Monday, December 31, 2012

Berakhirnya era 2012...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, tahun 2013 lagi dua hari je. Masuk tahun baru, macam2 kena ubah kepada yang lebih baru. yang paling popular azam baru la. Azam baru saya, kuruskan badan dan tambah kambing. Rezeki lebih, kahwin. hehehe

Banyak yang telah saya pelajari sepanjang tahun 2012 ni. Daripada tiada kambing, sekarang dan 17 ekor. Alhamdulillah. banyak risiko dan cabaran ternak kambing ni. kambing saya mati 2 ekor dewasa dan 3 ekor anak. sedih memang sedih, tapi yang hidup perlu teruskan.

Saya dah melawat beberapa kandang otai-otai ternakan seperti Alwi Goat Farm di Bidor Perak, MJ Fatonah di Kuala Selangor, Sinar Utara Agrofarm di Jeniang Kedah, Ladang Boer Risda di Changlun Kedah dan tak lupa juga tokey supplier kambing saya Abang Usul di Sungai Layar, Sungai Petani Kedah. Saya tak berapa rajin lagi nak update kandang-kandang yang telah saya lawati selain Alwi Goat Farm. Insya Allah, awal tahun nanti. kena buka buku baru dah, jadi, buku lama kena update segera.

Saya juga telah menjadi ahli Group Pembiak Kambing/Biri-biri Tulen. di sinilah berkumpulnya otai-otai penternakan kambing dan biri-biri berkumpul. Ramai ahli yang sangat berpengalaman dan yang baru mula berjinak-jinak dalam pembiakan kambing dan biri-biri. Perkara seperti inilah yang patut kita lakukan dari zaman kegemilangan ternakan kambing dulu bagi mengelak industri penternakan kambing Malaysia jadi seperti pada hari. Pelbagai mehnah, tribulasi dan banyak lagi ayat bombastik yang berkenaan, yang menyebabkan penternakan ruminan kecil kambing dan biri-biri menjadi tempang akibat kerakusan segelintir pihak dan kekurangan ilmu para pembiak ruminan.

Alhamdulillah, walaupun pelbagai isu-isu penternakan melanda Malaysia sekarang, masih terdapat lagi pejuang-pejuang ruminan yang masih bertahan dengan gagahnya walaupun kandang hampir runtuh, tapi produksi sangat memberangsangkan. Kita tak boleh dah nak bergantung kepada orang talk and know nothing tetapi kita perlu beralih arah kepada mereka yang talk and doing something. hanya jauhari mengenal manikam. Action speak louder than word. jangan cakap macam tong kosong, ketuk bunyi kuat, tapi isi tiada. Biarlah kandang kambing tu macam reban ayam, tetapi ada hasil, ada income. ada orang datang cari, "kambing aqiqah ada tak?"

Apa yang penting untuk bertahan dalam industri penternakan ruminan kecil kambing dan biri-biri ini adalah untuk terus mencari ilmu, bertanya pada yang berpengalaman, mewujudkan jaringan antara penternak dan sentiasa beristiqamah serta sabar. Kura-kura jalannya perlahan, tapi menang jua akhirnya. Daging kambing yang di buat BBQ lagi sedap dari daging kambing goreng. ada kaitan ke? hahaha. apa pun, untuk kita berdiri teguh, kita perlu tanam kaki kita. tapi di mana kita nak tanam, bagaimana kita nak tanam, terserah kepada kita sendiri.

Insya Allah, tahun 2013 bakal menjadi tahun baru, menjadi pembuka kepada penternak-penternak ruminan kecil tempatan kembali bertebaran di serata pelosok negara Malaysia ini. semoga semakin banyaklah usaha Kerajaan untuk menaik tarafkan penternak kambing dan biri-biri di Malaysia. kurangkan import, banyakkan pengeluaran tempatan. kita mampu buat. Filipina boleh, Indonesia boleh, Afrika pun boleh. kita pasti boleh.

Saya akan cuba untuk berkongsi kepada rakan-rakan ternak semua maklumat-maklumat yang saya ada. semoga kita menjadi penternak yang  berilmu, beriman dan sentiasa beramal dalam mencari redhaNya, Subhanallah. Terima kasih kepada anda yang mengikuti blog saya sepanjang tahun 2012 ini. Saya hanya seorang penternak muda yang bercita-cita. Sekian, Assalamualaikum dan salam ternak 1Malaysia.

Friday, November 30, 2012

Komen Saya: HUNTING THE TRUTH - TRANS FAT @ alwigoatfarm


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

di sini suka saya untuk kongsikan kepada rakan-rakan penternak dan para pengunjung blog mengenai komen yang telah saya berikan di blog Alwi Goat Farm mengenai TRANS FAT. bukan Transformers. saya mengambil masa beberapa jam untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh Prof Alwi. semoga ilmu yang ada dalam komen saya ini dapat dijadikan panduan kepada anda semua. jika terdapat percanggahan, sila utarakannya tanpa segan silu. sumber: HUNTING THE TRUTH - TRANS FAT

Don JenalNovember 16, 2012 12:44 AM
wow.. patutla prof tanya suka makan roti canai ke tak. hahaha.

Trans Fat. daripada pembacaan saya, trans fat akan menaikkan paras kolestrol LDL dan merendahkan paras kolestrol HDL. risiko gak ni.

Mengenai persoalan prof, adakah marjerin kelapa sawit ada trans fat ke tak? jadi:

merujuk kepada panduan penghasilan marjerin dari American Palm Oil Association (APOS), minyak kelapa sawit adalah secara semulajadi semi-solid, jadi minyak kelapa sawit tidak perlu hydrogenation.

Merujuk kepada artikel http://www.ibd.utm.my/rcentre/articles.php?id=66, Minyak sawit bersifat separa pejal. Ia boleh diproses untuk perolehan bahagiannya yang cair dikenali sebagai olein sawit, manakala bahagian pejal dikenali sebagai stearin.

Minyak stearin digunakan dalam proses pembuatan marjerin. Minyak sayuran lain yang politaktepu perlu dihidrogenkan menjadi separa tepu. ini menyebabkan kandungan trans fatty acid (TFA)dalam produk makanan yang dibuat dari minyak dihidrogen ni antara 1-46%. untuk kesihatan adalah sangat baik untuk memastikan TFA ini hampir tiada atau kurang dari 2% setiap hidangan.

Penghidrogenan tidak perlu bagi minyak sawit kerana minyak sawit (stearin) adalah separa pejal. jadi ianya bebas TFA. Oleh itu, pengguna produk minyak sawit adalah bebas daripada TFA. jika diperlukan minyak sawit ni menjadi solid, kaedah interesterification akan digunakan seperti yang dicadangkan oleh APOS dan diperkenalkan oleh oleh MPOB, membolehkan penggemar vanaspati dan marjerin menikmati makanan mereka tanpa kandungan TFA.

kira betulla apa pegawai MPOB tu cakap.

dalam daging kambing pun ada TFA ini tapi dipanggil Conjugated linoleic acid atau CLA. ianya tidak terhasil secara artificial tetapi 
semulajadi wujud dengan kuantiti yang sedikit dalam daging dan juga susu ruminant. TFA dalam daging kambing dalam bahagian unsaturated fat 
sangat sedikit, kurang dari 0.2g dalam setiap 100g daging kambing.

CLA adalah kumpulan kimia yang terdapat dalam lemak asid linoleic. ia terhasil daripada mikroorganisma dalam rumen. Apakah kebaikan CLA?? 

membantu badan utilize lemak tersimpan kepada tenaga, meningkatkan hormon lipase, yang membantu memecahkan sel lemak dalam badan, menghasilkan lipoprotein lipase yang merendahkan komposisi lemak, mengandungi antioksidan, menambah otot dalam badan sambil mengurangkan 
lemak, anti-catabolic, penambahbaikan imunisasi, dan anti-kanser. juga mengurangkan paras kolestrol.pengambilan CLA dalam bentuk kapsul bagus untuk kesihatan tetapi perlu dalam dos yang betul.


komen terpaksa dibuat dua bahagian sebab terlalu panjang. hahaha.


Don JenalNovember 16, 2012 12:45 AM
dah nak meletup kepala dengan TFA dan CLA ni. takpa, demi nak menegakkan kehebatan daging kambing. usaha diteruskan. kenapa sesetengah orang makan daging kambing kena darah tinggi la, pening kepala la... antara sebabnya...

1. hypertension - daging kambing bukan penyebab hypertension. kerana hypertension mengambil masa yang lama untuk terjadi. di dalam daging mengandungi kolestrol, jika diambil BERLEBIHAN, ditambah dengan malas bersenam dan kurang makan sayur akan meningkatkan risiko hypertension. faktor keturunan dan sejarah juga menyumbang kepada hypertension. jika kandungan kolestrol dalam darah tinggi, lambat lauk saluran darah akan menyempit. menyebabkan tekanan aliran darah menjadi tinggi. ini juga akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan serangan jantung. sebab apa, sebab KOLESTROL. makan sayur, buah dan bersenam lepas makan daging kambing dapat kurangkan paras kolestrol.

2. kandungan protein yang banyak akan mengurangkan kadar resapan gula ke dalam otak. bila makanan otak (gula) kurang, otak tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan pening.

3. kandungan besi dan tyramine yang berlebihan juga menyebabkan pening dan sakit kepala.

Ada kaitan dengan CLA tak? ada weh... kajian mendapati,rawatan CLA dapat rendahkan tekanana darah. kajian mendapati, CLA meningkatkan daya tahan insulin. kajian mendapati, supplemen CLA dapat kurangkan atau cegah tekanan darah tinggi. kajian mendapati, CLA mempunyai kesan baik terhadap lipid darah. walaubagaimanapun, kajian tambahan perlu dilakukan lagi.

inilah antara maklumat yang saya peroleh dan dapat kongsi. apa kaitan CLA dengan pening-pening, darah tinggi dan sakit jantung? antara kaitannya boleh disimpulkan melalui maklumat yang telah saya kongsikan ini. harap dapat membantu. terima kasih.

(prof, tepu dah kepala ngan lemak separa tepu ni... hahaha)


semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat manfaat dari ilmu yang saya cuba sampaikan ini. majulah penternakan kambing untuk industri daging Malaysia. Insya Allah.

Saturday, November 24, 2012

Siri Jelajah Pengembala Kambing: Alwi Goat Farm, Part 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hari baru tergerak untuk update blog. karangan dah siap lama, sebab internet macam siput sedut, susah nak upload gambar. sekarang, saya mempersembahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan penternak kambing sekalian.

jadi seperti yang dicadangkan, saya nekad untuk datang lagi ke Alwi Goat Farm. 21/10/2012, saya tiba di kandang Prof Alwi dalam pukul 5 lebih. kali ni dapat datang waktu cerah. hahaha. tapi, untuk lawatan ini, saya bergerak dari tempat saya di Kuala Ketil, Kedah. 3 jam lebih baru sampai. dan lawatan ni memakan masa lebih 5 jam di kandang Prof. sempat dibelanja oleh Prof, kuey teow goreng dan teh ais serta berjemaah Maghrib dengan beliau.

banyak juga dikongsikan oleh Prof dan juga saya. waktu di kandang, Prof ada menunjukkan cara untuk eartag yang betul, perlu tangki air yang lebih secure, penggunaan papan dan kayu untuk membuat palung makanan dan juga cara-cara untuk deworming.

EARTAG yang betul adalah apabila kita membuat tagging, dan tagging itu berjaya tanpa berlaku pendarahan. untuk lebih detail mengenai eartag, boleh baca di sini. How to Eartag Your Goat

Gambar menunjukkan lokasi yang patut di eartag.

TANGKI AIR, kadang-kadang apabila kita mengambil ringan, ini akan menjadi punca kepada masalah-masalah di kandang kita. kita perlu supply air yang bersih kepada kambing-kambing kita. air yang bersih bermaksud, sumber air yang bersih, dan bekas air yang bersih.

punca kepada masalah yang dikenalpasti oleh Prof di kandangnya adalah di dalam tangki air terdapat najis tikus. ini adalah perkara serius. tikus adalah antara pembawa penyakit yang amat berbahaya. dan sebagai langkah pencegahan kepada masalah ini, Prof telah menggunakan tangki air yang mempunyai saluran kecil di bibir tangki, bagi mengelak bendasing dari luar daripada terus masuk ke dalam tangki.


saliran kecil ini akan menyahkeluarkan air atau bendasing yang masuk daripada luar melalui penutup tangki.

PALUNG MAKANAN yang diperbuat daripada kayu dan papan adalah lebih sesuai kerana bekas makanan akan menjadi lebih cepat kering dan elak air bertakung jika kambing kencing.


palung ini digunakan untuk memberi makan kepada pejantan-pejantan di Alwi Goat Farm. special feed untuk penambah tenaga pejantan.

untuk DEWORMING, antara tips yang dikongsikan oleh Prof adalah, cecair deworm perlu digoncang dahulu supaya kandungan dalam cecair tersebut sebati dan lebih memberi kesan. ubat deworm tidak perlu ditukar selalu, guna sehingga hilangkan kesannya. perlu buat rekod deworming. antara cacing yang bermaharajalela di kawasan tropika adalah tapeworm dan juga lung fluke/flukeworm. keadaan tropika yang mempunyai humidity tinggi akan merangsang pembiakan cacing-cacing. dan kerana itulah Prof Alwi deworm kambing-kambingnya. bak kata Prof Alwi dalam blog beliau, penggunaan ubat-ubat moden dapat mengurangkan kos operasi seterusnya meningkat output. boleh baca di sini, Tradisional VS Moden

Kambing yang dikesan kecacingan.

saya juga berkongsi cerita mengenai keluarga saya, perjalanan hidup saya dan bagaimana saya mula terlibat dengan dunia penternakan kambing ni. saya juga ada berkongsi sedikit info mengenai hasil-hasil pembacaan saya di internet. banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh Prof Alwi.

jadi, inilah serba sedikit rumusan daripada lawatan saya yang kali kedua ini. sangat bertuah dan beruntung apabila dapat berjumpa dengan seorang pembiak kambing yang sangat legend, Prof Alwi. terima kasih  banyak-banyak diucapkan kepada Prof Alwi di atas ilmu yang telah disampaikan. Semoga dengan pertemuan kita ni merupakan satu titik kepada era baru penternakan kambing di Malaysia, insyaAllah. majulah ternakan kambing tempatan untuk industri daging Malaysia.

kandang Alwi Goat Farm dari jauh

sebahagian daripada kambing yang diternak

bawah kandang. Prof Alwi ada cadangan projek saliran, tapi belum ada kesempatan.


Rumah Prof Alwi. kecik je, tinggal 4 beranak. elektrik dari generator. sempoi. kereta dia di depan, kereta saya di belakang.

Diego, steady je. anjing tu, pekerja dia punya.

kawasan sekitar kandang yang masih kosong, tapak kandang yang dirobohkan dan kandang pertama untuk anak kambing jantan cerai susu.

kandang pertama Prof Alwi.

Berger, chief dalam kandang. sedang berehat, bagi laluan kepada yang muda plak. haha.

Saturday, November 3, 2012

Tapak Projek Baru


Assalamualaikum dan salam sejahtera

apabila saya balik ke kampung, Felda Ijok, Selama, Perak. saya berpeluang untuk melihat kebun sawit milik keluarga seluas 1.4 ekar. dengan adanya tanah ni, saya dapat merealisasikan impian saya untuk memjalankan projek ternakan kambing integrasi. tanah felda selebihnya tidak dapat tengok kerana jauh ke dalam dan sedang dalam penanaman semula.

rumput rampai masih banyak untuk dijadikan sebagai sumber makanan kambing saya. saya juga berkesempatan untuk mengambil gambar.







segar dan banyak sumber makanan untuk kambing. boleh la fight Prof Alwi alwigoatfarm & Bro Isal Keratong Agrofarm. hehehe.

InsyaAllah, projek integrasi ini akan dimulakan pada awal tahun 2013. antara perancangan jangka pendek saya ialah:


  1. tanah 1.4 ekar untuk bina kandang, stor dan sebagainya.
  2. tanah sekitar akan disewa. untuk memberikan kawasan ragutan yang lebih luas. perjanjian akan dibuat di mana tuan tanah tidak menggunakan baja kimia, tetapi menggunakan baja organik tinja kambing dari kandang saya yang akan diberi percuma. tidak meracun dan kambing saya sebagai mesin rumput. hehe. jika tidak dapat, saya akan kowtim dengan tuan tanah mengenai jadual meracun dan membaca, supaya saya dapat kurung kambing saya, dalam kawasan saya sahaja apabila aktiviti membaja dan meracun dijalankan.
  3. tanah sawit 7 ekar lebih yang dalam proses penanaman semula, disamping pokok sawit, akan ditanam daun napier, pokok mulberi, pokok baja atau tanaman lain yang boleh menjadi sumber makanan kepada kambing saya kelak. secara tidak langsung, saya memaksimumkan penggunaan ruang kosong antara anak sawit.
  4. jalah masuk ke kandang akan ditambak dengan batu dan tanah bagi memperbaiki struktur jalan seterusnya memudahkan pelawat masuk ke dalam.
  5. memandangkan jarak antara pokok 15 kaki, saiz kandang yang akan dibuat adalah selebar 10 kaki. lebar 4 kaki untuk petak beranak, dan lebar 6 kaki untuk luang legar. panjang kandang, sepanjang-panjang tanah tu. hahaha. akan dibina 2 kandang, satu untuk pembiakan (long term), dan satu untuk penggemukan (short term).
  6. nak kena pasang pam air, sumber air jauh. hoho.
  7. mungkin akan diternak lembu bebarapa ekor. beli chopper pelepah sawit. daun sawit bagi kambing, pelepah, chop kecik-kecik, bagi pada lembu plak. lembu tak habis makan, campur dengan tinja kambing, buat baja organik plak. takda la bersepah dengan pelepah sawit nanti.


jangka panjang:
buat kerjasama dengan FELDA. mana tau kot dapat kambing lagi. hahaha. bina kandang satelit, buat padok ragutan. dan sebagainya.

jadi, kepada pemilik-pemilik sawit ke, getak ke, dusun buah ke, maksimumkanlah penggunaan tanah anda. jangan biarkan semak samun, belukar, bermaharajalela di tanah anda. gunakan khidmat ternakan seperti kambing, biri-biri dan lembu untuk membantu anda, disamping memberi pendapatan sampingan kepada anda. majulah industri ternakan intergrasi untuk Negara.

Wednesday, October 31, 2012

Siri Jelajah Pengembala Kambing: Alwi Goat Farm, Part 1

assalamualaikum dan salam sejahtera.

sepanjang bulan 9 dan 10, saya berpeluang membuat lawatan ke kandang-kandang kambing di kedah, perak dan selangor. jadi untuk post ini, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai Alwi Goat Farm.

Siri Jelajah Pengembala Kambing: Alwi Goat Farm, Part 1

saya telah pergi melawat kandang Prof. Alwi pada 14/10/2012. ikutkan perancangan, nak melawat siang, tapi kawan-kawan ajak pergi the Lost World of Tambun plak. terganggu sedikit jadual lawatan yang sepatutnya terdiri daripada Alwi Goat Farm di Bidor, Perak dan MTZ Ventures di Teluk Intan. Malangnya MTZ Ventures tak sempat sebab dah malam. sampai di kandang Prof. Alwi pun dah gelap. naik kandang, kena pakai lampu sebab kandang Prof tiada lampu. so, bergelap dan berperang dengan nyamuk la bak kata Prof.

Diikutkan cerita, first time pergi. so, minta Prof bagi panduan jalan. Masuk je exit tol Bidor, sampai traffic light pertama, belok kanan. jumpa traffic light kedua, belok kanan. jumpa traffic light ketiga, terus. sampai traffic light ke empat, belok kiri, menghala ke Teluk Intan. terus je, sampai jumpa traffic light ke lima, simpang ke Tanjung Malim, terus juga. daripada traffic light ni, dalam 6 ke 7 minit, akan sampai ke persimpangan jalan yang pelik (bak kata Prof la, memang pelik pun). di sebelah kiri akan nampak monumen buah-buahan yang besar, dan bertulis KG BARU Kuala Bikam. masuk ke simpang tu, dalam 20 meter sebelah kanan, ada signboard kuning, masuk ikut jalan sawit tu. dan terus mengikut jalan utama sawit tu. akan jumpa jirat cina, ladang buah. terus je, sampai jumpa rumah di sebelah kiri, dan kawasan kandang Prof di sebelah kanan. ada rumah (rumah prof, kandang, dan rumah pekerja dia). untuk peringatan, jalan agak bumpy, kalau sayang kereta jangan la masuk, dan perjalanan dia lama gak.

inilah monumen buah-buahan yang besar

Signboard kuning, menghala ke kandang Prof Alwi (gambar monumen & signboard ni cerah sebab second round punya lawatan)

jadi bertemulah kami untuk 1 jam lebih. agak banyak maklumat yang disampaikan oleh Prof. walaupun bawak buku nota, tak tulis. lepas tu mula ingat-ingat lupa. antara yang dikongsikan oleh Prof adalah pengalaman ternak beliau, pasal KAMUDA, KAPRIMA. Mengenai JPV, PPKM (Persatuan Pembiak Kambing Malaysia) dan banyak lagi la. kenapa la tak tulis, khusyuk sangat mendengar.

Saya juga berpeluang bergambar dengan Beger, pejantan senior di kandang Prof Alwi. Saya juga berpeluang untuk ambil gambar anak kambing kelahiran ke 999 dan ke 1000. dan juga bergambar dengan Diego, ex kuda racer yang menjadi penyeri di kandang Prof.

Otai kambing kampung, Prof Alwi. muda lagi kan... hebat! Dah anak 2 orang ni.

Inilah dia anak kelahiran ke 999 dan 1000. Boleh follow blog post mengenai tiga beranak di sini, 1000th Milestone

Beger, pejantan senior Prof Alwi

Inilah Diego, ex-kuda racer di Alwi Goat Farm.

Antara gambar-gambar yang diambil tatkala berperang ngan nyamuk di kandang Prof Alwi:

Bercahaya je mata..

Petak untuk para ibu-ibu

 Jadi tukang paip, ada leaking

 Untuk letak dedaun dan rumput

Tempat letak garam jilat

Petak ibu yang kemas dan kukuh. saiz 4 kaki x 4 kaki.

Disebabkan pertemuan agak singkat, saya bercadang untuk datang lagi bagi round yang kedua. Prof Alwi ada juga sebut mengenai pertemuan kami dalam blog beliau. jadi, bolehlah singgah di post tersebut di link ini, 1000th Milestone

Ok, setakat ini untuk part 1, akan bersambung dengan part 2 plak. hehe.

Monday, October 29, 2012

Status Dan Statistik Terkini Kandang Saya - 27/10/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

maaf kepada semua kerana tidak dapat update status kandang baru saya. sibuk berkursus sebulan di sabak bernam selangor. kandang baru saya telah siap pada 8 September 2012. sehingga ke saat ini terdapat beberapa modification yang telah saya lakukan terhadap kandang tu. habis tunggang langgang bila ditukang oleh tukang tak bertauliah ni. berikut adalah gambar-gambar kandang dalam proses pembinaan, yang telah siap dah bahagian yang diubahsuai.








sudah siap. 14/9/2012




keadaan dalam kandang sebelum dipunggah dinding tengah ni.



kambing-kambing ni terpaksa makan dalam bekas, suka berebut. tak sempat nak buat bekas yang lebih stabil dan selesa. siap melutut lagi bila nak makan.


Pengubahsuaian Yang Dijalankan

para bekas makanan. boleh acces dua-dua belah. kambing tak payah nak tunduk, ruang untuk makan lebih luas dan lebih selesa. walaubagaimanapun, tetap berebut. hahaha. 25/10/2012

bilik induk bunting dan anak. yang rasmi adalah Bintik & Polka Dot. gambar ni belum siap lagi. ada sikit lagi penambahan. tak rajin nak gergaji kayu, bantai pagar hijau ni je. hahaha. lantai pun dan dilapik dengan jaring hijau petak kecik, apa nama ntah. untuk elak kaki anak kambing terjerumus celah-celah lantai. ruang antara lantai dengan papan dinding juga telah ditutup untuk elak Polka Dot jatuh ke tanah lagi. 25/10/2012

palung makanan untuk letak pelepah sawit dan daun-daun. 16/9/2012

ditambah sehingga ke hujung kandang.

Berikut adalah statistik kambing saya sehingga 27/10/2012:
Jumlah: 14 ekor (bersih)
Jantan: 1 ekor dewasa, 1 ekor teruna, 2 ekor anak
Betina: 5 ekor dewasa, 1 ekor dara, 4 ekor anak

Beranak di kandang: 3 ekor. 1 jantan (lahir 14/4/2012), 2 betina (lahir 24/10/2012)
Mati: 3 ekor (sebab: kebuluran, pink eye)
Sembelih: 1 ekor (korban, raya haji 26/10/2012)
Jadi jumlah kasar: 18 ekor

Kadar Kelahiran: 0.5, 3(anak lahir)/6(induk dewasa+dara)
Kadar Kematian: 0.167 (3/18)

Sunday, October 28, 2012

Salam Aidil Adha ^_________^


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada rakan-rakan ternak dan pembaca blog sekalian. Raya korban pada tahun ini memberi kesempatan dan peluang kepada saya untuk melaksanakan ibadah korban untuk pertama kalinya. korban saya merupakan seekor kambing. Alhamdulillah.

Kambing tersebut telah disembelih di Surau Kampung Batu 1, Kuala Ketil. Menu kambing adalah masak kurma. Ingatkan tak sempat nak merasa bagi mendapat keberkatan korban saya ni, tapi Alhamdulillah diizinkan oleh Allah untuk merasa juga kurma kambing ni.

Saya sertakan gambar-gambar semasa aktiviti korban dijalankan.

bersedia untuk dikorbankan.

dah ready dah ni. ada video. nanti saya upload.

siap digantung untuk dilapah. salah gantung. tak sesuai, takut pundi kencing pecah dan membasahi badan kambing. jadi, kambing ini diturunkan dan digantungkan kepalanya.

inilah tukang lapahnya, berduet masa melapah.

sekilas pandang sebelum perut dibelah.

saya tolong cuci perut je. hahaha. tak reti lagi nak melapah.

Imam Anuar and the gang sedang memotong-motong daging kambing.

kepala kambing ini pun akan diproses.

juga terkorbanlah seekor lembu di surau ini.

dua peha setel dilapah.

antara jemaah yang hadir. lembu lambat lapah sebab tunggu tuan-tuan bahagian datang. yang berbaju melayu pink berkain pelekat tu adik saya. kami tak sempat salin seluar pun. lepas sembahyang raya, makan terus pergi surau. steady dan semangat!

kaum-kaum ibu menyediakan minuman, makanan dan ready untuk memasak.

perkarangan surau Kampung Batu 1, Kuala Ketil

Di samping kisah korban saya ini, saya juga ada cerita gembira untuk dikongsikan. tanggal 24/10/2012, kandang saya menerima 2 ahli baru. Alhamdulillah, Bintik selamatkan melahirkan kembar 2, betina kedua-duanya. Jadi, untuk cerita lanjut sila klik link ini, Bintik, Polka & Dot.

Facebook