Monday, October 7, 2013

Sesi Terjah Kandang Kambing Sekitar Kuching Sarawak Bersama WB Farm

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaf banyak-banyak dipohon dari semua pembaca blog saya ini. Berikutan dua bulan ni banyak traveling, keluar masuk Kapit ni, jadi masa untuk update blog jadi terganggu. Bukan senang nak menulis, idea ada, tapi feel kena ada. Yang kali ni pun jenuh seru semangat menulis. Hehehe.

Kebelakangan ini ramai plak yang dok tanya pasal memulakan penternakan kambing, alhamdulillah. Yang mesej ada, whatsapp ada. Ini menunjukkan bahawa industri penternakan kambing ini adalah industri SUNRISE. Maknanya, industri ni akan naik sentiasa, cuma akan mendung sekejap bila time hujan. Lepas tu cerah balik. 2 3 tahun sebelum ini, industri penternakan kambing mendung je, tapi sekarang, kembali bersinar. Alhamdulillah. Insya Allah, saya akan buat beberapa artikel mengenai kos penternakan kambing ini, sebab rata-rata yang bertanya, mengenai kos penternakan kambing. Apa pun, saya akan cuba update, perjalanan kembara kambing saya untuk 2 bulan ni dahulu. Daripada terjahan ke kandang kambing di Kuching Sarawak, sehinggalah ke Perkampungan Pembiak Baka Kambing & Penubuhan IGFA. Pengalaman yang menakjubkan.

Tengok Prof Alwi yang kebelakangan ni rajin update blog dia Alwigoatfarm, dan sekarang dan makin cekap guna Facebook (alwigoatfarm), saya menjadi hairan, lain macam semangat dia. Hahahaha. Apa pun, TAHNIAH saya ucapkan kepada Prof Alwi, mendapat anugerah Usahawan Penternak Ruminan Jaya yang diperolehi semasa Agrofest Perak 2013 di Ladang Infoternak, Sungai Siput Perak. Detail boleh baca di sini, Bila Aku Diberi Penghargaan. Penghargaan yang diterima adalah sangat layak untuk beliau, membuktikan bahawa, haluan Spartan yang beliau perjuangkan adalah betul. Salute!!!

Cukup intro, saya teruskan dengan terjahan saya di sekitar Kuching bersama tuan Mala, pemilik WB Farm. Memang kerja berjalan melawat kandang je. Sempat la singgah beberapa kandang di sekitar Kuching tu.

Inilah sebahagian gambar-gambar terjahan yang telah saya buat bersama tuan Mala.

KANDANG PERTAMA


Antara Pejantan yang ada


Anak ni macam bantut je, pada pendapat saya underperfrom bagi baka Boer

Anak tuan Mala dpt menunggang. hahaha,

Dalam kandang

Boer tadi terlepas, sebab lambat tutup. Apa lagi, dengan girangnya dia berlari-lari turun ke bawah. kambing2 lain jenguk kepala, mmbekk mmbekk nak turun jugak. Dah memang fitrah dia dok atas tanah.

KANDANG KE 2

disambut dengan salad garden. penuh glricidia,



Kreatif & inovatif

Ingat dekat construction side je ada?

Ada dua section kandang dia. Dihubungkan dengan flyover. hahaha

Ni bahagian boer, bukan tau sangat menilai boer ni, tapi macam stok tak cantik je.

Ha, nindia.. security camera tu. baik letak webcam, boleh berskype dengan kambing. hahaha

KANDANG KE 3
Yang ni kandang ke 4 sebenarnya, ada 1 kandang sebelum & 1 kandang selepas ni. Tapi sebab hujan, mood nak ambil gambar hilang. Hahaha. Kerangka besi tu...

KANDANG KE 4
Nampak macam bersih... tapi...

Panjang sangat, sampai ada jejantas

Yang ni jenuh tunduk, ketinggian kurang 6 kaki



Kambing ni kurus keding. Saanen kot.

KANDANG KE 5

Dalam banyak2 kandang, kandang ni paling best tengok. Lokasi Bau, Kuching. Atas sikit dari Kuching Central. Apa ke nama uncle ni, tak ingat plak, Uncle Lim kot. Hahaha.

Mega punya projek... Dulu dia master dalam ayam sabung. Tapi dia jatuh sakit, stroke kot. Dalam mimpi, dia dapat amanat, suruh minum susu kambing, lepas tu dia try dan sihat. Maka bermulalah projek kambing dia. Tapi sayang...

Guinea Pig @ Tikus Belanda. Dalam kandang dia, disebabkan kambing berkurangan, dia bela, Dia kata bagus untuk merawat kanser. Appu..

Ni ramuan makanan dia..

Bersih dan kemas kandang dia. Jaga seorang diri ni, anak2 tak minat.

Kasihan... kena pakai topeng sebab hisap susu sendiri. Kecik2 dulu tak puas menetek.

Saujana mata memandang bila kemas & bersih. Tiptop!

Ni dia tokeynya, tengah bagi penerangan mesin mixer konsentrat. RM6K kalo tak silap kos dia, boleh tampung setengah tan.

Saya suka tengok bawah kandang. Uncle tu pun pelik, ada juga dalam dunia ni orang ambik gambar taik. Hahaha. Saya ambil sebab dianggap terlalu bersih & nak tengok dia punya design perparitan.

Hasil pengumpulan..

Kirala berapa bijik taik kambing bawah ni.. tapi area ni memang kambing sikit pun

Ni la tuan Mala, saudagar kambing WB Farm. Tu bapak saanen, tinggi dia, tengokla, lebih 6 kaki kot. Bau jangan cerita la...

Ha, yang ni part yang banyak kambing. Saanen, Alpine, Anglo. 3 3 dia ada.. Bersih kan, lantai dia ada kecuraman sikit, so senang air mengalir.


Alat nak mengaut emas hitam.. memang ikut saiz longkang. Efektif & efisyen. tarik je sampai hujung.


Dari tepi kandang.

Dari jauh, megah berdiri.

Yang ni memang smart la.. tapi sayang, anak2 tak minat.

Hahaha.. bukti ok. bukti yang saya dah sampai dan jumpa uncle ni. Kalo anda pergi kandang dia, tanya siapa budak yang ambil gambar bawah kandang.

Lawatan terbanyak dalam 3 4 hari. Pecah rekod peribadi. Hahaha.


Kesimpulan daripada lawatan penternak sini banyak duit, tanah banyak, senang2 je buat projek kambing, tapi kurang ilmu mengenai penternakan. Dari segi pengurusan makanan & ternakan, kebajikan pekerja & ternakan, struktur design kandang yang kurang sesuai. Macam2 la. Ada pakcik tu, ubat main cucuk je. Bahaya2. Pekerja macam kena dera. Ada 1 kandang, 2 orang pekerja, kena jaga kandang kambing, reban ayam, reban itik & sebelah malamnya sangkar ikan. Siap bagi makan beras hancur tu, yang hanya layak diberi kepada ayam. Penternak kambing Sarawak perlu diberi pendedahan yang lebih.

Penternak Semenanjung kaya dengan ilmuan & karyawan ternakan kambing, tetapi sumber makanan terhad, kawasan terhad. Penternak Sarawak plak, kaya dengan sumber makanan, sepanjang jalan ada, byproduct banyak, tanah pun luas, lagi2 yang dapat tanah NCR, murah plak tu tanah dekat sini, 1 ekar belas2 ribu je, tapi hanya untuk orang Sarawak & mereka yang berkahwin dengan orang Sarawak. Cuma mereka kurang ilmuan & karyawan ternak. Kursus pun jarang. Di Semenanjung banyak kursus penternakan kambing ni, JPV, MJ FATONAH, ARB, UPM dan banyak lagi yang agensi kerajaan anjurkan mahupun swasta (promote ni, faham2 la... hahahah), tapi di Sarawak, last saya jumpa tahun lepas, dianjurkan UPM, minta nota, sampai ke sudah tak bagi. Hampeh...

Insya Allah, memandangkan saya kerja di Sarawak, saya nak minta transfer ke Kuching, sama2 buat projek kambing dengan WB Farm. Nak balik kampung pun senang, Kuching direct ke Penang. Apa pun, terima kasih kerana menanti artikel blog saya yang sememangnya panjang lebar. Lepas ni artikel nak belanja gambar2 di WB Farm plak, diikuti Gambar2 semasa Perkampungan Pembiak Baka Kambing & Penubuhan IGFA (Independent Goat Farmers Association) di U10 Agro Sdn Berhad, Kundang Ulu, Ledang, JDT. Nak tahu, kena la tunggu lagi... 2 bulan punya traveling, blog pun bersawang. Hahaha. Sekian, terima kasih. 


Blog saya dah ditambah Facebook Comment, lebih mudah komen kalau anda sedang online Facebook. Belanja la sikit blog ni dalam wall tuan-tuan. Hehehe.

Assalamualaikum & have a nice day. ^___^

16 comments:

  1. sgt menarik sekali....
    yg x biasa tgk part longkang tu
    sgt bsistem...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. memang menarik.. tu yg turun bawah ambik gambo tu.. bertingkat2..

      Delete
  2. thanks for this post mr Don. very informative. banyak travel sekarang ye? Luaslah pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem prof. cuma panjang sangat plak bila masuk gambar. hahaha.

      2 3 bulan ni je banyak travel. alhamdulillah, bnyak input & pengalaman.

      Delete
  3. Alhamdulillah, ada org yang murah hati berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai industri penternakan kambing. TQVM. Semoga industri ini berkembang pesat! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan. bagi saya, tak rugi kongsi ilmu & pengalaman malah makin bertambah. insya Allah, semoga usaha saya yang kecil ni dapat membantu industri ternakan kambing untuk berkembang dengan lebih pesat.

      Delete
  4. Saya berminat untuk OJT di ladang anda kalau ada sudah membuka ladang di kuching.
    Saya ingin menuntut ilmu penternakan ini tetapi tidak pasti dimana di kuching ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu. tuan boleh bertanya dengan En Mala, WB Farm. 012-8535382. Kandang di jalan nak ke kampung budaya.

      Delete
  5. assalam tuan..saya berminat untuk melawat kandang uncle lim di Bau..boleh tuan bagi alamat penuh..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. x pasti alamat penuh. tp x jauh sgt dari stesen bas kuching.

      Delete
  6. Replies
    1. Assalamualaikum.. Kmk mok nanyak dekat area miri n bintulu ada x kandang2 kambing..? Or org ternak kambing.. Kmk nak meli kambing..

      Delete
    2. Mfazdwan Zaini... mok meli kambing? Contact kamek.. Muhammad Afgrofarmgoat Enterprise.. (Zie ...01119687229) Miri.

      Delete
  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.co
    Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays

    Wassalam

    ReplyDelete

Facebook