi, ini sebahagian daripada plan mega saya. Start small, end big. Banyak yang perlu difikirkan, tempat nak bela la yang paling penting. Berapa ekar tanah kena ada tu. At least ada 2 paddock berasingan. Plan saya mungkin nampak gah, mungkin tak dapat dicapai, tapi saya menanti 4 5 tahun untuk dapat kambing pertama saya, yang merupakan langkah pertama saya menceburi bidang ternakan kambing. sekurang-kurang saya sudah mula menapak, kemudian pacak tiang, kemudian pasang bumbung, buat dinding. lama-lama siap la sebuah banglo Projek Kambing Muda.

Saya suka akan quote salah seorang senior saya kata, ambil dari filem Avatar, tak perlu dituang gelas yang penuh, nanti melimpah. lebih kurang macam tu la. tapi saya tak nak jadi gelas, saya nak jadi span. lagi besar span, lagi banyak air dapat diserap, lagi banyak cawan boleh diperahkan air tu.

Berjela dah artikel saya ni. Nasib baik blog sendiri. hahaha. Prof Alwi ada kata, buat blog dalam blog. Penuh comment saya yang berjela-jela dalam blog beliau. Untuk baka 62.5% tu, bila dah ada lebihan, saya nak mulakan program pembiakan komuniti plak. Ala-ala program community-based yang dijalankan di Uganda, Kenya dan sewaktu dengannya. Menaik taraf kehidupan masyarakat luar bandar dengan kambing susu. Atau rumah anak yatim, rumah kebajikan dan lain-lain. Bagi 2 ekor induk 62.5% yang bunting, dia kena ganti dengan 4 ekor anak. 4 ekor anak ni, bagi pada orang lain plak. Mungkin JV dengan pejabat kebajikan masyarakat. Nak simpan kambing banyak-banyak pun, makan kos makan ruang, bagi pada orang, buat la charity sket. Wujudkan sistem kutipan susu. 1 kampung, 1 pusat pengumpulan susu, 1 jenama susu. Mantap!

Sekian sahaja daripada saya, tak perlu hadam banyak-banyak apa yang saya kongsikan kerana ini pelan projek kambing muda saya. tahniah kerana membaca sehingga setakat ini. Semoga akan lebih ramai penternak kambing dilahirkan demi mengurangkan kebergantungan kita kepada import dan memenuhi permintaan pasaran tempatan dengan kambing tempat. Wallahu a'lam.

Wednesday, March 20, 2013

Integrated Parasite Management (IPM) in Small Ruminants

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk artikel kali ini, saya nak kongsikan slide yang disediakan oleh SUSAN SCHOENIAN, Sheep & Goat Specialist University di Maryland Extension. Emel beliau, sschoen@umd.edu dan laman web yang dikendalikan oleh beliau, www.sheepandgoat.com



Monday, March 4, 2013

Kelahiran Anak Kambing Berbondon-bondon


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya pasti tuan-tuan penternak sangat seronok bila kambing beranak, even yang tengok pun seronok sebab anak kambing comel. Kalau boleh, nak buat pet. Hahaha. Litter size adalah antara faktor kejayaan terhadap kejayaan sesuatu kandang. Kalau dok beranak seekor demi seekor, macam mana nak cashflow kencang, laju.

Untuk artikel kali ini, saya nak kongsi gambar je. Bagi bakor semangat. Projek Kambing Muda, lagi banyak anak kambing dilahirkan, lagi banyak la kambing muda yang akan dihasilkan.

Dara biasa beranak seekor, tapi saya ada dara yang beranak kembar dua. Litter size ni bergantung kepada banyak faktor.

Dara kembar 2, Polka dan Dot. Kambing saya ni. Biasa je. TWINS
Tapi seekor anak dia dah mati, Feb 2013, kesian. ;(

Kembar 3, TRIPLETS

Kembar 4, QUADRUPLETS


Kembar 5, QUINTUPLETS


Kembar 6, SEXTUPLETS


Kembar 7. SEPTUPLETS
Biri-biri pun boleh kembar 7??? SubhanAllah.

Bagaimana tuan-tuan, sahabat2 dan otai2 penternak. Nothing is impossible kalau kena caranya. Ada banyak cara nak tingkat litter size. Flushing, embryo transfer. Flushing paling mudah.

Tuesday, February 19, 2013

Aerobic Stability of Silage

Assalamualaikum dan salam sejahtera. so, tajuk hari ini, aerobic stability of silage, atau kestabilan aerobik silaj. Saya assume semua pengguna, pengamal dan pengusaha silaj tahu mengenai aerobic stability ni. yela, kalau dah guna silaj, takkan main guna je, mesti tahu kan. hehe.

sebab apa saya tulis, sebab kalau saya komen di artikel Prof Alwi, berjela plak jadinya. hahaha. ni artikel beliau, GETTING FAT IS EASY saya ada komen, "...ini style indonesia, dia peramkan/silajkan by product, 4 5 hari, kemudian jemur 2 3 hari, kemudian hancurkan, campur dengan bahan baku dedak yang lain..." bro Isal ada komen "...den xfaham part knapa diorg nk jemur 2-3 hari tu ust.don...". so, saya mula meng-Google, jumpa la aerobic stability of silage. saya ada baca sebelum ni, tapi just baca je la.

Silaj akan menjadi rosak bila terdedah kepada udara. kenapa? udara akan memberi peluang kepada mikrob aerobik seperti yeast, bakteria, mold membiak. berbalik kepada style indonesia tadi, pemeraman selama 4-5 hari, dikeringkan 2-3 hari, kemudian dihancurkan jadi tepung/dedak. apa dah jadi ni, silaj kena bagi cepat, nanti rosak, macam mana boleh jadi dedak? ok, sebelum tu, artikel ni saya cedok-cedok daripada jurnal Limin Kung Jr, dengan tajuk Aerobic Stability of Silages.

Lactic acids diperlukan untuk menurunkan kadar pH silaj. Dengan penambahan inoculants, fermentasi silaj menjadi lebih baik, lebih banyak lactic acids terhasil, lebih cepat turun pH. tapi sifat antifungal lactic acids ni lemah berbanding acetic dan propionic acids yang mempunyai sifat antifungal yang baik. kalau terlebih lembap, acetic acids jadi terlebih plak. silaj yang tinggi acetic acids lebih tahan apabila terdedah kepada udara. silaj yang lebih kering, lebih tahan kepada udara. dry forages macam hay tidak cepat rosak dan tahan lama.

ok, sekarang, kita tengok macam mana silaj rosak apabila terdedah kepada udara.

==> apabila silaj terdedah kepada udara, yeast yang degrade lactic acid akan dihidupkan.

==> kemudian, yeast ini akan degrade lactic kepada CO2 dan air (H2O), menghasilkan haba.

==> Kemudian, jumlah yeast makin bertambah.

==> pH silaj akan meningkat akibat daripada metabolisma lactic acid.

==> Mold dan bakteria aerobik pun mula la hidup dan meningkatkan kadar degrade silaj.

==> maka, rosaklah silaj tersebut, tidak boleh digunakan.

ok, saya kaitkan style indonesia dengan flow silaj rosak ni pula.

4-5 hari peram (tanpa inoculants):
semasa proses ini, lactic acids belum banyak lagi. yang ada banyak acetic acids. jadi silaj tu lebih tahan lama bila terdedah kepada udara. boleh la tahan 2 3 hari untuk dijemurkan. (my 2 cents)

2-3 hari jemur bagi kering:
yeast akan hidup apabila ada udara, ada kelembapan. memandangkan acetic acids masih banyak, antifungal akan main peranan, untuk tahan yeast daripada tumbuh, dalam masa yang sama, silaj dikeringkan. mengurangkan kadar kelembapan. dah la kena tahan daripada tumbuh, silaj makin kering plak. sama la function masa kita nak buat hay, dikeringkan airnya dengan jemur. dah akhirnya menjadi tahan lama. bertahun simpan pun ok, selagi tak kena air & udara (oksigen).

Bro Isal, saya rasa ini jawapan dia kepada style indonesia tu. kena tanya yang lebih pakar, ni andaian saya sahaja. ada satu cara nak meningkatkan kadar Aerobic Stability, iaitu menggunakan bakteria L. Buchneri. kesan penggunaan L. Buchneri ni adalah peningkatan acetic acids. ni salah satu cara yang diguna pakai la..

setakat ini sahaja artikel saya pada kali ini. jika ada kesalahan mohon perbetulkan. saya bukan reka-reka, ada rujukan saya. tanya kepada yang lebih pakar. banyakkan membaca dan merujuk. saya belum pernah buat silaj, saya tak tahu. tapi saya membaca dan bertanya, tahu la sikit mengenai proses pembuatan silaj, proses fermentasi silaj. insya Allah, artikel ni akan sedikit sebanyak membuka minda tuan-tuan, ada sebabnya silaj tidak boleh terdedah kepada udara lama-lama, ada sebabnya silaj boleh tahan lama dalam silo, ada sebabnya silaj boleh tahan walaupun terdedah pada udara. sekian, terima kasih. (nanti saya update gambar bagi lebih menarik. ^________^)

Rujukan: Aerobic Stability of Silages

Saturday, February 9, 2013

Sepupu Sepapat Kambing Domestik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. untuk kali ini, bukan artikel, tapi slide powerpoint. Bertajuk Capra Aegagrus Hircus a.k.a kambing domestik. Slide ini menerangkan serba sedikit family, subfamily dan genus kambing domestik beserta keturunan, saudara mara dan sepupu-sepapat kambing-kambing di kandang tuan tu. Insya Allah, kita dapat kenal dengan lebih dekat mengenai kambing ni.

Saya tak dapat nak kongsi sangat perjalanan penternakan kambing saya, maklumlah, kerja di Sarawak, jadi ini cara saya mengubat rindu pada kambing-kambing. Apa saya peduli orang nak kata apa, jual ke tak jual ke, yang saya tau, kambing saya ada yang beranak, ada yang mati. Saya cari petai belalang bagi kambing. Beli kambing sumbat dalam bonet proton saga saya. Saya kongsi maklumat, saya dah rasa pengalaman menternak dan akan terus menternak. Kandang pertama saya buat sendiri. Kaut taik kambing bawah kandang. Dan extension pada kandang saya nanti pun bakal dibuat sendiri. Saya tak peduli orang nak perlekeh apa yang saya kongsikan dalam blog Projek Kambing Muda ni. Kalau salah perbetulkan, kalau betul, just read, comment and let me do my job. Kalau tak tahu, tanya takpun Google je. Saya tak belajar bab-bab penternakan, tapi saya tahu dari pengalaman, pembacaan dan bertanya pada otai. Eh, melalut plak. hahaha. enjoy the slide! ^___^



Tuesday, February 5, 2013

Daun vs Rumput

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam ternak 1Malaysia.

Apabila saya membaca artikel terkini daripada Prof Alwi mengenai napier, ditambah dengan komen Bro Isal dengan istilah biologinya, ada beberapa perkara yang saya membuatkan saya berasa kerdil, membuatkan otak saya ligat, cuba menghadam maklumat yang agak kompleks itu. Tetapi, sekali lagi mahaguru Google membantu. Dunia dihujung jari, taip saja keywordnya, insya Allah, akan terungkailah segala kesulitan.

Untuk artikel ni, saya nak kongsi penemuan saya based on artikel prof alwi. Kenapa pucuk-pucuk daun lebih sesuai kepada kambing berbanding rumput. Tapi belum sampai tahap Bro Isal la, tu dah  botani gred berapa dah. Hehehe. Memang pening bila nak faham bab botani. Tak pasal-pasal study bab botani plak. Prof Alwi punya pasal la ni. Hahaha.

Kadar metabolisme kambing adalah yang paling cepat diantara ruminan selain rusa. Tengok saja perangainya yang aktif, lompat sana sini. Lebih tinggi kadar metabolisme, lebih cepat makanan dihadam, lebih banyak makanan yang diperlukan untuk maintain tenaga seharian. Orang berbadan besar perlu kalori lebih 2000, orang yang aktif juga memerlukan kalori yang tinggi untuk cover balik tenaga yang digunakan sewaktu aktif. Kambing ni aktif, sebab tu kalo nak cepat gemuk, kena intensif, supaya tak banyak pergerakan, ditambah plak makan grain macam jagung, macam kena pam la jadinya.

Kambing ni kerja makan je, dia lebih banyak makan daripada rumination. Sebab kecekapan dia masa makan tu lebih tinggi, dia kunyah masa makan. Dia tak banyak chewing cud la orang kampung saya kata. Hahaha. Tapi dari mana kambing ni dapat tenaga? Dari makanan dia la. Itu pun nak tanya ke. Hahaha. Tenaga yang dia dapat adalah daripada fiber. Perasan tak peratus CF% (crude fiber) dalam ration makanan kambing, tu la benda dia. CF adalah anggaran kasar tenaga dalam makanan. Lebih tinggi fiber, lebih rendah bahan yang boleh cerna, lebih rendah TDN (total digestible nutrient). 

FIBER
Dinding sel terdiri daripada fiber. Dan fiber ini terdiri daripada cellulose, hemicellulose, dan lignin.

Animal Nutrition

CELLULOSE
Bahan paling organik atas muka bumi. Lebih kurang 33% dalam tumbuhan terdiri daripada cellulose. Cellulose ini adalah polymer, karbohidrat kompleks yang terbina secara selari daripada rantaian monomer glucose. Starch juga karbohidrat kompleks yang terbina daripada glucose.

Glucose, Cellulose & Starch

Tidak boleh diurai oleh manusia tapi boleh diurai oleh ruminan. Ruminan mempunyai bakteria anaerobik simbiotik seperti  Cellulomonas dalam flora rumen, yang menghasilkan enzim dipanggil cellulases yang membantu mikroorganisma untuk mengurai cellulose, dan aktiviti ini dipanggil cellulysis. Kadar cellulose dalam daun-daun lebih tinggi dari rumput.



Cellulose is a linear chain of several hundred to ten thousand β-(1→4) linked D-glucose units. Unlike starch this polymer has no branching. The chain structure forms a stiff extended conformation that results in extensive hydrogen bonding with adjacent chains. The result is the formation of microfibrils with high tensile strength and poor water solubility.

Cellulase enzyme catalyzes the hydrolysis of cellulose into glucose. Cellulase enzymes are produced primarily by fungi, bacteria, and protozoans. Termites and ruminant herbivores digest cellulose through the action of symbiotic bacteria located in their intestines and ruminating chambers respectively. Cellulases are a mixture of slightly different enzymes that include endo-1,4-β-glucanase enzymes, which attack internal bonds, exo-1,4-β-glucanase enzymes, which cleave two to four units from the ends of cellulose strands and cellobiase, which cleaves the disaccharide cellobiose into two glucose moieties. ( Enzymatic Digestion of Polysaccharides (Part II))

 
HEMICELLULOSE
Adalah polysaccharide berkait dengan cellulose yang terdiri daripada beberapa jenis gula terutamanya xylose. Rantaian hemicellulose lebih pendek. Ciri-cirinya bercabang tetapi cellulose tidak bercabang.



Xylanase enzymes digest xylan polymers, which are a major constituent of the hemicellulose, into xylose. Xylans are heteropolymers consisting primarily of the pentose sugars xylose and arabinose. The main backbone of xylan consists of β-(1→4) linked xylose residues with side chains branching from the 2 and 3 position carbons also. Xylose is a five carbon monosaccharide that can form either furanose (5-member) or pyranose (6-member) ring structures. ( Enzymatic Digestion of Polysaccharides (Part II))

Mikroorganisma menggunakan cellulose dan hemicellulose yang merupak dinding sel lembut sebagai tenaga. Melaluli penguraian bakteria, ruminan dapat menggunakan foraj sebagai sumber TENAGA. Tetapi untuk memboleh ruminan dapat tenaga, mereka perlu menembusi pertahanan LIGNIN dahulu.

LIGNIN
Adalah polymer organik kompleks yang wujud dalam tisu tumbuhan. Memainkan peranan penting dalam tumbuhan. tidak boleh dihadam. Lignin ini memberi kekuatan kepada daun, stem, ranting, dahan untuk membolehkan tumbuhan mempunyai kekuatan untuk tumbuh tegak bersaing mendapatkan cahaya matahari. Menyimpan karbon dan penting dalam pengangkutan air dalam tumbuhan. Lebih banyak lignin, lebih keras tumbuhan itu. Semakin tua pokok, semakin banyak lignin.

Lignin juga merupakan urat-urat dalam tumbuhan. Ada dua jenis struktur urat dalam daun, jenis jaring (pinnate/palmate) dan selari (parallel), Type of Leaves. Daun-daun pokok, legume, paku pakis, bukan macam rumput, bulat bujur dan sebagainya, mempunyai urat-urat jaring. Daun-daun yang seperti rumput, waterlily dan rumput macam napier mempunyai urat selari. Organisma makro dalam rumen boleh urai daun berurat jaring lebih cepat berbanding berurat selari. Sumber dari Onion Creek Ranch, boleh baca detail di sini FORAGERS/BROWSERS - NOT GRAZERS, The Reasons Why

Memandangkan kambing mempunyai passage rate bahan makanan yang cepat,  ia perlu makan makanan yang organisma makro dalam rumen boleh cerna dengan cepat. Rumput muda kambing boleh cerna cepat berbanding rumput matang kerana rumput muda, pucuk, yang hijau terang lagi tu, lignin masih kurang. Kambing masih boleh makan rumput, tapi rumput yang betul-betul muda, belum capai tahap lembu punya rumput. Berbanding dengan daun-daun, lebih lagi pucuk, lagi cepat makanan itu diproses. Lebih cepat dapat tenaga untuk cover metabolisme kambing dan tenaga untuk aktif. salah satu kaedah yang membolehkan serat/fiber dapat dicerna dengan lebih baik adalah dengan menghancurkan rumput itu dalam particle yang lebih kecil. seperti penggunaan mesin chopper dan sebagai. capital and labour cost tu.

Kambing tidak dapat cerna makanan yang terlalu kompleks macam rumput tua atau jerami dengan baik kerana disamping kandungan fiber yang tinggi, makanan ini tidak berada dalam gastrointestinal untuk jangka masa yang lama. Poor quality forage untuk kambing adalah sumber makanan yang tidak boleh dihadam dengan cepat tetapi pucuk-pucuk adalah high quality forage untuk kambing yang mana poor quality forage untuk lembu. Kenapa? Lembu mana tahan pahit pucuk-pucuk daun ni, condensed tannin bagai.

Kadang kala adalah perlu untuk memberi kambing makan konsentrat untuk keperluan tenaga kambing. Itupun jika kambing tidak cukup makan daun. Seperti yang saya kata awal tadi, daun-daun mempunyai kadar cellulose yang tinggi, yang merupakan karbohidrat kompleks, dan karbohidrat ini merupakah salah satu sumber tenaga kepada hidupan. Kurang makan daun, kena la tambah dedak, cukup makan daun, cukup dia browsing, buat semi intensif, cukup la makan dia, cukup la tenaga yang diperlukan dia, tak perlu dah dedak. Nampak tak kaitan dengan browsing dengan penggunaan dedak? Macam saya, saya tak dapat nak lepas browsing selalu, jadi perlu SUPPLEMENT dedak. Nampak tak saya besarkan SUPPLEMENT. Supplement ini hanya untuk mark up mana yang tak cukup. Ibarat anak kita yang tak suka makan sayur, kita bagi makan Appeton. Betul tak? Bila dedak jadi makanan ruji, makanan utama, kopak la duit, botak la tokey. melainkan untuk fattening.

 Metabolisme kambing tinggi, perlukan makanan yang banyak untuk cover keperluan tenaga yang cukup supaya ia dapat hidup aktif. Pada masa yang sama digestive tract dia pendek, tak sepanjang lembu, dan passage rate bahan makanan cepat. Jadi kambing memerlukan sumber makanan yang berkualiti, tinggi tenaga, cepat hadam iaitu pucuk-pucuk daun yang lembut, muda berjus, yang mana tahap ulam buat kita. Tetapi macam mana yang dikatakan kambing dapat hidup dalam keadaan yang kurang makanan, kurang zat? Tunggu... nanti pula saya tulis. Dah cukup panjang ni. Terima kasih kerana membaca, fikir-fikirakan, dan selamat beramal.

Sunday, February 3, 2013

Central Buck Performance Test - Re-post ^___^



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam ternak 1Malaysia dan bila boleh dapat bantuan kambing 1Malaysia BK1M. Hahaha.
Disebabkan minat yang mendalam, setiap hari saya akan baca maklumat mengenai kambing. Journal, research paper, presentation, website dan banyak lagi. Sambil singgah blog-blog senior dan rakan ternak seperti Prof AlwiBro IsalAkh Fairul dan ramai lagi. Dan tak lupa perbincangan dalam group Facebook. Sekarang saya banyak baca mengenai sistem-sistem crossbreeding seperti two-breed rotational, terminal cross, rotational/terminal cross dan composite cross. Saya sedang usahakan slide powerpoint untuk sistem-sistem crossbreeding ni dan slide untuk internal external ruminant parasite yang entah bila nak siap. Hahaha.
Saya banyak membaca mengenai composite breed. Antara composite breed yang popular adalah Kiko, Kinder, TexMaster, Texas Genemaster dan MoneyMaker. Tidak lupa juga composite breed tempatan, Jermasia. Di Indonesia, Boerka, Boerawa. Di Filipina BoAng. Ada yang dual purposed seperti Kinder, Kiko dan juga meat purposed seperti TexMaster. Terdapat juga composite dairy breed seperti Meelan. Dan banyak lagi composite breed seperti Mini Nubian. Alah boleh Google, pelbagaikan search keyword. Jangan asyik guna keyword yang kurang power.
Yang paling mendapat perhatian saya adalah baka Kiko. Kacukan antara induk kambing feral New Zealand dan pejantan dari baka susu seperti Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg. Dan kebiasaanya, baka Kiko ini berwarna putih. Saya ada tulis artikel mengenai baka Kiko di artikel Kacukan Feral: Kambing Kiko. Saya amat tertarik dengan kambing feral, sebab tu saya berminat dengan Kiko. Dan antara intipati penting kepada kejayaan baka Kiko ini adalah proses selection dan test yang dijalankan secara ketat oleh pemaju. Antara ujian yang dibuat oleh pemaju adalah membiar kambing bebas makan di atas pasture, tidak dipotong kuku, tidak dibantu kelahiran dan sebagainya. Ini adalah ujian untuk survival. Yang lemah akan terus di takai. No compromy.
Dan daripada Kiko test ini, membawa saya kepada pencarian maklumat mengenai goat test. Dan saya  teringat mengenai artikel prof alwi, My Buck and the Future. Dan keyword dalam pencarian ini adalah central performance test. Tetapi di dalam artikel Prof Alwi, beliau lebih prefer central buck punishment test. Pejantan berpotensi, akan menjalani kehidupan seperti Sparta. Ada teduhan, sedikit garam jilat. Dibiarkan bebas mencari makan sendiri dalam kebun sawit, lagi bagus kalau dekat dengan kawasan yang tinggi parasit, tiada konsentrat, tiada foraj tambahan tetapi mereka perlu menambah berat badan secara semulajadi. Tidak diberi ubat cacing, tidak diberi sebarang ubatan. Pejantan-pejantan ini perlu membina average daily gain yang cantik, parasite resistant dan resilience. The best will be chosen. Tapi, kalau nak lagi kaw hidup secara Spartan, teduhan dan garam jilat tidak perlu diberikan. Cukup teduhan pokok sawit, garam galian dari air yang diminum. Baru betul spartan, baru betul komando 69.
Dengan keyword central performance test, membawa saya kepada blog Western Maryland Pasture-Based Meat Goat Performance Test. Blog ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada para peserta dan bakal peserta goat performance test ini.  Ujian ini bertujuan menambah baik genetik kambing melalui central buck testing. Orang kuat di sebalik performance test ini adalah Susan Schoenian. Seorang pakar biri-biri dan kambing di Maryland. Ujian ini akan mencari pejantan mana yang terbaik dari segi growth performance, parasite resilience, parasite resistance, general health and thriftiness. Program ini tidak akan berkompromi dengan CL (caseous lymphadenitis). Kambing yang dijangkiti akan dihantar balik. Para peserta perlu membayar yuran untuk menyertai program ini. Kejayaan Central Buck Testing ini adalah melalui pengumpulan data yang dibuat. Data pertumbuhan, data FAMACHA, data FEC (fecal egg count), data kesihatan, karkas dan zakar. Melalui program ini, secara tidak langsung, para peserta dapat mengetahui kaedah penambahbaikan genetik yang dapat dibuat kerana seperti parasite resistance dapat diwarisi kepada anak-anak. Peserta mula mengetahui apa itu central performance testing. Peserta juga akan sedar mengenai kepentingan rekod ladang, rekod ternakan dan sebagainya. Baka yang paling banyak berada tangga teratas adalah baka Kiko dan kacukannya. Memang hebat baka kiko ni.
Untuk tahun 2012, antara kambing terbaik dalam Western Maryland Pasture Based Meat Goat Performace Test adalah milik Majencsik, iaitu seekor baka kacukan Kiko Boer. Kelahiran kembar 2 dengan Test Id 29. Berat permulaan 40.5 pound, berat akhir 61.5 pound. ADG 0.25 pound, dengan ADG ration 182.5% yang merupakan tertinggi  antara 38 ekor pejantan. Nombor 29 ini juga mengungguli FEC paling rendah, purata 289 berbanding dengan kambing yang ke 38, 2937. Gold untuk no 29. Tetapi untuk ranking FAMACHA, no 29 kalah dengan kambing milik Majencsik yang lain, test id 24. Purata skor untuk no 24 adalah 1.3 berbanding dengan no 29, 2.0.
Inilah usaha-usaha yang dijalankan oleh pakar-pakar biri-biri dan kambing di luar negara. Banyak aktiviti yang dijalankan dalam meningkatkan kesedaran dan ilmu para penternak di negara mereka. Alangkah bagusnya jika aktiviti seperti ini BANYAK dan SELALU dijalankan di Malaysia supaya industri ternakan kambing negara terasa bahangnya, terasa hangatnya. Saya memang selalu tulis artikel panjang-panjang sebab apabila yang masuknya banyak, keluar pun kena banyak. Lagi banyak membaca, lagi banyak kita tahu, lagi banyak kita nak kongsi. Antara rajin dan tidak sahaja. Apa pun, terima kasih kerana bertahan sehingga penghujung artikel. Insya Allah, apa yang saya cuba kongsikan dalam blog saya, Projek Kambing Muda ini adalah dari maklumat fresh, bukan copy membuta tuli je. Kalau ada copy pun, sebagai rujukan dan penyedap cerita. Sekian, terima kasih. ^___^

Monday, January 28, 2013

Kisah Pengembala dalam Bible


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam misi mencari kisah gembala kambing Nabi Ibrahim A.S, saya banyak menjumpai kisah-kisah pengembala dalam Bible. Pengembala adalah mereka yang merawat, memberi makan dan menjaga kawanan biri-biri. Selalu disebut didalam Bible. Perkataan Pengembala dalam Hebrew, Old Testament disebut raw-aw, dalam Greek, New Testament disebut poy-main. Dalam Inggeris kadang kala digunakan pastor. [2]

Dalam bahasa Arab disebut Ar-Ra’i, boleh guna Google Translate untuk dapatkan perkataan arabnya. Dalam hadith Nabi Muhammad S.A.W, baginda ada menggunakan perkataan gembala. Antara hadith yang mahsyur adalah hadith “Setiap kamu adalah pengembala dan setiap kamu diminta bertanggungjawab keatas gembalaannya..” yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.

Berbalik kepada kisah pengembala dalam Bible. Mungkin ada dari kalangan tuan-tuan akan melenting, kenapa tidak dikaji Al-Qur’an? Saya cuma ingin berkongsi, hasil penemuan dalam misi mencari kisah-kisah para Nabi yang menjadi pengembala. Hasil penemuan saya ini adalah rumusan daripada sinopsis-sinopsis Bible dalam web-web berkenaan. Tidak dinafikan, isi kandungan Al-Qur’an itu adalah mutlak, terbatal kitab-kitab sebelumnya. Apa yang ada dalam kitab sebelumnya, ada dalam Al-Qur’an. Menjadikan kitab Kalamullah ini satu naskhah suci yang padat, lengkap dengan tersurat dan tersiratnya untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Secara logiknya, supaya kita berpegang pada yang satu, daripada yang satu ini kita bersatu menjadi ummah yang agung. Allahu akbar!

Di dalam Bible, kisah pengembala ini bermula dengan Cain (Qabil) and Abel (Habil), Genesis 4:2. [1] Cain dan Abel diperintahkan untuk berkorban dengan hasil usaha mereka, Cain dengan tanamannya dan Abel dengan biri-birinya, dan. Biri-biri Abel diterima Tuhan, membuatkan Cain cemburu lantas membunuh saudaranya itu. Maka berlakulah pembunuhan manusia atau homicide pertama di atas muka bumi. Sama dengan kisah Habil dan Qabil.

Seterusnya adalah kisah Abraham atau dalam Islam, Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini terdapat dalam Genesis 12:14-20, Abraham pergi ke Mesir bersama isterinya Sarai (Siti Sarah). [1] Firaun suka sangat dengan Sarai ni. Disebabkan dia suka, dia telah beri Abraham biri-biri, lembu, unta, dan orang gaji. Rancangan firaun gagal apabila Tuhan menghantar wabak kepadanya dan rancangan telah diketahui ramai. Disebabkan itu, firaun telah menghalau mereka. Dan ini menjadikan Abraham kaya raya dengan ternakan yang diperoleh daripada firaun itu.

Namun begitu, apa yang saya baca mengenai Nabi Ibrahim A.S, tidak pula disebut firaun memberi biri-biri, tetapi hanya memberi Siti Hajar. [4] Ini kerana setiap kali firaun cuba memperkosa Siti Sarah, dia akan menjadi kaku. Jadi dia mula sedar baginda bukan calang-calang orang. Di sini kita perlu kaji lagi, banyakkan membaca sirah-sirah para anbiya’.

Dan antara pengembala lain yang top dalam Bible adalah Jacob; Genesis 30:31 (Nabi Yaakob A.S), Rachel; Genesis 29:9 (Rahil, isteri Nabi Yaakob A.S), Moses; Exodus 3:1 (Nabi Musa A.S), David; Psalm 23:1-6 (Nabi Daud) dan Yeshua; Jesus (Nabi Isa A.S). [1][2][3] Terdapat banyak lagi nama yang disebut dalam Bible berkait dengan pengembala. Saya menyatakan nama para Nabi dan Rahil dalam kurungan untuk memberi gambaran kepada tuan-tuan siapakah mereka dalam Islam.

Kita perlu banyak membaca dan mengkaji sirah para Nabi kita ini. Rasul ada 315 orang dan Nabi ada 124,000 orang. Yang wajib kita ketahui 25 orang. Dan daripada 25 orang ini, 5 orang adalah Ulul Azmi iaitu Nabi Nuh A.S, Nabi Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S.Nabi Isa A.S, dan Nabi Muhammad S.A.W.

Dari Abu Hurairah R.A : Nabi S.A.W bersabda, Allah tidak mengutus seorang Nabi melainkan orang itu pengembala kambing”. Para sahabat bertanya, ‘Dan anda sendiri bagaimana?’ Jawab Nabi S.A.W, “Ya, aku pernah gembala kambing orang Mekah dengan (upah) beberapa qirath (nama mata wang lama)”

Sekian sahaja daripada saya. Semoga apa yang saya kongsikan dalam artikel kali ini dapat membuka mata dan minda kita, untuk mencari, menggali lebih dalam supaya kita dapat mengenali dengan lebih mendalam para Rasul dan Nabi kita. Ada hikmahnya mereka diangkat menjadi Rasul dari kalangan pengembala kambing/biri-biri. Wallahu a’lam. Mohon pembetulan jika saya salah. Terima kasih. Salam ukhuwah fillah.

Rujukan:

1. 2pi.info, The Shepherd: Bible Usage, http://www.2pi.info/bible/studies/ShepherdStudy/view.html
2. Wayne Blank, Shepherds, http://www.keyway.ca/htm2000/20000719.htm
3. Yahoo! Answers, Who were some famous biblical shepherds?, http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20090218204031AAr4Rwd
4. Wikipedia, Hajar, http://id.wikipedia.org/wiki/Hajar

Saturday, January 19, 2013

Peluang Dan Halangan Projek Ternakan Kambing, Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ternak 1Malaysia

setelah seketika, baru la dapat update. adapter laptop rosak, so kena la beli baru. tunggu adapter sampai, bil broadband plak sampai, maka, tak dapat la nak bayar bil, sebab portion bil dah digunakan untuk beli adapter. jadi, untuk artikel ni, saya sambung tajuk Peluang Dan Halangan Projek Ternakan Kambing dengan Part 2, Halangan @ Cabaran.


Kawalan Parasit

Parasit adalah musuh dalaman yang perlu kita atasi. Kambing merupakan kondominium untuk parasit. Parasit dalaman mahupun luaran. Jika kita tidak mengawal parasit ini, parasit ini akan membuatkan kita terkeluar dari trek penternakan kambing. Pengurusan parasit terutaman parasit dalaman perlu lebih baik dan efektif bagi memastikan kelangsungan industri ternakan kambing ini. Kebolehan untuk mengenal pasti tanda-tanda utama serangan cacing, merawat kambing yang dijangkiti, dan kebolehan untuk mengurangkan risiko kambing terdedah kepada parasit merupakan pengurusan parasit yang efektif. Terdapat cacing yang membina ketahanan terhadap ubat cacing akibat daripada penggunaan yang agresif. Daya tahan yang terbina ini juga akibat daripada penggunaan ubat yang tidak disahkan berkesan dan dos yang diberikan kurang daripada sepatutnya. Penggunaan herba-herba dan tumbuhan yang mengandungi anthelmintic, alkaloid dan tannin dapat digunakan bagi melawan cacing ini. Bagi mengatasi cabaran ini, penternak mesti  mempunyai pengetahuan mengenai cacing, jenis cacing, kitaran hidup cacing, tanda-tanda serangan cacing, strategi pencegahan dan banyak lagi. Kaedah pencegahan seperti kepadatan stok ternakan, pusingan pastura dan nutrisi yang lebih baik dapat mengurangkan kebergantungan kepada ubat cacing dan mengurangkan jangkitan cacing.

Pemasaran Daging Kambing

Pada masa kini, permintaan daging kambing semakin meningkat. Dengan kambing BBQnya, akikah, korban dan untuk kenduri kendara. Walaupun permintaan semakin meningkat, terdapat juga ladang ternakan yang mempunyai masalah untuk memasarkan produk kambing mereka. Penternak perlu memikirkan kos pemasaran, harga kompetitif yang dapat menampung pelaburan yang telah dikeluarkan untuk projek ternakan itu. Pemasaran daging kambing tidak menjadi masalah jika penternak mempunyai kemahiran yang cukup. Jaringan penternak antara penyumbang utama dalam memastikan kejayaan pemasaran produk kambing. Mewujudkan hubungan antara penternak dapat membantu penternak itu sendiri untuk memastikan ada aliran tunai masuk. Sama ada daripada pelanggan mahupun penternak lain. Banyak teknik-teknik pemasaran dan strategi pemasaran yang boleh dipraktikkan di ladang. Terdapat juga saluran pemasaran yang boleh dicuba oleh penternak. Promosi perlu dibuat dari semasa ke semasa. Kuasa viral marketing juga jangan dilupakan. Apa yang penting adalah untuk menawarkan produk kambing yang berkualiti dan bermutu tinggi disamping harga kompetitif dan servis yang dapat diberikan. Galakan memakan daging kambing juga menyumbang kepada peningkatan permintaan daging kambing. Orang ramai semakin sedar akan khasiat daging kambing mahupun susu kambing.

Kurang Kepakaran dan Maklumat

Kepakaran dalam ternakan kambing di Malaysia ini kelihatan tidak menyerlah seperti kepakaran dalam ternakan lain. Maklumat terkini mengenai penternakan kambing juga kurang diperolehi daripada organisasi berkenaan. Dari segi maklumat penternakan kambing, maklumat yang diperolehi penternak tempatan tidak setanding dengan maklumat yang diperolehi penternak luar negara seperti Indonesia. Penternak kita mestilah pandai mencari lubuk untuk mencedok ilmu. Sekali lagi, jaringan penternak kambing amat perlu supaya aliran maklumat itu sentiasa diperolehi. Penternak juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk belajar, mencari maklumat mengenai penternakan kambing ini. Walaupun kepakaran di Malaysia kurang, kita masih boleh menggunakan kepakaran-kepakaran luar negara yang banyak menjalankan kajian terhadap ternakan kambing ini. Apa yang sesuai, kita boleh praktikkan.

Kurangnya Bantuan Kewangan

Industri ternakan kambing ini bukannya satu industri yang baru, bahkan sudah lama menapak Malaysia. Tetapi banyak institusi kewangan takut untuk memberi bantuan kewangan kepada penternak kambing. Kejatuhan penternak kambing di zaman Pak Lah, banyak memberi kesan kepada penternak sekarang. Namun begitu, penternak kita masih boleh bangun dengan hasil usaha sendiri. Jaringan penternak, ilmu penternakan dan pemasaran yang baik, dan minat, mampu mengatasi masalah kewangan penternak. Ada caranya, tetapi penternak kita perlu lebih bijak dan lebih kreatif.

Sekian sahaja untuk artikel kali ini. Artikel seterusnya banyak berkait mengenai parasit dan cross breeding. Insya Allah. Semoga dengan ilmu yang dikongsikan dapat memberi gambaran serba sedikit kepada tuan-tuan mengenai peluang dan halangan dalam projek ternakan kambing. Halangan ni lebih kepada cabaran. Apa yang penting adalah untuk terus mencari ilmu penternakan kambing ini. Saya harap, blog Projek Kambing Muda ini dapat membantu tuan-tuan untuk terus maju dalam projek ternakan kambing. Terima kasih dan selamat maju jaya.

Rujukan:
Fidelis Okpebholo and Tyrell Kahan (2007), Opportunities and Challenges for Developing Small Ruminant Systems, Cooperative Extension Program, College of Engineering Sciences, Technology and Agriculture, Florida A&M University, Tallahassee, Florida (PDF)

Facebook