Friday, May 24, 2013

Rawatan Herba Untuk Mastitis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada artikel yang lepas, saya menceritakan mengenai ibu kambing saya yang kena mastitis. Kesian, tengok dia berjalan pun siksa je tengok.

Mastitis atau keradangan payudara (kambing) ini adalah disebabkan bakteria atau kecederaan. Banyak faktor lain yang menyumbang kepada kejadian mastitis ini. Daripada pengalaman saya, tanda-tanda kambing kena mastitis adalah udder menjadi besar, mengeras, dan berasa panas seperti demam.

Antara cara rawatan yang telah saya gunakan adalah memberi makan bawang putih dan menyuntik antibiotik. tak dapat nak bagi bawang putih banyak, mana mau nya dia. Disebabkan masa terhad, saya memilih untuk menyuntik antibiotik, yang warna putih tu. Apa ke nama antibiotik, saya tak tau. Bro Khairie yang tolong inject. Saya tak reti nak inject2 ni, bagi oral ke sapu ke, reti la.


Ada yang menyuruh perah sampai kering, mana ada masa nak duduk lama2 perah susu ibu tu. Dengan kambing lain kena mange lagi, perah sket je. Dari situ saya tau cara nak perah susu kambing, selalu tengok youtube je. Adik saya lagi expert, siot betul. Jadi saya serahkan tugas memerah susu kepada anak kambing tu sendiri.

Satu lagi cara yang disarankan adalah dengan memberinya pain killer. Saya tak bagi pun, mana nak cari pain killer tu, analgesic ada la. Saya sendiri pun tak rajin makan pain killer, ni plak nak bagi kambing. Hoho. 1 lagi petua, pakai minyak yuyi cap limau tu. Ni Pak Faisal punya recommendation. Try la bagi, mengelupur kawan tu, menendang2, sebab panas. Hahaha. kesian, terus tak bagi.

Last sekali saya mula cari pasal keradangan. HERBA untuk keradangan. Hasil dari pencarian saya, saya terfikirkan ramuan lotion yang saya tak sempat nak try. Resepi ramuan lotion yang saya cadang nak cuba tu adalah terdiri daripada: MINYAK SEMAMBU (NEEM) + HALIA + KUNYIT + BAWANG PUTIH + DAUN BUNGA RAYA.

Daun bunga raya akan jadi sebagai cold compress untuk soothing kan keradangan. Kan petua untuk demam, menyejukkan kepala kita. Ala2 cool fever. Tapi, sejuk sangat pun tak boleh, takut beku plak susu yang boleh pakai. Hot compress sambil urut, macam minyak yuyi tu pun berkesan juga agaknya, mengalirkan balik mana yang dah beku. Anyway, lepas ni saya prefer kepada cold compress je. Aloe vera pun bagus jugak untuk inflammation/keradangan ni. Cuma tak ada, daun bunga raya je la. hahaha.


Halia dan kunyit adalah antara herba terbaik untuk keradangan. Combination yang bagus. Air kunyit juga boleh jadi ubat untuk PINK EYE. Halia untuk BLOAT. Kunyit juga merupakan natural pain killer.


Minyak neem juga anti-inflammatory. Memandangkan ianya bentuk minyak, memudahkan lumuran diikuti dengan sedikit massage pada udder. Banyak lagi khasiat neem ni. Lain kali cerita. So, ramuan saya ni sempat dibuat, tapi tak sempat di apply. Hahaha.



Daun neem + daun asam jawa pun ok gak. jadi poultice untuk inflammation. Makan nenas dan betik juga dapat mengurangkan bengkak dan keradangan. Nenas mengandungi bromelain, betik mengandungi papain. Enzim inilah yang bertindak sebagai anti bengkak dan keradangan. Mesti yang segar ye.

Makanan yang tinggi flanovoid juga bagus untuk mengurangkan keradangan. Sawi antara yang tinggi flanovoid. Quercetin yang banyak dijumpai dalam bawang-bawang juga bagus untuk keradangan.

Dari segi pemakanan kambing, saya bercadang nak bagi bawang putih. dah bagi pun, siap celup dalam molasses lagi, yang kecik dia telan, yang besor dia luah balik. Hampeh betul kambing ni. Bawang putih merupakan antibiotik yang bagus dan juga antibakteria untuk bakteria yang menginap dalam udder kambing tu. Kenapa kita perlu suntik antibiotik setiap kali dia sakit, seperti ubat cacing, ada dewormer resistant, sama juga antibiotic resistant. Kenapa setiap kali pening kepala, kita perlu makan panadol? Mula2 sebijik berkesan, kemudian tak berkesan, makan 2 bijik. Kemudian 3. Itu maknanya wujud resistant. Jangan dok amal makan sebarang ubat bila sakit. Tahan dulu, cari ramuan tradisional. Orang dulu mana jumpa panadol. Jadi bawang putih sebagai solutionnya. Cuma nak bagi tu susah sikit. Ada juga cadangan nak buat garlic chips, potong nipis2, celup dalam molasses, jemur, gaul sekali dengan dedak. tapi tak sempat. Masa itu kesihatan kambing.



Ada beberapa resepi kalo nak bagi makan bawang putih ni. Antaranya, bawang putih + madu + serbuk cili. Madu juga antibakteria, dan serbuk cili menggandakan effect anti bakteria tu. Hehehe. Cuba la. Ada yang sapu butter pada bawang putih. Sedap katanya.

Supplement utama yang digunakan dalam merawat mastitis di luar negara adalah Echinacea. Immune booster dan melawan jangkitan. Tapi kat Malaysia ada ke ni? Nursery ada kot. Hehehe.



Untuk melawan Mastitis tanpa antibiotik ni, boleh baca di sini, Treating Mastitis Without Antibiotics. Dan untuk membaca khasiat dan kegunaan Semambu/Neem/Margosa, boleh baca di sini, Neem In Animal Health

Ramuan compress/poultice oversea: Comfrey, Calendula, Rosemary, Dandelion, Marshmallow root.

Artikel saya ni banyak saya ceduk sana sini, yang ramuan krim tu saya reka sendiri. Tapi belum try lagi. Hoho. Harap dapat membantu tuan-tuan mengurangkan kebergantungan dengan ubat-ubat (drugs) ni. Ada NGO di sesetengah negara menentang penggunaan antibiotik dalam penternakan. Kenapa? Kasi google la. Sekian, terima kasih.

Hari ini, seekor kambing bernama Awang, anak kelahiran sulong di kandang saya, selamat disembelih. Alhamdulillah. Lahir 14/15 April 2012. Berat 28 kg. Kacukan kampung. RIP Awang.

#lupa plak nak tambah, ada 1 lagi ubat tu, yang cucuk ikut puting. apa ke nama ubatnya. tengok, bila tak guna yang jenis drugs, nama pun tak ingat. hahaha.

4 comments:

  1. Don Jenal sememangnya pure organic breeder ni. Kalah aku. Jalan yang dipilih ni memang jalan yang bukan senang. Good luck to you!

    Semoga perjalanan dan pengalaman penggunaan herba Don Jenal mendatangkan manfaat kepada kita semua.

    Ada satu company jual herbal based medicine. Dr Shankar punya. Contact no dia ni aku dah hilang plak. Sori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. terima kasih prof. it is a long hard journey prof. prof belum kalah, saya belum menang. belum giliran saya lagi. hehe.

      insya Allah, saya kena test di kandang dulu dengan amalan herba saya, terutama dari segi combating worms, dah ada sikit2 bayangan ramuan herba untuk kecacingan. saya akan kaji sikit kandungan dalam drugs dewormer, bahan aktif apa yang bersifat anthelmintics, then compare dengan bahan aktif herba. terutama untuk melawan liver fluke dan tape worm.

      eventually saya akan jumpa company tu prof. hehehe.

      Delete
  2. Salam ust. don

    Baru tahu ust. Don ni hardcore kpd alternative medicine.

    Saya ada beberapa kawan dari oversea..myanmar..hahaha..seems like mereka ini sangat knowledgeable dlm ubat2 tradisional..seems legit sebab kat kampung diorg takde access utk ubat2 modern drugs ni..

    Lembu saya yg tertelan plastik pun pernah dirawat..jadi gemuk siap boleh jual utk daging lagi..pelbagai cara yang diguna hanya bergantung kpd tumbuhan2 yg ada di sekeliling..setakat luka berulat 3 hari je diorg pulihkan..mungkin saya boleh rekod cara perubatan diorg dan kongsi bersama..tapi saintifik explanation mcm ust. Don buat ni diorg takleh nak buat la..sebabnya ilmu di diperturunkan dari nenek moyang diorg lagi..diorg ikut je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam

      takda la hardcore sangat. cuma preder herbs dulu, tak boleh baru beralih kepada drugs & chemical. saya sendiri tak suka makan panadol, takkan nak bagi kambing drugs kot.

      ha.. cantik tu.. scientific explanation tu sebab dapat google, kalo tak, tak dapat la nak explain detail. hahaha.

      boleh la buat rekod, cara rawatan diorang. share2 dalam blog tu. nanti saya cari la logiknya cara rawatan yang diorang buat. Luka berulat 3 hari cara tradisional, kira power la tu. Tertelan plastik pun penting gak, kalo tak, lembu susah nak gemuk.

      saya tengah study combination ubat cacing. kurangnya, kita takda black walnut & wormwood. tapi kita ada buah pinang, biji betik, biji labu, bawang putih. insya Allah, coming soon.

      Delete

Facebook