Tuesday, February 19, 2013

Aerobic Stability of Silage

Assalamualaikum dan salam sejahtera. so, tajuk hari ini, aerobic stability of silage, atau kestabilan aerobik silaj. Saya assume semua pengguna, pengamal dan pengusaha silaj tahu mengenai aerobic stability ni. yela, kalau dah guna silaj, takkan main guna je, mesti tahu kan. hehe.

sebab apa saya tulis, sebab kalau saya komen di artikel Prof Alwi, berjela plak jadinya. hahaha. ni artikel beliau, GETTING FAT IS EASY saya ada komen, "...ini style indonesia, dia peramkan/silajkan by product, 4 5 hari, kemudian jemur 2 3 hari, kemudian hancurkan, campur dengan bahan baku dedak yang lain..." bro Isal ada komen "...den xfaham part knapa diorg nk jemur 2-3 hari tu ust.don...". so, saya mula meng-Google, jumpa la aerobic stability of silage. saya ada baca sebelum ni, tapi just baca je la.

Silaj akan menjadi rosak bila terdedah kepada udara. kenapa? udara akan memberi peluang kepada mikrob aerobik seperti yeast, bakteria, mold membiak. berbalik kepada style indonesia tadi, pemeraman selama 4-5 hari, dikeringkan 2-3 hari, kemudian dihancurkan jadi tepung/dedak. apa dah jadi ni, silaj kena bagi cepat, nanti rosak, macam mana boleh jadi dedak? ok, sebelum tu, artikel ni saya cedok-cedok daripada jurnal Limin Kung Jr, dengan tajuk Aerobic Stability of Silages.

Lactic acids diperlukan untuk menurunkan kadar pH silaj. Dengan penambahan inoculants, fermentasi silaj menjadi lebih baik, lebih banyak lactic acids terhasil, lebih cepat turun pH. tapi sifat antifungal lactic acids ni lemah berbanding acetic dan propionic acids yang mempunyai sifat antifungal yang baik. kalau terlebih lembap, acetic acids jadi terlebih plak. silaj yang tinggi acetic acids lebih tahan apabila terdedah kepada udara. silaj yang lebih kering, lebih tahan kepada udara. dry forages macam hay tidak cepat rosak dan tahan lama.

ok, sekarang, kita tengok macam mana silaj rosak apabila terdedah kepada udara.

==> apabila silaj terdedah kepada udara, yeast yang degrade lactic acid akan dihidupkan.

==> kemudian, yeast ini akan degrade lactic kepada CO2 dan air (H2O), menghasilkan haba.

==> Kemudian, jumlah yeast makin bertambah.

==> pH silaj akan meningkat akibat daripada metabolisma lactic acid.

==> Mold dan bakteria aerobik pun mula la hidup dan meningkatkan kadar degrade silaj.

==> maka, rosaklah silaj tersebut, tidak boleh digunakan.

ok, saya kaitkan style indonesia dengan flow silaj rosak ni pula.

4-5 hari peram (tanpa inoculants):
semasa proses ini, lactic acids belum banyak lagi. yang ada banyak acetic acids. jadi silaj tu lebih tahan lama bila terdedah kepada udara. boleh la tahan 2 3 hari untuk dijemurkan. (my 2 cents)

2-3 hari jemur bagi kering:
yeast akan hidup apabila ada udara, ada kelembapan. memandangkan acetic acids masih banyak, antifungal akan main peranan, untuk tahan yeast daripada tumbuh, dalam masa yang sama, silaj dikeringkan. mengurangkan kadar kelembapan. dah la kena tahan daripada tumbuh, silaj makin kering plak. sama la function masa kita nak buat hay, dikeringkan airnya dengan jemur. dah akhirnya menjadi tahan lama. bertahun simpan pun ok, selagi tak kena air & udara (oksigen).

Bro Isal, saya rasa ini jawapan dia kepada style indonesia tu. kena tanya yang lebih pakar, ni andaian saya sahaja. ada satu cara nak meningkatkan kadar Aerobic Stability, iaitu menggunakan bakteria L. Buchneri. kesan penggunaan L. Buchneri ni adalah peningkatan acetic acids. ni salah satu cara yang diguna pakai la..

setakat ini sahaja artikel saya pada kali ini. jika ada kesalahan mohon perbetulkan. saya bukan reka-reka, ada rujukan saya. tanya kepada yang lebih pakar. banyakkan membaca dan merujuk. saya belum pernah buat silaj, saya tak tahu. tapi saya membaca dan bertanya, tahu la sikit mengenai proses pembuatan silaj, proses fermentasi silaj. insya Allah, artikel ni akan sedikit sebanyak membuka minda tuan-tuan, ada sebabnya silaj tidak boleh terdedah kepada udara lama-lama, ada sebabnya silaj boleh tahan lama dalam silo, ada sebabnya silaj boleh tahan walaupun terdedah pada udara. sekian, terima kasih. (nanti saya update gambar bagi lebih menarik. ^________^)

Rujukan: Aerobic Stability of Silages

Saturday, February 9, 2013

Sepupu Sepapat Kambing Domestik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. untuk kali ini, bukan artikel, tapi slide powerpoint. Bertajuk Capra Aegagrus Hircus a.k.a kambing domestik. Slide ini menerangkan serba sedikit family, subfamily dan genus kambing domestik beserta keturunan, saudara mara dan sepupu-sepapat kambing-kambing di kandang tuan tu. Insya Allah, kita dapat kenal dengan lebih dekat mengenai kambing ni.

Saya tak dapat nak kongsi sangat perjalanan penternakan kambing saya, maklumlah, kerja di Sarawak, jadi ini cara saya mengubat rindu pada kambing-kambing. Apa saya peduli orang nak kata apa, jual ke tak jual ke, yang saya tau, kambing saya ada yang beranak, ada yang mati. Saya cari petai belalang bagi kambing. Beli kambing sumbat dalam bonet proton saga saya. Saya kongsi maklumat, saya dah rasa pengalaman menternak dan akan terus menternak. Kandang pertama saya buat sendiri. Kaut taik kambing bawah kandang. Dan extension pada kandang saya nanti pun bakal dibuat sendiri. Saya tak peduli orang nak perlekeh apa yang saya kongsikan dalam blog Projek Kambing Muda ni. Kalau salah perbetulkan, kalau betul, just read, comment and let me do my job. Kalau tak tahu, tanya takpun Google je. Saya tak belajar bab-bab penternakan, tapi saya tahu dari pengalaman, pembacaan dan bertanya pada otai. Eh, melalut plak. hahaha. enjoy the slide! ^___^



Tuesday, February 5, 2013

Daun vs Rumput

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam ternak 1Malaysia.

Apabila saya membaca artikel terkini daripada Prof Alwi mengenai napier, ditambah dengan komen Bro Isal dengan istilah biologinya, ada beberapa perkara yang saya membuatkan saya berasa kerdil, membuatkan otak saya ligat, cuba menghadam maklumat yang agak kompleks itu. Tetapi, sekali lagi mahaguru Google membantu. Dunia dihujung jari, taip saja keywordnya, insya Allah, akan terungkailah segala kesulitan.

Untuk artikel ni, saya nak kongsi penemuan saya based on artikel prof alwi. Kenapa pucuk-pucuk daun lebih sesuai kepada kambing berbanding rumput. Tapi belum sampai tahap Bro Isal la, tu dah  botani gred berapa dah. Hehehe. Memang pening bila nak faham bab botani. Tak pasal-pasal study bab botani plak. Prof Alwi punya pasal la ni. Hahaha.

Kadar metabolisme kambing adalah yang paling cepat diantara ruminan selain rusa. Tengok saja perangainya yang aktif, lompat sana sini. Lebih tinggi kadar metabolisme, lebih cepat makanan dihadam, lebih banyak makanan yang diperlukan untuk maintain tenaga seharian. Orang berbadan besar perlu kalori lebih 2000, orang yang aktif juga memerlukan kalori yang tinggi untuk cover balik tenaga yang digunakan sewaktu aktif. Kambing ni aktif, sebab tu kalo nak cepat gemuk, kena intensif, supaya tak banyak pergerakan, ditambah plak makan grain macam jagung, macam kena pam la jadinya.

Kambing ni kerja makan je, dia lebih banyak makan daripada rumination. Sebab kecekapan dia masa makan tu lebih tinggi, dia kunyah masa makan. Dia tak banyak chewing cud la orang kampung saya kata. Hahaha. Tapi dari mana kambing ni dapat tenaga? Dari makanan dia la. Itu pun nak tanya ke. Hahaha. Tenaga yang dia dapat adalah daripada fiber. Perasan tak peratus CF% (crude fiber) dalam ration makanan kambing, tu la benda dia. CF adalah anggaran kasar tenaga dalam makanan. Lebih tinggi fiber, lebih rendah bahan yang boleh cerna, lebih rendah TDN (total digestible nutrient). 

FIBER
Dinding sel terdiri daripada fiber. Dan fiber ini terdiri daripada cellulose, hemicellulose, dan lignin.

Animal Nutrition

CELLULOSE
Bahan paling organik atas muka bumi. Lebih kurang 33% dalam tumbuhan terdiri daripada cellulose. Cellulose ini adalah polymer, karbohidrat kompleks yang terbina secara selari daripada rantaian monomer glucose. Starch juga karbohidrat kompleks yang terbina daripada glucose.

Glucose, Cellulose & Starch

Tidak boleh diurai oleh manusia tapi boleh diurai oleh ruminan. Ruminan mempunyai bakteria anaerobik simbiotik seperti  Cellulomonas dalam flora rumen, yang menghasilkan enzim dipanggil cellulases yang membantu mikroorganisma untuk mengurai cellulose, dan aktiviti ini dipanggil cellulysis. Kadar cellulose dalam daun-daun lebih tinggi dari rumput.



Cellulose is a linear chain of several hundred to ten thousand β-(1→4) linked D-glucose units. Unlike starch this polymer has no branching. The chain structure forms a stiff extended conformation that results in extensive hydrogen bonding with adjacent chains. The result is the formation of microfibrils with high tensile strength and poor water solubility.

Cellulase enzyme catalyzes the hydrolysis of cellulose into glucose. Cellulase enzymes are produced primarily by fungi, bacteria, and protozoans. Termites and ruminant herbivores digest cellulose through the action of symbiotic bacteria located in their intestines and ruminating chambers respectively. Cellulases are a mixture of slightly different enzymes that include endo-1,4-β-glucanase enzymes, which attack internal bonds, exo-1,4-β-glucanase enzymes, which cleave two to four units from the ends of cellulose strands and cellobiase, which cleaves the disaccharide cellobiose into two glucose moieties. ( Enzymatic Digestion of Polysaccharides (Part II))

 
HEMICELLULOSE
Adalah polysaccharide berkait dengan cellulose yang terdiri daripada beberapa jenis gula terutamanya xylose. Rantaian hemicellulose lebih pendek. Ciri-cirinya bercabang tetapi cellulose tidak bercabang.



Xylanase enzymes digest xylan polymers, which are a major constituent of the hemicellulose, into xylose. Xylans are heteropolymers consisting primarily of the pentose sugars xylose and arabinose. The main backbone of xylan consists of β-(1→4) linked xylose residues with side chains branching from the 2 and 3 position carbons also. Xylose is a five carbon monosaccharide that can form either furanose (5-member) or pyranose (6-member) ring structures. ( Enzymatic Digestion of Polysaccharides (Part II))

Mikroorganisma menggunakan cellulose dan hemicellulose yang merupak dinding sel lembut sebagai tenaga. Melaluli penguraian bakteria, ruminan dapat menggunakan foraj sebagai sumber TENAGA. Tetapi untuk memboleh ruminan dapat tenaga, mereka perlu menembusi pertahanan LIGNIN dahulu.

LIGNIN
Adalah polymer organik kompleks yang wujud dalam tisu tumbuhan. Memainkan peranan penting dalam tumbuhan. tidak boleh dihadam. Lignin ini memberi kekuatan kepada daun, stem, ranting, dahan untuk membolehkan tumbuhan mempunyai kekuatan untuk tumbuh tegak bersaing mendapatkan cahaya matahari. Menyimpan karbon dan penting dalam pengangkutan air dalam tumbuhan. Lebih banyak lignin, lebih keras tumbuhan itu. Semakin tua pokok, semakin banyak lignin.

Lignin juga merupakan urat-urat dalam tumbuhan. Ada dua jenis struktur urat dalam daun, jenis jaring (pinnate/palmate) dan selari (parallel), Type of Leaves. Daun-daun pokok, legume, paku pakis, bukan macam rumput, bulat bujur dan sebagainya, mempunyai urat-urat jaring. Daun-daun yang seperti rumput, waterlily dan rumput macam napier mempunyai urat selari. Organisma makro dalam rumen boleh urai daun berurat jaring lebih cepat berbanding berurat selari. Sumber dari Onion Creek Ranch, boleh baca detail di sini FORAGERS/BROWSERS - NOT GRAZERS, The Reasons Why

Memandangkan kambing mempunyai passage rate bahan makanan yang cepat,  ia perlu makan makanan yang organisma makro dalam rumen boleh cerna dengan cepat. Rumput muda kambing boleh cerna cepat berbanding rumput matang kerana rumput muda, pucuk, yang hijau terang lagi tu, lignin masih kurang. Kambing masih boleh makan rumput, tapi rumput yang betul-betul muda, belum capai tahap lembu punya rumput. Berbanding dengan daun-daun, lebih lagi pucuk, lagi cepat makanan itu diproses. Lebih cepat dapat tenaga untuk cover metabolisme kambing dan tenaga untuk aktif. salah satu kaedah yang membolehkan serat/fiber dapat dicerna dengan lebih baik adalah dengan menghancurkan rumput itu dalam particle yang lebih kecil. seperti penggunaan mesin chopper dan sebagai. capital and labour cost tu.

Kambing tidak dapat cerna makanan yang terlalu kompleks macam rumput tua atau jerami dengan baik kerana disamping kandungan fiber yang tinggi, makanan ini tidak berada dalam gastrointestinal untuk jangka masa yang lama. Poor quality forage untuk kambing adalah sumber makanan yang tidak boleh dihadam dengan cepat tetapi pucuk-pucuk adalah high quality forage untuk kambing yang mana poor quality forage untuk lembu. Kenapa? Lembu mana tahan pahit pucuk-pucuk daun ni, condensed tannin bagai.

Kadang kala adalah perlu untuk memberi kambing makan konsentrat untuk keperluan tenaga kambing. Itupun jika kambing tidak cukup makan daun. Seperti yang saya kata awal tadi, daun-daun mempunyai kadar cellulose yang tinggi, yang merupakan karbohidrat kompleks, dan karbohidrat ini merupakah salah satu sumber tenaga kepada hidupan. Kurang makan daun, kena la tambah dedak, cukup makan daun, cukup dia browsing, buat semi intensif, cukup la makan dia, cukup la tenaga yang diperlukan dia, tak perlu dah dedak. Nampak tak kaitan dengan browsing dengan penggunaan dedak? Macam saya, saya tak dapat nak lepas browsing selalu, jadi perlu SUPPLEMENT dedak. Nampak tak saya besarkan SUPPLEMENT. Supplement ini hanya untuk mark up mana yang tak cukup. Ibarat anak kita yang tak suka makan sayur, kita bagi makan Appeton. Betul tak? Bila dedak jadi makanan ruji, makanan utama, kopak la duit, botak la tokey. melainkan untuk fattening.

 Metabolisme kambing tinggi, perlukan makanan yang banyak untuk cover keperluan tenaga yang cukup supaya ia dapat hidup aktif. Pada masa yang sama digestive tract dia pendek, tak sepanjang lembu, dan passage rate bahan makanan cepat. Jadi kambing memerlukan sumber makanan yang berkualiti, tinggi tenaga, cepat hadam iaitu pucuk-pucuk daun yang lembut, muda berjus, yang mana tahap ulam buat kita. Tetapi macam mana yang dikatakan kambing dapat hidup dalam keadaan yang kurang makanan, kurang zat? Tunggu... nanti pula saya tulis. Dah cukup panjang ni. Terima kasih kerana membaca, fikir-fikirakan, dan selamat beramal.

Sunday, February 3, 2013

Central Buck Performance Test - Re-post ^___^



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam ternak 1Malaysia dan bila boleh dapat bantuan kambing 1Malaysia BK1M. Hahaha.
Disebabkan minat yang mendalam, setiap hari saya akan baca maklumat mengenai kambing. Journal, research paper, presentation, website dan banyak lagi. Sambil singgah blog-blog senior dan rakan ternak seperti Prof AlwiBro IsalAkh Fairul dan ramai lagi. Dan tak lupa perbincangan dalam group Facebook. Sekarang saya banyak baca mengenai sistem-sistem crossbreeding seperti two-breed rotational, terminal cross, rotational/terminal cross dan composite cross. Saya sedang usahakan slide powerpoint untuk sistem-sistem crossbreeding ni dan slide untuk internal external ruminant parasite yang entah bila nak siap. Hahaha.
Saya banyak membaca mengenai composite breed. Antara composite breed yang popular adalah Kiko, Kinder, TexMaster, Texas Genemaster dan MoneyMaker. Tidak lupa juga composite breed tempatan, Jermasia. Di Indonesia, Boerka, Boerawa. Di Filipina BoAng. Ada yang dual purposed seperti Kinder, Kiko dan juga meat purposed seperti TexMaster. Terdapat juga composite dairy breed seperti Meelan. Dan banyak lagi composite breed seperti Mini Nubian. Alah boleh Google, pelbagaikan search keyword. Jangan asyik guna keyword yang kurang power.
Yang paling mendapat perhatian saya adalah baka Kiko. Kacukan antara induk kambing feral New Zealand dan pejantan dari baka susu seperti Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg. Dan kebiasaanya, baka Kiko ini berwarna putih. Saya ada tulis artikel mengenai baka Kiko di artikel Kacukan Feral: Kambing Kiko. Saya amat tertarik dengan kambing feral, sebab tu saya berminat dengan Kiko. Dan antara intipati penting kepada kejayaan baka Kiko ini adalah proses selection dan test yang dijalankan secara ketat oleh pemaju. Antara ujian yang dibuat oleh pemaju adalah membiar kambing bebas makan di atas pasture, tidak dipotong kuku, tidak dibantu kelahiran dan sebagainya. Ini adalah ujian untuk survival. Yang lemah akan terus di takai. No compromy.
Dan daripada Kiko test ini, membawa saya kepada pencarian maklumat mengenai goat test. Dan saya  teringat mengenai artikel prof alwi, My Buck and the Future. Dan keyword dalam pencarian ini adalah central performance test. Tetapi di dalam artikel Prof Alwi, beliau lebih prefer central buck punishment test. Pejantan berpotensi, akan menjalani kehidupan seperti Sparta. Ada teduhan, sedikit garam jilat. Dibiarkan bebas mencari makan sendiri dalam kebun sawit, lagi bagus kalau dekat dengan kawasan yang tinggi parasit, tiada konsentrat, tiada foraj tambahan tetapi mereka perlu menambah berat badan secara semulajadi. Tidak diberi ubat cacing, tidak diberi sebarang ubatan. Pejantan-pejantan ini perlu membina average daily gain yang cantik, parasite resistant dan resilience. The best will be chosen. Tapi, kalau nak lagi kaw hidup secara Spartan, teduhan dan garam jilat tidak perlu diberikan. Cukup teduhan pokok sawit, garam galian dari air yang diminum. Baru betul spartan, baru betul komando 69.
Dengan keyword central performance test, membawa saya kepada blog Western Maryland Pasture-Based Meat Goat Performance Test. Blog ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada para peserta dan bakal peserta goat performance test ini.  Ujian ini bertujuan menambah baik genetik kambing melalui central buck testing. Orang kuat di sebalik performance test ini adalah Susan Schoenian. Seorang pakar biri-biri dan kambing di Maryland. Ujian ini akan mencari pejantan mana yang terbaik dari segi growth performance, parasite resilience, parasite resistance, general health and thriftiness. Program ini tidak akan berkompromi dengan CL (caseous lymphadenitis). Kambing yang dijangkiti akan dihantar balik. Para peserta perlu membayar yuran untuk menyertai program ini. Kejayaan Central Buck Testing ini adalah melalui pengumpulan data yang dibuat. Data pertumbuhan, data FAMACHA, data FEC (fecal egg count), data kesihatan, karkas dan zakar. Melalui program ini, secara tidak langsung, para peserta dapat mengetahui kaedah penambahbaikan genetik yang dapat dibuat kerana seperti parasite resistance dapat diwarisi kepada anak-anak. Peserta mula mengetahui apa itu central performance testing. Peserta juga akan sedar mengenai kepentingan rekod ladang, rekod ternakan dan sebagainya. Baka yang paling banyak berada tangga teratas adalah baka Kiko dan kacukannya. Memang hebat baka kiko ni.
Untuk tahun 2012, antara kambing terbaik dalam Western Maryland Pasture Based Meat Goat Performace Test adalah milik Majencsik, iaitu seekor baka kacukan Kiko Boer. Kelahiran kembar 2 dengan Test Id 29. Berat permulaan 40.5 pound, berat akhir 61.5 pound. ADG 0.25 pound, dengan ADG ration 182.5% yang merupakan tertinggi  antara 38 ekor pejantan. Nombor 29 ini juga mengungguli FEC paling rendah, purata 289 berbanding dengan kambing yang ke 38, 2937. Gold untuk no 29. Tetapi untuk ranking FAMACHA, no 29 kalah dengan kambing milik Majencsik yang lain, test id 24. Purata skor untuk no 24 adalah 1.3 berbanding dengan no 29, 2.0.
Inilah usaha-usaha yang dijalankan oleh pakar-pakar biri-biri dan kambing di luar negara. Banyak aktiviti yang dijalankan dalam meningkatkan kesedaran dan ilmu para penternak di negara mereka. Alangkah bagusnya jika aktiviti seperti ini BANYAK dan SELALU dijalankan di Malaysia supaya industri ternakan kambing negara terasa bahangnya, terasa hangatnya. Saya memang selalu tulis artikel panjang-panjang sebab apabila yang masuknya banyak, keluar pun kena banyak. Lagi banyak membaca, lagi banyak kita tahu, lagi banyak kita nak kongsi. Antara rajin dan tidak sahaja. Apa pun, terima kasih kerana bertahan sehingga penghujung artikel. Insya Allah, apa yang saya cuba kongsikan dalam blog saya, Projek Kambing Muda ini adalah dari maklumat fresh, bukan copy membuta tuli je. Kalau ada copy pun, sebagai rujukan dan penyedap cerita. Sekian, terima kasih. ^___^

Facebook