Monday, August 25, 2014

I'm still alive and now fulltime goat farmer. Yosh!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

terima kasih kepada semua pengunjung blog saya. saya masih hidup! hahaha. whatsapp masih on.

terima kasih atas sokongan anda semua. insya Allah, slow2 saya akan berblogging balik.

sekarang fulltime goat farmer. saya resign kerja government. sempat kerja di Indonesia 2 bulan.

nanti saya share kerja di Indonesia & projek ternakan saya sekarang.

belanja gambar sikit!

geng2 breeding meragut!





Tempahan aqiqah. sendiri sembelih & lapah!


Program Korban & Aqiqah 2014


Iklan. Saya daftarkan nama perniagaan dengan nama Utara Meat And Livestock!


Ada fanpage Facebook. jemput like! Utara Meat & Livestock

Sekian, terima kasih!



Tuesday, March 4, 2014

Berapa Banyak Nak Tanam Napier Untuk Kambing?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama saya menyepi, bukan tak aktif, tapi ada aktiviti rancak sedang berjalan secara underground. Nama pun Don, ala-ala mafia punya movement la, senyap, bila strike, gempak! hahahaha.



Hari ni nak cerita sikit pasal penanaman napier. Kalau cara atau kaedah penanaman napier ni, bersepah dalam internet, boleh Google. Tapi post saya ni, saya nak share, pengiraan, berapa banyak nak tanam napier untuk kambing.

Ini data yang diambil dari blog. Banyak benda sama je, orang dok copy paste, tak tau mana original. Hahaha. Data ni untuk napier india.

PENGIRAAN

# 1 ekar boleh ditanam 3,200 benih pokok, sistem 4'x 4'= 3,200 pokok seekar.

# 1 benih mampu mengeluarkan 20+/- mata tunas

# 1 mata tunas, purata berat dalam 1kg/pokok.

# 1 ekor kambing perlu makan 3kg sehari.

# Andaikata, dianggarkan Minimum 1 ruas (20 pokok) mampu mengeluarkan berat sebanyak 12kg/ruas. bermakna untuk 1 ekar pokok rumput Napier India mampu mengeluarkan hasil sebanyak 38,400kg rumput.Maksimum yg kami mampu buat mengunakan baja kami ialah, 20kg/ ruas ~ 64,000kg/seekar!


Tapi, kalau mengikut data ni, 1 kambing perlu makan 3kg sehari, macam tak berapa tepat. Kenapa? Kambing perlu makan sekurang-kurangnya 1% bahan kering dari berat badan. Biasa untuk peningkatan berat badan atau induk bunting/menyusu, 3-4%. Kita ambil 3%.

Kambing, berat 30kg. 3% berat badan, 900gram bahan kering.

Napier, bahan kering 20%. Jadi berapa banyak napier nak dapat 900gram bahan kering?

20% x Napier (kg) = 900gram
0.2napier(kg) =  900gram
Napier(kg) = 4500gram @ 4.5kg

betul tak? check. 0.2 x 4500 = 900 gram.

Jadi seekor kambing 30kg, memerlukan 4.5kg napier. TETAPI!! kambing ni bukan macam bebiri, kalau bebiri mungkin dia akan makan 90-100% napier yang kita bagi, kambing ni memilih, akan ada yang bersepah atas lantai.

Jadi kita up 30-40% dari jumlah sebenar. 4.5kg napier kepada 5.85kg napier untuk seekor kambing berat 30kg.

Daripada data, 1 benih/perdu, boleh hasil 20 tunas, dengan 1 tunas seberat 1 kg. Jadi boleh dapat 20kg 1 benih. Itu kalau penjagaan TIPTOP. Kalau jenis baloq liat, jangan harap la, silap2 10kg pun tak dapat 1 perdu. Teknik penanaman pun kena betul, nak menyenget ke, nak menegak ke, terapung ke, pilih teknik yang sesuai dengan tanah dan dapat beri pulangan maksima.

Kita guna kaedah ini, 1 perdu untuk seekor kambing. (kalau dapat lebih, boleh buat silaj kan, kan..)

Kalau ada 100 ekor kambing, kena la ada 100 perdu napier. Then kita kena tengok masa rehat dia pula. Katakan 6 minggu, 42 hari. Jadi selepas potongan, perlu 42 hari untuk di tumbuh balik untuk potongan seterusnya. Hari pertama potong dah clear, macam mana dengan hari yang seterusnya?

Kiraan dia, 100 ekor kambing x 42 hari rehat, jadi perlukan 4200 perdu napier untuk ditanam.

Berapa keluasan?

Daripada data, jarak tanam, 4 kaki x 4 kaki. kita guna kaedah column & row. kalau column 100, maka kena ada 42 row untuk dapatkan jumlah 4200, (100x42). Luasnya?

100(4') x 42(4')
400' x 168'
dapat, 67200 kaki persegi. luas mana tu weh??? convert la kepada ekar, 67200 kaki persegi, bersamaan, 1.5426997 ekar. Bundar la, 1.54 ekar.

Jadi, 100 ekor kambing, memerlukan 1.54 ekar napier. Itu tak termasuk kawasan kandang. katakan, untuk kawasan kandang, seekor kambing, 20 kaki persegi. untuk 100 ekor kambing, kena ada ruang 2000 kaki persegi untuk setup kandang.

Jom mengira lagi,

Modal boleh beli kambing induk betina 40 ekor + 2 ekor pejantan. Maksimum, kalo semua induk beranak sekaligus, dengan litter size, 1.8, mau ada 72 ekor anak kambing.

42 + 72 = 114 ekor x 20 kaki persegi = 2280 kaki persegi, ruang untuk setup kandang. Berapa JUMLAH luas tapak projek termasuk napier?

2280 + 1.14(67200) = 78,888 kaki persegi @ 1.81 ekar tanah, diperlukan untuk projek ternakan, 40 induk + 2 ekor pejantan.

Kalau ada tanah kecil, tak jadi masalah. Tanah tu buat kandang, lepas tu cari la tanah pertanian terbiar, tanah rentis bawah kabel elektrik, untuk tanam napier.

Jangan harap benda free je, at least standby la duit sewa tanah, RM100-200 sebulan seekar. Kalau dapat tanah agensi kerajaan, setahun baru berapa ratus ringgit seekar. Pandai-pandai la nak hidup, banyakkan bertanya, jangan banyak songeh, luku tang ubun2 baru tau. hahaha

Sekian, harap membantu, tak faham, boleh whatsapp, 019-4513061, DON.

Monday, February 3, 2014

Teknik Menghasilkan Sendiri IMO1 (Indigenous Micro-organism) atau EM - Tn Haji Mohd Nasir Samat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perkongsian hari ini adalah, teknik menghasilkan sendiri, IMO1 (Indigenous Micro-organism) atau lebih dikenali dengan EM (Effective Micro-organism), dan dikenali sebagagi MOL (Mikro-organisma Lokal) di Indonesia. Teknik ini dikongsikan oleh, Tn Haji Mohd Nasir Samat di Facebook saya.

Sedikit Biodata:


Tn Haji Mohd Nasir Samat
Pemilik/Pengarah Urusan Sumobek Sdn. Bhd.
Pemilik/Pengarah Urusan Semosa Sdn Bhd
Pemilik/Pengarah Urusan S.E.M Inspection SDN BHD
Presiden IGFA (Persatuan Usahawan Ternakan Kambing Malaysia)
Penerima Anugerah Penternak Jaya 2013,  HPPNK 2013
Pengasas Baka Bebiri SUMO


Ini teknik yang dikongsikan oleh beliau, original punya:

"Hah..hah..microb nasi senang aje nak buat Don Jenal de Cabras. Nasi sejuk disiram/renjis air, ratakan agar keseluruhan nasi basah. Masukkan dalam bakul plastik sayur, letakkan dirumpun buluh/serai/lalang. Tutup permukaannya ngan zing agar tak kena direct hujan atau matahari. Biarkan selama 2hari 3malam. Selepas itu akan tumbuh spora berwarna putih kekuningan dan gaulkan nasi serta spora tadi ngan molases yg sama kuantiti. Simpan dalam bekas kedap udara atau botol kueh selama 5hari. Itulah ibu microbe atau IMO1(indigeneous micro-organism). Utk menjadi IMO2, campurkan/larutkan ngan nisbah 1:1:10 iaitu 1IMO1, 1molases dan 10 air tanpa klorin. Simpan selama 5hari dan boleh jual selepas tu...hah..hah.. jangan terperanjat jika anda membeli EM1 dipasaran bersamaan ngan ape yg den tuliskan tadi..heh..heh.."

"Jangan lebih dari 2hari3malam sebab lepas tu warna spora kehitaman, itu menandakan microb yg tidak baik dan tak sesuai utk kegunaan kita."

"Samolah tu Don Jenal de Cabras perbezaan dari segi bahasa aje. Tujuan kita letak bawah rumpun buluh/serai/lalang adalah utk mendapatkan mikrob yg lasak. Paling lasak dan baik adalah mikrob dari buluh.
Yakult + nasi pun boleh, begitu jugak sumber yakult sendiri iaitu susu segar lembu atau kambing(kalau susu kambing sesuai tuk den minum ajo). Gunakan yg rosak/basi pun ok."

"Nak pastikan mikrob hidup mudah aje, letakkan ditempat panas kita boleh dengar pergerakan mikrob macam botol air coke kena goncang. Jika dibuka tutup botol nescaya ia akan meloncat keluar..awas boleh jadi bom mikrob.."

Terima kasih Tn Haji Nasir kerana sudi berkongsi, semoga ilmu ini menjadi satu jariah. Insya Allah. Semoga terus berjaya dalam bidang penternakan.

Sekian, terima kasih.

Thursday, January 23, 2014

Aku & WhatsApp...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sejak saya menawarkan khidmat nasihat mengenai projek penternakan kambing, ada beberapa orang telah bertanya kepada saya, sama ada melalui whatsapp, sms, call atau facebook. Alhamdulillah.

Saya bukanlah penternak mega, kalau nak dibandingkan dengan prof Alwi dari Alwi Goat Farm, ibarat air setitik dengan air setempayan. Apa yang merisaukan saya adalah, orang akan pandang pada bilangan kambing saya, pengalaman saya menternak kambing.

Don't judge the book by its cover. Apa yang saya kongsikan, mungkin takda dalam buku, even pergi tanya pada Jab. Veterinar pun belum tentu mereka sudi jawab. Hehehe.

Di rumah saya. Ada beberapa buku bahasa Indonesia yang saya pinjam dari WB Farm, Kuching. Memang berbeza, memang ketinggalan industri kambing kita jika nak dibandingkan dengan Indonesia. Salute bapak2 penternak Indonesia!

Saya akan terus membantu anda semua, terutama yang baru nak memulakan projek ternakan kambing, terutama dari segi kos permulaan untuk menternak. Startup tak perlu mahal2, tak perlu canggih, kurangkan CAPEX (capital expenses), fokus kepada kecekapan OPEX (operation expenses).

Ini bukan zaman Pak Lah, kandang macam chalet, ini juga bukan zaman Pak Jib, dalam budget dok burung walit je, ini zaman penternak usaha sendiri, zaman penternak gembala sendiri, lebih kreatif, lebih inovasi, lebih berilmu.

Ini zaman bank-bank tak percaya kepada potensi projek penternakan, ini zaman Jab Veterinar pilih bulu. Ini zaman orang politik buat projek untuk nama. Hahahahaha, suka hati je aku hentam. Ini zaman realiti, bukan zaman fantasi. Ini zaman penternak harus percaya pada darah pribumi. Ini zaman bukan zaman penternak boleh minta bantuan kewangan sana sini. Ini zaman bukan zaman masyarakat boleh pandang lekeh pada projek ternakan.

Cara saya simple, calculation simple, cuma saya akan jadikan baka kampung/katjang/kacang atau kacukannya sebagai guideline, dan sangat disyorkan kepada penternak baru/beginner/newbie. Kadang ada yang tanya boer, jamna, susah sikit saya nak detailkan sebab harga dia, kadang di sesetengah kandang, dia kira ikut warna, ikut telinga. hahahah.

Sekian, wallahu a'lam. Jika perlukan khidmat nasihat saya, silakan whatsapp, wechat, sms, 0194513061, Zainal a.k.a Don.

Tuesday, January 21, 2014

Bersawang dah.. Balik kampung, Januari 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tu dia, dah beranak pinak dah labah-labah dalam blog ni.. Haa.. lubang tarantula pun ada...

Tahun lepas ada turun sikit semangat kambing, jadinya, nak update blog dilanda kemalasan. Hahahaha. Minggu lepas balik Kedah, replenish mana.

Ada beberapa aktiviti kekambingan minggu lepas.

12/1/2014 - Melawat kandang Helmi di Pendang, Kedah. Tujuannya nak ke UUM Sintok, maka, menyinggah la kejap. Kandang Syakir yang baru siap tak dapat nak singgah, di Pendang jugak, sebab dia kena kerja. Di kandang Helmi, sembang2, lepas tu dia bawak p meronda tengok kandang berhampiran. Last, pekena pisang goreng. Sharing2 sket ilmu yang sikit ni.

Lupa --- sebelum gerak ke Pendang, singgah di gerai Sinar Utara Agrofarm. Jumpa abg Azhan. Sembang2 kejap, laku wo lamb chop dia. Tara dok sembang pun ada 6 7 orang mai beli. Tapau sebungkus lamb chop dengan sebotol susu kambing, free sebungkus tulang2 untuk digigit dalam kereta. Belengas stereng sebab tak boleh tahan nak menggigit jugak time berhenti traffic light. Hahahahaha

13/1/2014 - P Gerik, jumpa bakal mak mertua, ada discussion sket, hahaha.

14/1/2014 - Perjumpaan spontan geng2 ayam piru/belanda/kalkun. Seminggu je planning dalam Facebook, terus jalan. Dapat la jumpa geng2 yang dulunya kena dalam group Kelab Penternak Ayam Belanda. Amirul Hifzan la dia punya mastermind. Kami berkumpul di rumah abg Rabani, awal tu nak minum kopi je, sekali, dengan ketam nipas dijamunya. Arigato gozaimas. Penternak lain, makcik Hawa, abg Silver Art, Dino sekeluarga, Zaim. Cukup sebut kot. Hehe. Kami p melawat reban Piru Best. Lepas tu, singgah semula rumah abg Rabani, borong ketam nipah plak. Nasib tak rakam, kalah market wo...

15/1/2014 - Belah pagi tak ingat plak. Petang, p kandang di Teloi, saja p tengok, dia buat iklan dalam Mudah.my. P sembang2, tukar2 info. Baru masuk boer, beli dari Espek, di Sintok. Lepas tu shoot ke Sungai Petani, beli tiket nak ke Kelantan, pada malamnya.

16/1/2014 - Sampai di Tanah Merah, turun dekat foodcourt seberang Pizza, dalam jam 4.30am. Driver macam pelesit. Pekena roti canai 2 biji, teh tarik 1. Boh Mat Daud dari Ketereh datang jemput. Lepak di rumah dia, sampai subuh. Paginya, p tengok dia nyusukan anak2 Saanen di belakang rumah. Kandang sempoi baq hang, kandang koboi. Majoriti Saanen, ada cross boer, ada meelan, ada toggenburg. Lepas tu ikut dia p cari rumput, sebelum tu, pekena nasi lauk itik suriyati. Marvellous! Lepas cari rumput, mandi, bersiap. P kandang kawan dia, Saanen jugak. Ada yang kena tambat kes hisap puting sendiri. Hahaha. Sangap la tu. Lepas tu p rumah Tok Guru Nik Aziz, beliau takda plak, singgah la kandang anak dia, Nik Adli. Dapat la jumpa di kandang, sambil2 tengok Saanen dia, ada seekor kena barah payudara. Kesian, tunggu masa je. Sampai tengahari je boh Mat Daud dapat entertain, lepas tu dia hantar ke stesen bas, sekali bas petang takda. Nasib ada hotel budget, berhibernasilah petang tu sementara nak tunggu bas pukul 9:30pm

17/1/2014 - Proses transfer pemain ke kelab baru. Proses mengosongkan kandang, setelah banyak kes kematian, jadinya, bertukar manager baru. Player tinggal 5 ekor je. Pagi terus celapak p kandang, buh tali, masuk dalam Unser. (jahanam kereta aku kena kencing kambing). Ada seekor terlepas, jenuh kejar. Hahaha. Flight zone apa semua, habis tunggang langgang. Maka, dalam pukul 9 lebih gerak ke Batu Kurau. Gamble. Yang ikut sekali, Amirul Hifzan, tu pun di Batu Kurau baru jumpa, dan gerak sekali ke kandang baru, nama glamer f.b, Man Jadda Wajada. Lepak sampai petang. Kambing takda stress, sampai2 terus cari makan. Mana taknya, kawan tak makan lagi dah kena buh tali. Setel urusan di situ, singgah kejap di Felda Ijok. Shoot balik ke Kuala Ketil.

18/1/2014 - Berjalan cari geng kambing lagi. Kali ni ke Kulim plak, singgah di kandang Ternakan N&A Wawasan di Sungai Kob, Mahang, jumpa abg Nurul Mydin. Bapak besor punya kandang. Lembu pun ada, kerbau ada. Sembang2, melayan anak dia yang jadi tourist guide. Bakal tokey tu. Kemudian gerak ke market Kulim, dekat dengan stesen bas, jumpa abg Zul Karnai. Tengah cuci tempat meniaga, jual kambing fresh tu. Sehari busuk boleh seekor dua, kadang sampai 6 7 ekor. Makan tengahari, abg Nurul pun join sekali. Tak dapat p kandang abg Zul, sebab ada orang buat kenduri, block jalan. Apa daa.. Kami p kandang lembu berdekatan, nak deal beli lembu. Teruk juga kawasan tu, bersepah. Kambing ada jugak, tapi feel takda nak tengok dengan kawasan macam tu. Lepas tu p balik kedai makan tadi, jumpa abg Nazir Ali plak.

Otai2 Kulim dah setel, shoot ke Lunas, P rumah abg Silver Art, nak p kandang Amirul Hifzan, dia p dating plak. Hahaha. Dekat rumah abg Silver Art (rumah ayah), dah macam zoo mini unggas dah. Macam2 ada. Ayam piru, ayam kampung, burung budgie. Paling best Kucing Bengal. 1st time tengok dekat2, terus hatiku tertawan. Hahahah. Kena standby 5k la kalo nak beli sepasang. Sembang2, dengo dia punya experience kerja dan lain2. Tengok design reban dia 2 tingkat, dapat la idea nak modify kandang kambing jadi reban ayam piru nanti. Petangnya gerak ke rumah dia dia Padang Serai. Bergaya dengan helmet predator, tengok ikan arowana dan kucing-kucing bengal selebihnya. Kemudian, balik rumah, rehat2 lepak2, sambil pekena bihun sup kambing. fuhh!

19/1/2014 - Selamat hari lahir bonda tercinta! Program hari ni dibatalkan (nak ke Perlis, jumpa Amar & p kandang tn Ab kamel). Tengahari gerak ke Butterworth, kena sampai LCCT awal, sebab ada client perlukan consultation pasal kambing, cewahhh... Bas kena tukar, hampeh betul, nasib tak lari jadual, sempat sampai di stesen bas Aman Jaya, Ipoh, beli tiket Star Shuttle, terus ke LCCT. 2 kali naik bas. Sampai di LCCT dalam pukul 9:30pm. Check in dulu, kemudian jumpa Pak Razman & kawannya Raja Ibrahim, dan Din bersama isterinya. Table talk pasal kambing sampai tengah malam. Pukul 12pm baru habis, tu pun sebab kawan lama masa belajar di Madrasah Idrisiah,Muim, dah sampai jemput tidur rumah dia. Kalo belum sampai, memang lama lagi la sembang2 pasal kambing dengan Din. Pak Razman balik sebelum tu.

Buat calculation dengan Pak Razman, mega jgk projek. 300 induk untuk kandang 1st, 300 induk untuk kandang 2nd, dan plan nak buka di Utara juga. Insya Allah, saya tolong mana termampu. Dengan Din pun ada calculation. Ingat nak jumpa Ecam Berjaya & Azhar. Azhar ada hal, Ecam dah tidur, sebab lewat sangat inform. Hahaha. Kemudian, Muim bawak p makan kedai mamak di Nilai, pekena nasik lauk ayam goreng & kari kambing, sambil sharing2 ilmu business. Mantap & cekang kawan aku Muim ni. Banyak info dipelajari. Jazakallahu khairan kathira ya akhi.

20/1/2014 - Pukul 5:40am boarding, flight pukul 6:00am. Sampai kapit dalam pukul 7:45am. Naik teksi, shoot ke wharf sibu, naik bot express 8:30am. Bot ni singgah di rumah-rumah panjang, so, sampai di Kapit dalam pukul 12:00 tengahari. Balik rumah, rehat, masuk kerja macam biasa.

Tamat.. siri balik kampung pertama 2014. Nanti update lagi, dengan gambar2 sket. Insya Allah. Hehehehehehe

Facebook