Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam misi mencari
kisah gembala kambing Nabi Ibrahim A.S, saya banyak menjumpai kisah-kisah
pengembala dalam Bible. Pengembala adalah mereka yang merawat, memberi makan
dan menjaga kawanan biri-biri. Selalu disebut didalam Bible. Perkataan
Pengembala dalam Hebrew, Old Testament disebut raw-aw, dalam Greek, New
Testament disebut poy-main. Dalam Inggeris kadang kala digunakan pastor. [2]
Dalam bahasa Arab disebut Ar-Ra’i, boleh guna
Google Translate untuk dapatkan perkataan arabnya. Dalam hadith Nabi Muhammad
S.A.W, baginda ada menggunakan perkataan gembala. Antara hadith yang mahsyur
adalah hadith “Setiap kamu adalah pengembala dan setiap kamu diminta
bertanggungjawab keatas gembalaannya..” yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan
Muslim.
Berbalik kepada kisah pengembala dalam Bible. Mungkin ada
dari kalangan tuan-tuan akan melenting, kenapa tidak dikaji Al-Qur’an? Saya cuma
ingin berkongsi, hasil penemuan dalam misi mencari kisah-kisah para Nabi yang
menjadi pengembala. Hasil penemuan saya ini adalah rumusan daripada
sinopsis-sinopsis Bible dalam web-web berkenaan. Tidak dinafikan, isi kandungan
Al-Qur’an itu adalah mutlak, terbatal kitab-kitab sebelumnya. Apa yang ada
dalam kitab sebelumnya, ada dalam Al-Qur’an. Menjadikan kitab Kalamullah ini satu
naskhah suci yang padat, lengkap dengan tersurat dan tersiratnya untuk umat
Nabi Muhammad S.A.W. Secara logiknya, supaya kita berpegang pada yang satu,
daripada yang satu ini kita bersatu menjadi ummah yang agung. Allahu akbar!
Di dalam Bible, kisah pengembala ini bermula dengan Cain
(Qabil) and Abel (Habil), Genesis 4:2. [1] Cain dan Abel
diperintahkan untuk berkorban dengan hasil usaha mereka, Cain dengan tanamannya
dan Abel dengan biri-birinya, dan. Biri-biri Abel diterima Tuhan, membuatkan Cain
cemburu lantas membunuh saudaranya itu. Maka berlakulah pembunuhan manusia atau
homicide pertama di atas muka bumi. Sama dengan kisah Habil dan Qabil.
Seterusnya adalah kisah Abraham
atau dalam Islam, Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini terdapat dalam Genesis
12:14-20, Abraham pergi ke Mesir bersama isterinya Sarai (Siti Sarah). [1] Firaun suka sangat dengan Sarai ni. Disebabkan dia suka, dia telah beri Abraham
biri-biri, lembu, unta, dan orang gaji. Rancangan firaun gagal apabila Tuhan
menghantar wabak kepadanya dan rancangan telah diketahui ramai. Disebabkan itu,
firaun telah menghalau mereka. Dan ini menjadikan Abraham kaya raya dengan
ternakan yang diperoleh daripada firaun itu.
Namun begitu, apa yang saya baca mengenai Nabi Ibrahim A.S, tidak pula disebut firaun memberi biri-biri, tetapi hanya memberi Siti Hajar. [4] Ini kerana setiap kali firaun cuba memperkosa Siti Sarah, dia akan menjadi kaku. Jadi dia mula sedar baginda bukan calang-calang orang. Di sini kita perlu kaji lagi, banyakkan membaca sirah-sirah para anbiya’.
Namun begitu, apa yang saya baca mengenai Nabi Ibrahim A.S, tidak pula disebut firaun memberi biri-biri, tetapi hanya memberi Siti Hajar. [4] Ini kerana setiap kali firaun cuba memperkosa Siti Sarah, dia akan menjadi kaku. Jadi dia mula sedar baginda bukan calang-calang orang. Di sini kita perlu kaji lagi, banyakkan membaca sirah-sirah para anbiya’.
Dan antara pengembala lain yang top dalam Bible adalah Jacob;
Genesis 30:31 (Nabi Yaakob A.S),
Rachel; Genesis 29:9 (Rahil, isteri
Nabi Yaakob A.S), Moses; Exodus 3:1
(Nabi Musa A.S), David; Psalm 23:1-6
(Nabi Daud) dan Yeshua; Jesus (Nabi Isa A.S). [1][2][3] Terdapat banyak lagi nama yang
disebut dalam Bible berkait dengan pengembala. Saya menyatakan nama para Nabi
dan Rahil dalam kurungan untuk memberi gambaran kepada tuan-tuan siapakah
mereka dalam Islam.
Kita perlu banyak membaca dan mengkaji sirah para Nabi kita
ini. Rasul ada 315 orang dan Nabi ada 124,000 orang. Yang wajib kita ketahui 25
orang. Dan daripada 25 orang ini, 5 orang adalah Ulul Azmi iaitu Nabi Nuh A.S, Nabi
Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S.Nabi Isa A.S, dan Nabi Muhammad S.A.W.
Dari Abu Hurairah R.A : Nabi S.A.W bersabda, “Allah
tidak mengutus seorang Nabi melainkan orang itu pengembala kambing”. Para
sahabat bertanya, ‘Dan anda sendiri bagaimana?’ Jawab Nabi S.A.W, “Ya, aku pernah gembala kambing orang Mekah
dengan (upah) beberapa qirath (nama mata wang lama)”
Sekian sahaja daripada saya. Semoga apa yang saya kongsikan
dalam artikel kali ini dapat membuka mata dan minda kita, untuk mencari, menggali
lebih dalam supaya kita dapat mengenali dengan lebih mendalam para Rasul dan
Nabi kita. Ada hikmahnya mereka diangkat menjadi Rasul dari kalangan pengembala
kambing/biri-biri. Wallahu a’lam. Mohon pembetulan jika saya salah. Terima kasih. Salam ukhuwah fillah.
Rujukan:
1. 2pi.info, The Shepherd: Bible Usage, http://www.2pi.info/bible/studies/ShepherdStudy/view.html
2. Wayne Blank, Shepherds, http://www.keyway.ca/htm2000/20000719.htm
3. Yahoo! Answers, Who were some famous biblical shepherds?, http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20090218204031AAr4Rwd
4. Wikipedia, Hajar, http://id.wikipedia.org/wiki/Hajar
Rujukan:
1. 2pi.info, The Shepherd: Bible Usage, http://www.2pi.info/bible/studies/ShepherdStudy/view.html
2. Wayne Blank, Shepherds, http://www.keyway.ca/htm2000/20000719.htm
3. Yahoo! Answers, Who were some famous biblical shepherds?, http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20090218204031AAr4Rwd
4. Wikipedia, Hajar, http://id.wikipedia.org/wiki/Hajar
Pengembala kan? Bukan penternak..
ReplyDeleteAnd all of us should enter deep thought..
Hati2 quote dari sumber tak authentic ni. Dah ditambah2 dan diubah tangan manusia. Takut kita dapat saham sebar fitnah sama.
ReplyDeleteProf Alwi, banyak sebut pengembala. even Rasulullah pun sebut dalam hadith-hadithnya. penternak bukan pengembala, tetapi pengembala adalah penternak.
ReplyDeleteakhi fairul, saya telah letak citation untuk maklumat-maklumat yang saya peroleh. sebagai rujukan, supaya ada bukti yang saya tidak mereka-mereka cerita yang akan mendatangkan fitnah. walau bagaimanapun, ianya masih diragukan kerana Bible yang ada sekarang bukanlah kitab Injil yang original. tapi saya tak dapat la nak ikut sistem APA, untuk citation ni. hehe
Saya tertarik dengan ayat hadis yang terakhir itu...saya minta izin untuk berkongsi yer...dan berharapa ianya hadis sohih
ReplyDeleteSaya tertarik dengan ayat hadis yang terakhir itu...saya minta izin untuk berkongsi yer...dan berharapa ianya hadis sohih
ReplyDeletesilakan tuan. insya Allah, hadith ini hadith sohih.
ReplyDeleteAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.