Monday, March 4, 2013

Kelahiran Anak Kambing Berbondon-bondon


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya pasti tuan-tuan penternak sangat seronok bila kambing beranak, even yang tengok pun seronok sebab anak kambing comel. Kalau boleh, nak buat pet. Hahaha. Litter size adalah antara faktor kejayaan terhadap kejayaan sesuatu kandang. Kalau dok beranak seekor demi seekor, macam mana nak cashflow kencang, laju.

Untuk artikel kali ini, saya nak kongsi gambar je. Bagi bakor semangat. Projek Kambing Muda, lagi banyak anak kambing dilahirkan, lagi banyak la kambing muda yang akan dihasilkan.

Dara biasa beranak seekor, tapi saya ada dara yang beranak kembar dua. Litter size ni bergantung kepada banyak faktor.

Dara kembar 2, Polka dan Dot. Kambing saya ni. Biasa je. TWINS
Tapi seekor anak dia dah mati, Feb 2013, kesian. ;(

Kembar 3, TRIPLETS

Kembar 4, QUADRUPLETS


Kembar 5, QUINTUPLETS


Kembar 6, SEXTUPLETS


Kembar 7. SEPTUPLETS
Biri-biri pun boleh kembar 7??? SubhanAllah.

Bagaimana tuan-tuan, sahabat2 dan otai2 penternak. Nothing is impossible kalau kena caranya. Ada banyak cara nak tingkat litter size. Flushing, embryo transfer. Flushing paling mudah.

4 comments:

  1. kita boleh design kambing dan bebiri untuk dapatkan kadar kelahiran yang tinggi. cumanya excessive focus pada sesuatu trait akan mengorbankan trait lain. untuk very highly specific trait, input tinggi mesti dikeluarkan.

    kambing boleh dapat 8 anak. 9, 10, 11, 12..... tetapi input meninggi dan meninggi. hukum pulangan berkurangan.

    dan high input husbandry menghilangkan freedom kita sebagai pembiak. sebab tu semua anbiya' pengamal low input husbandry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu prof, bila kita fokus pada 1 trait, akan ada trait yang kita terlepas pandang. yang akan mengurangkan kualiti trait yang kita fokuskan tu.

      macam saya cakap, "Projek Kambing Muda, lagi banyak anak kambing dilahirkan, lagi banyak la kambing muda yang akan dihasilkan." ada banyak cara untuk dapatkan kelahiran yang banyak. contoh, induk dara yang beranak kembar, ada satu program pembiakan di luar negara, akan dimasukkan dalam golongan elite. kita dah dapat extra seekor. kalo kembar 3 4 5 6 tu, kalo tak fokus pada trait pun, akan dapat, jika makanan cukup, umur kambing yang matang dan sebagainya. tapi, lagi banyak kembar, lagi tinggi risiko kematian, lagi tinggi kos untuk support. kena bottle feeding. renyah!

      gambar2 ni menunjukkan kemampuan kambing tu kalo kena caranya. tapi kita kena aware apa akan berlaku di masa hadapan. kos susu, kos antibiotik nak bagi anak kambing kuat dll. risiko kematian, biasa yang bongsu. dia dah la kecik, kena berebut susu dengan abang long, kena lanyak la jawabnya. biar litter size 2/3 tapi kita tak parak. survival tinggi. kos tak keluar banyak sebab anak cukup nyusu dari ibu. dah cut cost susu untuk 2 3 bulan. antibiotik ke, ubat cacing ke, bagi pada ibu cukup, anak kambing akan dapat melalui susu dia. lagi jimat. wang jimat, khasiat hebat! pilihlah jus Tok Guru. hehehe.

      Delete
  2. Mr Don Capra Hircus dijemput hadir ke AGM persatuan pembiak kambing malaysia pada 31hb ini, dan mendaftar menjadi ahli persatuan. Dipersilakan!

    ReplyDelete
  3. saya tak dapat hadir la prof. tapi saya akan mendaftar. terima kasih di atas jemputan. hehehe.

    ReplyDelete

Facebook