Wednesday, August 28, 2013

I'm back! Mengesan Bebanan Parasit Pada Kambing - Lima Titik Pemeriksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah sekian lama menyepi, hari ini saya kembali menulis. Idea ada, nak menulis tu bukannya selalu rajin. Hahaha.

Apa pun, di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari saya, memohon kemaafan, sekiranya sepanjang saya berblogging ini, saya ada menyinggung perasaan para pembaca sekalian, atau ada menyentuh isu-isu sensitif. Silalah tegur saya, gunakan CBOX di sebelah ini ---------------------------------------------------------> sekiranya ada yang perlu diperbetulkan atau ada pertanyaan. Selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan kepada para pembaca beragama Islam sekalian. Semoga madrasah Ramadhan tidak terhenti setakat ini sahaja, teruskan usaha anda sehingga bertemu kembali Ramadhan seterusnya, insya Allah.

Jadi, hari ini saya ingin kongsikan 1 petua yang sangat bagus diamalkan bagi mengesan bebanan parasit dalam ternakan kita seawal mungkin, supaya kita dapat mencegahnya dengan lebih awal. Petua ini saya peroleh daripada blog Western Maryland Pasture-Based Meat Goat Performance Test iaitu petua Five Point Check atau lima titik pemeriksaan yang diperkenalkan oleh saintis daripada Afrika Selatan. Boleh lihat gambarajah di bawah:


Lima titik tersebuk adalah:
1) Mata, Membrane Ocular (dikesan dengan FAMACHA). Tanda: Otot sekeliling mata menjadi pucat, memutih. atau anemia. Parasit: Barberpole, liver fluke, coccidia

FAMACHA Score Card


 2) Dagu, bottle jaw. Macam kena beguk. 1 geng dengan anemia. Cacing penghisap darah.


 3) Bahagian belakang (diukur dengan BCS, body condition score)

BCS digunakan dalam banyak perkara. Antaranya menentukan gred karkas kambing, flushing untuk induk, dan juga menunjukkan tanda kecacingan. Kambing yang kurus, perut kembung, makan banyak badan tak naik, antara tanda-tanda kecacingan. Berikut adalah cara untuk mengukur BCS. Score 1 & 2 merupakan score yang perlu diberi perhatian.



4) Ekor (Dag score).

Dag score adalah skor yang melihat kepada sekotor mana bontot kambing atau biri-biri. Jika kambing mengalami cirit-birit yang teruk, ia menunjuk kecacingan. Terbalik dengan BCS, skor 5 dalam Dag Score menunjukkan tanda yang kritikal. Berikut adalah skor yang digunakan:



5) Hidung (berhingus). Parasit: lungworm, ulat (berenga lalat). Berhingus juga menunjukkan radang paru-paru (pneumonia). 


Nasal Bots

ngeri betul ulat lalat ni. gemuk-gemuk tu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Namun begitu, Five Point Check ini diperkenalkan untuk biri-biri, jadi untuk kambing, titik HIDUNG diganti dengan titik BULU kerana nasal bots bukan masalah yang signifikan atau masalah yang kerap melanda kambing. Fuhhh.. selamat.. ngeri betul.

Kambing dengan bulu yang tidak cantik, kusut dan luruh...

Apabila menggunakan FAMACHA, kambing yang mendapat skor 4 atau 5, titik-titik lain tidak menjadi penting kerana kambing akan dinyahcacingkan. Tetapi, walaupun kambing mendapat FAMACHA skor 1 atau 2, jika terdapat tanda seperti bottlejaw, kambing mesti dinyahcacing juga. Kerana FAMACHA hanya mengesan kambing yang anemic sahaja. Dan biasanya, apabila kita menyahcacing kambing yang anemik, kita akan menggunaka dewormer 3 serangkai, yang akan menyerang hampir semua parasit dan tidak perlu lagi nyahcacing untuk titik-titik lain yang kelihatan.

Semua parasit akan menyebabkan BCS merosot seterusnya memberi kesan kepada bulu kambing. Banyak jenis cacing yang akan menyebabkan cirit-birit. Kerana itulah, kita perlu melihat kepada titik lain walaupun skor FAMACHA kambing adalah 1 atau 2 kerana kita tidak mahu terlepas pandang kambing yang mengalami bebanan cacing.

Kambing yang mendapat skor FAMACHA 3, perlu diberi perhatian kerana sesetengah kambing, ada yang perlu dinyahcacing, ada yang tidak. Jika kambing dewasa yang mendapat skor 3, masih selamat kerana sistem badan sudah kuat (ini mengambil kira kambing itu sihat dan berat bertambah, jika tidak sihat, berat merosot, juga perlu diberi perhatian). Skor 3 pada anak kambing perlu diberi dewormer.

Lima titik ini dapat dikesan melalui pemerhatian atau pemeriksaan visual. Kita boleh detect segera kecacingan. Namun begitu, ada 1 kaedah lagi iaitu melalui Fecal Egg Counting. Kaedah ini boleh digunakan sekiranya tuan-tuan ada memiliki Microscope, atau berhampiran dengan lab test, bolehlah menggunakan kaedah ini. Saya tak rajin nak cerita mengenai FEC buat masa ini, kerana ianya melibatkan teknikal, perlukan penerangan gambarajah. Jadi, saya sertakan link-link ini sebagai rujukan dan panduan bagaimana melaksanakan FEC. Doing a fecal egg countProcedure for Conducting Fecal Egg Counts, & How to to do home Fecal Testing.

Antara peralatan yang digunakan semasa FEC

Kena korek dubur kambing, ambil tinja yang fresh untuk mendapat keputusan yang terbaik. Panas-panas lagi. Hahaha. Rajin ke?

FEC kurang daripada 100 telur per gram dikira sebagai rendah. 100-500 dikira, boleh tahan lagi la dan jika melebihi 500, dikira tinggi dan perlu dinyahcacing. Kebaikan FEC yang lain adalah anda boleh mengukur parasite resistant, atau wujudkan cacing yang kuat & degil. Ambil sampel sebelum nyahcacing, buat FEC. kemudian, nyahcacing kambing anda. kemudian ambil sampel selepas itu dan buat FEC. Jika telur berkurang banyak, ianya bagus, menunjukkan masih berkesan, tetapi jika tiada perubahan. AWAS! Cacing dalam badan kambing anda sudah alah dengan dewormer yang digunakan. Anda perlu menukar dewormer.
.
Kenapa wujud resistant? Pertama, kerap sangat deworm, inginkan kambing yang berkilat bulunya, kita dok deworm je kambing tu, tetapi sebenarnya kita memberi mudarat kepada kambing apabila cacing sudah lali dengan ubat cacing. Kedua, kita buat mass deworming, habis semua kita nyahcacing walaupun tiada tanda kecacingan. Maka tiada lagi cacing refugia (rujuk artikel saya mengenai refugia, REFUGIA! Cacing "Pelarian" Penyelamat Kambing). Ketiga, kita selalu tukar dewormer, sekejap guna yang ini, sekejap yang itu, esok beli yang baru. Ini lagi bahaya, kita akan melahirkan cacing yang super, tahan kepada pelbagai dewormer. Keempat, tidak mengikut dos yang tepat, bantai je, ikut dan je bagi dewormer. Ini semua tak boleh, tak boleh!

Ikut jadual nyahcacing yang betul. Guna kaedah selective deworming, hanya pilih yang ada tanda kecacingan sahaja. Jangan selalu tukar dewormer, guna sehingga hilang effect. Ikut dos dan sukatan dewormer yang betul. Jangan takut dengan parasit, biarkan kambing anda terdedah sedikit agar ia boleh membina imun dan daya tahan badan terhadap serangan parasit. Cubalah amalkan Integrate Parasite Management, boleh baca di sini kaedah pelaksanaannya, Integrated Parasite Management (IPM) In Small Ruminants

Sekian sahaja daripada saya, panjang lebar. Saya harap apa yang kongsikan ini dapat membantu tuan-tuan dalam menangani bebanan parasit dalam ternakan tuan-tuan. Cuba amalkan, kurangkan risiko kematian dan kerugian di kandang tuan-tuan dengan membuat pencegahan. Bergerak pantas dan bijak demi kemajuan di masa hadapan. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya, membaca blog saya, dan menunggu artikel baru saya. Ada beberapa orang bertanya bagaimana untuk memulakan projek ternakan kambing. Insya Allah, saya akan tulis serba sedikit panduan untuk beginner, based on my experience. Itu sahaja, semoga anda semua sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan gembira. To be continued...

4 comments:

  1. Fuh Don Capra Hircus, memang teknikal ko punya post. Baik, banyak maklumat yang berguna.

    Very informative.

    Thanks a lot for your effort and time consuming research, and blogging!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ni la hasil orang ada masa terlebih bila berjauhan dengan kambing2nya..

      thank you very much prof and you're welcome.

      Delete
  2. Salam... Tumpang bertanya. Masih terfikir2 sbnarnya nk ceburi bidang ternakan. Antara ternakan ayam kampung dan kambing, yg mna lebih menguntungkan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.

      dua dua menguntungkan. ayam kampung kacukan boleh jual 3 bulan. kambing, kalo buat penggemukan pun boleh 3 bulan jugak.

      tengok harga, nak dapat harga seekor kambing, berapa ekor ayam diperlukan? kambing sekilo hidup dalam RM20. ayam? kos makanan, kambing boleh kutip rumput tepi2 jalan, ayam?

      untuk dapat keuntungan seekor kambing, perlukan keuntungan beberapa ekor ayam. tapi ayam cepat membiak dan pasaran lebih luas, tu advantage ayam

      Delete

Facebook