Sunday, September 2, 2012

Status Terkini Kandang Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entry ini berkaitan dengan status terkini kambing-kambing saya setakat cuti raya hari tu.

 Inilah keluarga besar kambing-kambing saya. belum termasuk 6 ekor yang baru beli. Black sedang makan. Cik Bong, duduk atas plywood sebelah kanan, bunting rasanya. Jali & Awang Kecik yang dah besar. Atas pelepah sawit ni, seekor ibu, 2 anak betina, beli sekali dengan Black. besar juga ibu ni. Ini dalam kandang sementara.

  
Kandang sementara. Kandang baru dalam proses. Sebab apa?? Tengok gambar bawah.

 TADAA!! kandang yang dah tak berapa nak kandang. takda tukang kat rumah, macam ni la jadinya lepas 4 bulan. haha. ni tak ambik beberapa hari lepas tu, lagi teruk. senget sana sini sebab hujan, lembu langgar tiang lagi.

 
 Yang ni adalah kambing-kambing yang baru dibeli. dekat pintu ibu dengan anak betina. dekat tiang, ibu dengan anak kecik yang duduk atas kayu tu. cari la kalau jumpa. haha. dan jantan seekor, habuan korban raya haji, sebab saya dah ada pejantan Black. beli kambing-kambing ni sebab tuan dia dah taknak bela.

ini adalah gambar lebih jelas untuk jantan tu. ada yang berkenan? harga tuan tu letak, RM750. boleh korban dah. saya tolak RM750 gak. datang ambil sendiri. 0194513061. kalau tak, saya nak buat korban je ni raya haji ni. fuh, kambing BBQ...

 Ini seekor lagi betina yang sedang bunting, geng kambing-kambing di atas. yang bertali tu ye. yang mata bercahaya tu, satu kapal dengan Black. Ibu beranak 2. jadi, jumlah kambing dalam kandang saya, 6+4+6=16 ekor semuanya.

Proses Pembinaan Kandang Baru


Mak (baju biru) mandor projek kandang baru sedang memantau. haha.

Setelah dinaikkan tiang.

Rangka penuh. setakat ini sahaja yang saya dapat tengok.

Kayu-kayu yang dibeli.

Bata dan pasir. pasir untuk lantai atas tanah.

Design tiang kandang. guna skru.




Setakat ini sahaja gambar yang saya dapat tunjuk. adik kata bumbung dah naik. tengah bulan akan diupdate lagi gambar-gambar seterusnya. sekian, terima kasih.

23 comments:

  1. Malam2 pun update blog. Kemaruk kambing ni

    ReplyDelete
  2. hahaha. tadi pergi CC, tunggu kawan. sambil-sambil tu, update dulu. kemaruk memang kemaruk.

    ReplyDelete
  3. tak pe kemaruk kambing,jangan kemaruk banda lain yang menyusahkan udah le.Nak-nak duk kat Pedalaman Sarawak.haha..kira besar jugakla kambing kampung bro tu.Nak bandingkan dengan aku punya masa mula beli sekandang kecik je.Kira bagusla untuk bro sebab induk dah besar,senang nak kacuk dengan Pejantan besar sikit.Ubat cacing ada bagi tak bro..aku asalnya tak nak guna ubat cacing tapi atas nasihat Tuan ALwi,sebab aku banyak beli kambing baru dari berlainan kandang..kira top up sikit2 la,so kena buat program penyahcacingan untuk semua kambing tu.Sekarang aku bagi ubat cacing Chan Broad Spectrum dari Lazuli..4bulan sekali..1ml untuk 10kg..setakat ni okla..takde tanda kecacingan pada kambing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko biar betul ni. Seingat aku 5ml untuk 10kg.

      Delete
    2. haha..maaf salah le..btul kata tuan Fairul 5ml untuk 10kg..baru 4bulan tak buat deworming dah lupe..ape daa..:-)

      Delete
    3. Kawin cepat tuan. Haha. Belum kawen dah lupa. :)

      Delete
    4. saya tak reti nak pakai ubat ni. maklum la, tuan kambing pun tak reti nak makan ubat, ni kan plak kambing-kambingnya. haha. rawat puru pada anak kambing pun saya pakai minyak masak dah pakai. alhamdulillah, 3-4 kali sapu minyak masak, puru di mulut & muka, jadi keputihan, macam mereput, pastu dia luruh sendiri. barulah anak kambing dapat menikmati susu emaknya. tak percaya, tanya si Jali tu. dia la yang berpuru tu.

      Delete
    5. Terima ksih tuan fairul..mmg tahun dpan slewat2nya kne kahwin dh aku nih..doa2 knla aku mndpt isteri yg solehah.:-)..puru mmg seng je nak atasi..kutil je puru tu,smpai brdrah pun xpe..tak bubuh ubat pun tak pe..tuan alwi punya style nih.aku buat mmg ok.hehe

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
    7. Rabbana Hablana min azwajina wa zurriyatina kurrata 'ayun wa ja 'alna lil muttaqina imama

      Tuhan kami, kurniakan kami isteri dan zuriat yang menjadi penyejuk mata dan jadikan lah kami pemimpin orang bertakwa.

      Amalkan lepas solat fardhu tuan. Semoga makbul doa ni, doa dari al quran nul karim

      Delete
    8. Alhamdulillah,syukran tuan..insyaallah ana akan amalkan...:-)

      Delete
  4. kemaruk benda lain naya je nanti. takda la pedalaman sangat, pekan kecik lagi ni. yap, besar jugak la. yang paling besar betina, anak 2 ekor tu, dan ibu pada Jali. senang sket projek kambing besar. haha. ubat cacing tak penah bagi, cuma penah bagi air yang dicampur bawang putih je. sebab hari tu tengok ada cacing warna putih pada tinja dia. Alhamdulillah, ok la. kalo boleh taknak pakai ubat kimia, nak tradisional je. organik. haha. buah pinang pun boleh rawat cacing gak. ada baca, bahan dalam pinang, ada dalam semua ubat cacing kimia. kalo vaksin, boleh bagi daun mambu, banyak orang india tanam. orang kampung kata neem. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bawang putih boleh dijadikan natural dewormer bro,bagus idea tue..tp hrga bwang putih agak mahal,Rm8 sekilo rasanya.Berapa dos yang diperlukan untuk singkirkn semua cacing tak diketahui n berapa kerap perlu diberi.Mungkin bro boleh bt kajian ni nanti.Haha..Daun semambu memang bagus untuk cirit birit tak silap aku.Bunga Kantan pun boleh dijadikan ubat selesema,kiranya byk kegunaan dari pokok tempatan cuma jarang digunakan sebab samaada tak tahu atau takut ada side effect.

      Delete
    2. Neem ni buat ubat halau parasit luar macam kutu dan hama untuk kambing. Aku pun tengah cari benih ni.

      Delete
    3. Syok juaga makin ramai bela kambing dari orang muda ni. Rajin2 la lawat blog lain.

      Delete
  5. haha. nak buat kajian tu yang lambat tu, orang2 degree teknologi makanan ternakan takda ke nak buat? daripada simpan buat hiasa degree tu, baik p kaji herba-herba tempatan untuk ternakan tempatan.

    semua info herba ni pun, banyak godek internet je. hehe. banyak lagi tumbuhan herba yang boleh digunakan dalam penternakan. daun jambu bantu untuk cirit birit. macam-macam ada kat Malaysia ni.

    bro isal, bawang putih tu, kalo dapat proses jadi serbuk, boleh test sukatan dia. contoh, masukkan beberapa sudu dalam minuman ternakan. guna 5 ekor kambing yang bermasalah. seekor jadi kambing kawalan. yang lagi 4, 1 sudu, 2 sudu, 3 sudu, 4 sudu. tengok yang mana lagi cepat baik, atau dos berkesan. lebih kurang macam tu la agaknya.

    neem boleh halau parasit jugak ye sifu fairul. baru tahu... hehe... dah berinteraksi dengan warga kambing ni, semakin semangat saya. senior-senior yang sedia berkongsi ilmu dan bertukar pendapat. kalau dari dulu ada macam ni, industri kambing Malaysia, boleh lawan la dengan kambing import. terutama daging beku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca post baru blog saya pasal semambu ni. Aku rasa kandungan condensed tannin tinggi dalam pokok ni.

      Delete
  6. Ko ni sedara ustaz don ke? Haha. Kirim salam kat dia. Macam ya je. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. mana ada... don ni banyak guna, don mafia, semangat don... hahaha.

      Delete
  7. Bagus semngat bro2 mengkaji kegunaan herba temapatan nih,cuma bak kata Tuan Alwi..untuk penternak baru kalau boleh jgn ambil risiko tinggi untuk bt kajian pada peringkat awal pnternakan.Bila dah stabil,bolehla start buat kajian..ada betulnya nasihat Tuan Alwi..sbb kita modal tak besar,kalau gagal disebabkan kajian yang kita jalankan..menangis tak berlagu jwabnya.tak gitu sahabat2...3-4 tahun lagi mungkin bolehlah kita bereksperimen,nak buat baka baru pun boleh..DOnpari n SaaDOn..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. saja test2 je... yang penting husbandry practice.. yang ni kalo tip top, tak payah ubat pun. macam kita juga. kita jaga makanan, jaga kebersihan, cukup senaman, nak jumpa doktor sekali setahun pun susah. insyaAllah, eksperimen kecik2 je. hehe. SaaDon ek, macam best je.... haha..

      Delete
    2. husbandry practice btul bro..itu mmg wajib kne buat,biar low input husbandry..tp bro kne amik kira hukum alam,"survival of the fittest" mknanya yg kuat shja akan hdup.Tapi utk kita pembiak kita tak boleh guna yg itu sbb kita perlu bantu yg lemah.Sebab Tok Guru aku(ALwi) kata dlm trnakan ada 3kelompok..10% top performer 70%median performer dan 20%low performer..dan 80% masa rawtn kita dhabiskn untk bantu yg 20% low performer tu..jagala sbaik mana skalipun 3kelompok ni mmg wajib ada.Macam2 penyakiit ada kambing nih..hehe

      Delete
    3. bro isal, kalo good low input husbandry practice (GLIHP) cara tak? hehehe. alwi goat style!

      Delete

Facebook