Tuesday, November 26, 2019

Projek Kambing Muda - Blog Info Ternak Kambing

Projek Kambing Muda - Blog Info Ternak Kambing

Info Ternak ini sebenarnya evergreen. Boleh diguna pakai sehingga bila-bila. 99% tak akan berubah.

Contoh, kambing bunting 150-155 hari. Tahun 2050 pun macam tu, melainkan ada kejuruteraan genetik yang mengubahnya.

Kambing itu ruminan. Ada 4 bahagian perut. Rumen, retikulum, omasum, abomasum. Dia tak akan jadi pseudoruminan.

Makanan utama kambing tetap juga hijauan yang mengandungi fiber. Rumen akan berfungsi dengan baik sekiranya fiber cukup dalam diet harian.

Saya akan hidupkan semula blog ini dengan maklumat yang fresh. Saya akan kongsikan ilmu-ilmu ruminan daripada pengalaman dan juga perkongsian rakan ternak.

Saya sekarang menternak biri-biri di Tasek Gelugor Penang. Sekian.

Thursday, January 12, 2017

Fenomena Azolla Sebagai Makanan Kambing



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Azolla. Semakin dikenali ramai terutama di kalangan penternak. Tetapi sejauh mana azolla dapat menampung keperluan makanan ternakan seharian seperti kambing?

Adakah dengan rule 10% daripada berat badan kambing, atau rule 2% dry matter, diberi makan azolla, dapat menampung keperluan seharian kambing tersebut? Atau azolla ini bertindak sebagai supplement?

Azolla adalah tumbuhan yang sangat produktif. Ianya akan berganda dalam masa 3-10 hari sahaja bergantung kepada keadaan. Ianya dapat mencecah 8-10 tan segar per hektar. (Feedipedia). Azolla adalah tumbuhan air. Jadi kandungan airnya sangat tinggi. Dry matter hanya 5-7% sahaja (Feedipedia). Sekiranya kita ada 100kg segar, kita hanya akan dapat 5-7kg kering.

Cubaan pemberian azolla kepada kambing di India (Feedipedia):

Anak kambing Osmanabadi, umur 3 bulan. Konsentrat diganti dengan 15 atau 25% azolla kering. Pemberian 15% menunjukkan peningkatan prestasi walaupun ianya menekan penghadaman nutrient.
Ghodake et al., 2012


Kambing Osmanabadi

Kambing Black Bengal. Konsentrat diganti dengan azolla kering sehingga 50%. Pemberian 20% hanya mengekalkan pertumbuhan tanpa kesan nyata. Pemberian 50% menyebabkan CIRIT. Tamang et al., 1993

Tetapi, pemberian azolla kepada ayam menunjukkan keputusan yang agak baik. 4.5% azolla dalam diet ayam pedaging mengurangkan kolestrol dalam serum dan daging. Tetapi tiada kesan nyata terhadap prestasi. Balaji et al., 2009; Balaji et al., 2010

Menggantikan konsentrat kambing 20% tiada kesan, jika 50% menyebabkan cirit. Jadi, sekiranya azolla bagus untuk kambing, berapa % yang sesuai? Dan yang pastinya azolla hanya boleh dibuat sebagai supplement saja. Jika saya, saya pilih daun petai belalang untuk digantikan dengan konsentrat. Kerana ianya kaya asid amino dan lebih digemari oleh kambing.

Sekian. Terima kasih.

Friday, October 14, 2016

4 Jenis Rumput Tropika Paling Tahan Teduhan



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Banyak rumput yang kita lihat, ditanam di kawasan lapang, terbuka. Untuk mendapatkan sinaran matahari yang maksima.

Tapi ada ke rumput yang boleh hidup di kawasan redup, bawah pokok, di bawah teduhan pokok-pokok besar?

Ya, ada yang boleh hidup bawah teduhan & tahan naungan.

4 jenis rumput yang paling tahan teduhan adalah:

1. Panicum maximum

2. P. maximum cv. Tanganyika
3. Digitaria setivalva

4. Brachiaria decumbens


4 jenis rumput ini adalah hasil kajian CC Wong, H. Rahim dan M.A Mohd Sharudin, dengan tajuk kertas kajian mereka, Shade Tolerance Potential of Some Tropical Forages For Integration with Plantations.

4 jenis rumput ini adalah daripada 12 jenis rumput yang dikaji. 12 rumput tersebut adalah:

1. Axonopus compressus (Sw.) Beauv. RUMPUT KARPET
2. B rachiaria decumbens Stapf . RUMPUT SIGNAL
3. Brachiaria ruziziensis Germain & Evrard . RUMPUT CONGO.
4. Digitaria setivalva Stent. RUMPUT DIGIT MARDI
5. Digitaria decumbens cv. Transvala (Stent) RUMPUT TRANSVALA DIGIT
6. Ottochloa nodosa (Ktnth) Dandy RUMPUT PAHIT

7. Panicum maximum var. trichoglume (Eyles) RUMPUT PANIC
8. Panicum maximum lacq. RUMPUT GUINEA
9. Panicum maximum cv. Tansanvika RUMPUT GUINES TANGANYIKA
10. Paspalum conjugatum Berg. RUMPUT TEE
11. Setaria sphacelata var. sericea cv.  Kazungula (Schumach) Stapf. & C.E. Hubb RUMPUT SETARIA KAZUNGULA

12. Setaria sphacelata var. splendida (Stapf.) RUMPUT SETARIA SPLENDIDA


Ranking:
56% Cahaya
1- Tanganyika guinea
2- Common guinea
3- MARDI digit
4- Green panic
5- Signal grass

34% Cahaya
1- Common guinea
2- Tanganyika guinea
3- Green panic
4- Rumput pahit
5- MARDI digit

18% Cahaya
1- Tanganyika guinea
2- Green panic
3- Common guinea
4- Carpet grass
5- Signal grass

Rumput pahit tu, ada banyak tumbuh bawah pokok sawit. Boleh p cari tengok. Kambing pun suka makan, naik pun cepat. Cumanya, kadar nutrisi tak berapa pasti. Kalau buat silaj cantik tu. Hehehe.

Sekian saja perkongsian pasal rumput. Boleh la cari benih rumput untuk ditanam di kawasan teduhan jika tiada kawasan lapang. Yang penting, penjagaan kena betul, waktu tuai kena cantik. Baru dapat maksimumkan zat rumput tu. Terima kasih.












Facebook