Thursday, May 30, 2013

Selenium, Vitamin E & Copper untuk induk bunting, why?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya ni bila tulis, suka tulis berjela-jela. Komen pun kadang berjela. Tanya la Prof Alwi, selalu kena blog dia. Alwi Goat Farm. Bukan apa, menternak kambing ni telah menjadi minat saya. Kalau boleh, nak jadikan hobi. Apa hobi kamu? Hobi saya adalah mengembala kambing. Haa.. hobi baru tu. Bila saya dah naik kandang, jumpa kambing, tak ingat dah nak makan, tak ingat dah nak online2 ni. Tapi dahaga minum la. Badan kita 70% air kot.

Saya sukakan penggunaan herba, yakni ke arah penternakan organik. Saya memilih rawatan secara holistik, iaitu rawatan secara total, membetulkan kembali yang tak betul. Bukan setakat fokus kepada rawatan, hilangkan penyakit sahaja. Orang yang takda duit, akan stress. Cara rawatan, bagi duit untuk hilang stress. Tapi cara holistik, bagi kerja, dia dapat duit, dia dapat isi masa lapang, dia dapat jumpa kawan-kawan. Ada duit, ada kawan, ada aktiviti, hilanglah stress. Lebih kurang macam tu kot rawatan holistik ni. Hehehe. Hentam saja la

Sebenarnya, niat kali ni nak tulis sikit je, tapi intro pun dah dua perenggan. Hahaha. Jadi, teruskan kepada agenda kita pada kali ini, Selenium, Vitamin E & Copper untuk induk bunting. Sebagai breeder, kita nak kambing kita melahirkan anak yang sihat. 3 mineral ni adalah antara mineral yang penting untuk induk & anak kambing.

Selenium
Kita mula dari kekurangan selenium. Jadi kita akan tahu pentingnya selenium.

Kesan kekurangan selenium: Anak kambing lemah, lembik kaki, tak boleh bangun. Nak nyusu susah. Bantut. Imun badan tak kuat. Bulu tak cantik. Ibu susu kurang & boleh juga keguguran. Dahsyat kan? Saya ada anak kambing yang tak boleh bangun menyusu, kesian. dah RIP.

Mana nak dapat selenium? Saya cerita herba je la ye. Antara paling top, biji sawi atau mustard seed. Bawang putih dan halia pun ok. Rempah tumis macam cengkih, bunga lawang pun ada. Halba atau fenugreek pun ada. Halba ni boleh menambah susu, bagus tu. Tapi selenium ni tak boleh banyak, toksik! Kalau bagi dalam bentuk herba, dicampur dengan herba lain, cun. Sebab ada herba yang akan menaikkan sifat herba yang lain. Bila guna herba, ia tak fokus kepada 1 benda je, tetapi secara total. Kita dapat benefit lain untuk jangka masa panjang.



Vitamin E
Kesan kekurangan vitamin E: Lebih kurang macam selenium, sebab vitamin E & selenium ni boleh kata partner, tag team terbaik dalam melawan penyakit “White muscle”, ala2 penyakit lumpuh la. Otot lemah dan sebagainya.

Herbanya? Biji bunga matahari atau sunflower seeds. Kaya dengan vitamin E, kaya juga selenium. Best. Serbuk cili pun kaya dengan vitamin E, ada berani bagi kambing? Hehehe. Serbuk kari pun ada. Cengkih pun ok. Jintan putih, kunyit. Banyak sebenarnya. Hehehe.


Copper
Kesan kekurangan Copper: Anak yang lahir lembik, lemah. Tak kuat. Ala2 parkinson. macam2 kurang. Bulu tak cantik, anemia. Anak bantut. Kalo induk, susu kurang, jantan kurang subur. Lebih kurang sama je dengan Vitamin E & Selenium. Kalo dalam WWE, vitamin E & selenium ni tag team, & copper ni orang yang dok tepi tu, tolong pukul curi. Hahaha.

Antara herba yang mengandungi copper adalah halba, jintan manis, biji labu, tomato kering, sunflower seeds. Nampak? Ada yang kita dok makan hari2, sebab tu power. Biji labu tu, natural anthelmintics, bagus dalam melawan tapeworm. Copper ni pun tak boleh banyak, toksik!

........................

Vitamin, trace mineral lain juga penting. Herba banyak, macam mana nak bagi, buat dalam bentuk serbuk, sama ada masukkan dalam kapsul, atau tabur dalam dedak. Atau boleh buat herbal molasses block, sedap sket nak makan herba-herba ni. Atau buat dalam bentuk teh. Fuh.. orang pun boleh minum. Jadi herba untuk hari ini adalah FENUGREEK atau HALBA. Antara kebaikan herba adalah memudahkan beranak, membanyakkan susu, dan membesarkan udder. Boleh la try bagi lepas ni. ^___^

7 comments:

  1. Salam ust don.

    Saya pernah alami kelahiran anak kambing yg lembik, kurang ceria dsb.

    Selalu jadi masa saya jaga kambing jamnapari bos saya dulu. Induk pun masalah, seminggu lepas beranak, susu jadi kering. Bila baca entry ni. Saya yakin sebab kekurangan elemen2 yg ust don cakap ni. Sebabnya kambing jamnapari ni tak turun meragut walau pintu kandang terbuka luas. Bila digembala keluar, asyik termenung, tak nak meragut. Lain sungguh dengan kambing kampung. Alhamdulillah semua sehat2.

    Teringat pembacaan saya, kalau tak silap kekurangan elemen di atas ni juga boleh menyebabkan toxemia dan ketosis kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam amigos el cabras

      walaupun pengambilan yang diperlukan sedikit, tapi memainkan peranan penting. Kambing yang tak pernah turun, dia jadi macam kera sumbang bila turun. Kena ajar, kena letak sekali dengan kambing yang biasa turun. Slow2 dia akan ikut. Kambing kampung hebat, dok dalam kandang lama pun, dia nak berjalan gak. Sifat semulajadi. Kalo dari kecik dah dok dalam kandang, susah la.

      dari yang saya baca, pregnancy toxemia @ ketosis ni, berpunca daripada terlebihnya ketone dalam darah.

      Sebelum beranak, induk tak dapat kalori yang cukup sebab lemak & fetus yang besar. Jadi, disebabkan induk perlukan kalori, sangat2 perlu, maka berlaku proses mencairkan lemak dalam badan. Namun begitu, kaedah ni tak sempurna, menyebabkan ketone tertinggal.

      Ini lebih kepada pemakanan seimbang, kambing pun perlu diet seimbang. Kalori cukup, baru badan berfungsi dengan baik. Bila kalori dari makanan tak cukup, baru dia tarik dari lemak. Kambing saya tak reti makan dedak, jadi dok makan jerami je. Jarang lepas, jadi kurus. Dia keguguran, zat tak cukup nak tampung dia & anak dalam perut.

      Delete
  2. sapa yang dok buat animal feed atau garam jilat bahagian ni lah yang pening, macam mana nak kasi balance nutrien dengan antinutrien, vitamin dengan antivitamin, mineral uploader dengan mineral downloader, haha pening..

    foraj segar senang - takde pening pening. cantik balance semua. subhanallah.

    mmm.. jerami memang poor quality roughage, kena upgrade guna EM. tapi... kena dedak juga. banyak kerja ni. tahan juga kambing tu tak dapat fresh forage ye


    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pening prof. mana yang boleh lebih, kena lebih, tak boleh lebih, tak boleh kurang. setakat tengok google pun belum tentu boleh. hahaha.

      forage segar + jalan = kambing sihat. hehehe. yang makan jerami dah RIP dah prof, ayahanda di perantauan, kurang kasih sayang, bila balik, tak dapat diselamatkan. kesian.

      Delete
  3. Salam. Sy br ternak kmbig. Sy ada pelihara kambing bunting sekor. Apa makanan yg terbaik blh d bg utk membantu memelihara kesihatan ibu dan kandngnya. Ada mknn yg dia x blh makan ke sms bunting ni. Kmbig ni semua benda yg sy bg semua d mknnya. Daun manggis, daun nangka, daun tebu. daun dan buah rambtan pling dia sk. Siap mkn skali dgn ranting2 skali. Rsau pulak mkn bnyk2 nnt skit perut plak.

    ReplyDelete

  4. PINJAMAN PELUANG:

    Apakah Anda Meminta untuk pinjaman mendesak dijamin?
    Apakah Anda mengalami kesulitan mendapatkan pinjaman untuk modal kerja dari lokal
    bank dan lembaga keuangan lainnya?

    Layanan ini adalah untuk memberikan dukungan keuangan kepada individu,
    pengusaha dan perempuan dalam bisnis.
    Jika Anda tertarik, silahkan hubungi kami sekarang melalui email:
    margretmarita@gmail.com: Kami siap melayani Anda.

    Email kami sekarang di: margretmarita@gmail.com:
    untuk mendapatkan formulir aplikasi pinjaman.

    Salam Hormat,
    Margret Marita
    Manajer di Co-Operation

    ReplyDelete
  5. PINJAMAN PELUANG:

    Apakah Anda membutuhkan pinjaman? Apakah Anda tertarik untuk mendapatkan jenis pinjaman? Atau apakah Anda khawatir finansial ?. Apakah Anda memiliki utang untuk melunasi? Kami memberikan pinjaman untuk setiap bagian dari dunia, Suku bunga pinjaman kami adalah 3% per membatalkan dengan durasi dinegosiasikan terlepas dari Lokasi atau status kredit. Untuk mendapatkan pinjaman hari ini Hubungi kami melalui Perusahaan email Alamat di: margretmarita@gmail.com

    CATATAN: Kami memberikan keluar minimal $5,000.00 US DOLLAR / EURO untuk maksimal $500,000,000.00 US DOLLAR / EURO, E.T.C. Permintaan Kredit harus dinyatakan dalam US DOLLAR ATAU EURO, Dan setiap UANG bekas lainnya.

    pencari pinjaman yang tertarik untuk mengisi formulir aplikasi pinjaman di bawah Persetujuan ..

    (PEMINJAM INFORMASI)
    Nama lengkap:......................
    USIA.............................
    STATUS PERNIKAHAN..................
    Kontak Alamat:...........................
    Negara....................................
    Negara...................................
    Telepon:.....................................
    E-mail:.....................................
    Pendudukan:................................
    Pendapatan bulanan:............................
    Agama:..................................
    Keluarga terdekat:...............................
    (PINJAMAN INFORMASI)
    Jumlah Dibutuhkan sebagai Pinjaman: .....................
    Pinjaman Durasi: .............................
    Jaminan:................................
    Apakah Anda mengajukan pinjaman sebelumnya? ..........................
    Cara pembayaran: bulanan atau tahunan ....................
    Apakah Anda berbicara atau mendengar bahasa Inggris? .............................

    Terima kasih karena kami menunggu Response cepat Anda, kami siap melayani Anda.

    Salam Hormat,
    Margret Marita
    Manajer di Co-Operation

    ReplyDelete

Facebook