Sunday, April 1, 2012

Bermulanya Projek Kambing Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

saya memulakan projek kambing ini dengan membeli 4 ekor kambing kampung pada bulan Mac 2012. Seekor induk dengan seekor anak jantan, seekor induk bunting dan seekor dara. Minggu berikutnya saya membeli lagi seekor dara.

 Suasana dalam kandang. Lantai bersimen ala kadar. Garam jilat digantung. Pelepah sawit jadi habuan.

 Ibu dan anak jantannya (berloceng, ting ting waktu dia berlari-lari...) (Big Mama & Jali)

 Ibu bunting (Maria)

 Dara 1st (Bintik)


 Dara 2nd (Cik Bong)


kandang dibina oleh saya sendiri, ukuran lebih kurang 9 kaki x 9 kaki. kandang menggunakan kayu-kayu pellet kilang yang dikutip di kawasan kilang dan tapak pembuangan. bumbung menggunakan plastik yang dibuang. modal yang dikeluarkan adalah modal paku, minyak kereta cari kayu pellet sahaja.


 Kandang Binaan Sendiri (Hasil dari kayu pellet kilang dan bahan-bahan buangan)


 Inilah saya, sedang mengaut emas hitam...


 Bintik memang suka kunyah jari, kunyah seluar dan gigit tangan serta belakang badan (time berpeluh tak berbaju)

7 comments:

  1. Bestnya! Saya berminat sangat nk bela kambing. Tp nk buat kandang tu susah sikit sbb sy perempuan.

    ReplyDelete
  2. Bestnya! Saya berminat sangat nk bela kambing. Tp nk buat kandang tu susah sikit sbb sy perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak berminat ye. kandang boleh minta orang tolong buatkan. yang simple2 je dulu. hehe

      Delete
  3. Bminat tpi x dak tanah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf. baru perasan. takda tanah x jadi masalah. boleh sewa. cari tuan2 kelapa sawit atau dusun buah. minta tumpang buat kandang. offer la baja organik free. jaga kebun atau buat pagar tanah dia. insya Allah.

      Delete
  4. saya baru memulakan ternakan biri2 'kampung', dari hujung tahun 2012 lepas secara part time.. start 1 induk jantan, 1 betina dan seekor anak betina.. bulan september 2014 ni dah jadi 17 ekor. baru berhajat nak buat kandang sebab bila bilangan dah banyak macam2 masalah timbul. -amri gua musang-

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. terbaik tu.. dari 3 jadi 14 ekor.. mantap.. biri2 kandang tanah pun takpa awal2 ni. asalkan kering & rajin bersihkan.

      Delete

Facebook