Saturday, June 1, 2013

Hari Keputeraan DYMM Sultan Abdul Halim, Hari Gawai & Cuti 4 Hari.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Daulat Tuanku
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah
Semoga Allah Lanjutkan Usia, Memberi Kesihatan dan Memberkati Pemerintahan Tuanku
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG XIV
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM 
MU'ADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN BADLISHAH

Dan
Selamat Ari Gawai ngagai kaban Iban aku. Gayu guru gerai nyamai. Chelap lindap lantang senang nguan menua, bidik lansik, betuah belimpah. Ulih ringgit ulih duit, ulih kaya ulih reta. OOOHHAA!!

Sempena dua hari penting ni, termaktublah dalam almanak negeri Sarawak, saya bercuti selama 4 hari. 4 hari. Lemau jugak cuti 4 hari, sebab takda apa yang nak dibuat. Tahun ni macam tak rajin je nak ngabang (ziarah). Hehehe.

Dah lebih setahun dah kerja di bumi Kapit Sarawak ni. Mula-mula tu rasa berat je nak datang sini, tapi saya kan yang menurut perintah. Datang jugaklah which is actually not as bad as we thought. Sejauh-jauh Kapit ni, ada hotel, ada bank (Bank Rakyat, BSN, Public, Hong Leong, RHB, Maybank). Walaupun pembangunan agak perlahan sebab bentuk geografi, tapi boleh la nak hidup. Makanan halal tu masih banyak pilihan. Dulu awal2, seriau gak anjing lalu tepi, sekarang anjing yang lari. Hahaha. Fobia kot, pernah kena kejar anjing.

Orang Iban ni sebenarnya friendly, ce try pergi rumah dia, dia jamu selagi boleh, terutama ai pengayu (air tuak). Tapi tak dapat la nak minum, sentuh cawan, senyum & ucaplah "Nadai ngawa, enda ngirup aku.." maksud, "takpa lah, saya tak minum". Bahasa iban pun senang nak belajar berbanding bahasa kenyah ke bidayuh ke (rasanya la) sebab dia ala2 loghat Kelantan. Makan = makai. Datang = datai. Kalau Kelantan, makey, datey. Zaman-zaman headhunting dah takda dah, orang Iban dah maju, rumah panjang pun dah jadi rumah batu, guna Astro lagi. Psy Gangnam nyanyi lagu Gentlemen pun cakap Iban, "Anang ka bula dik.."

Rasanya takda la popular sangat Kapit ni, tapi sekali kes bot karam terjadi (takziah kepada yang terlibat), nah, ambik hang, 1 Malaysia tau pasal nama tempat Belaga. Selalu dengar nama kicap lembu belaga je. Lepas tu buat statement yang mengarut, terutama TV3, naik bot sebab bot murah. Paloi! Benda tu je pengangkutan utama di sini selain perahu panjang dengan enjin atau 4 wheel drive ikut jalan balak yang makan masa berjam2 lamanya. Bot tu disediakan terhad, waktu hari biasa pun sampai atas bumbung (kalau ke hulu la, kalo ke hilir, dari Kapit ke Sibu, jarang sekali kena dok atas bumbung, 1 dalam 1000. kalau ke hulu, hujung minggu confirm.) Belum kira yang lebih dalam lagi, kena naik perahu, tambang beratus, boleh cecah beribu kalo air surut.

Bot express dari Kapit ke Belaga, macam tu la rupa bot yang karam tu. Ni waktu hari PRU13. Tenung betul2, atas tepi bot pun ada orang. Standard ni...

Merasa juga naik perahu panjang menyusuri Batang Rajang. On the way balik dari Rumah Garai, Nanga Benin, tempat mengundi PRU13. Saya jadi kerani mengundi.

Ulat mulong pun dah pernah makan. Tapi goreng dulu la. Hahaha.

Fire mobile, bomba Kapit. tahun bila punya tak tau la. 7D stand for Seventh Division. Maknanya Kapit la. So, kalau ada jumpa kat semenanjung, jangan jakun sangat. Ingat nak beli la satu nombor ni, letak kat kereta di Kedah. Hehehe.

Apa ni.. takda kaitan langsung pasal kambing. Hahaha. Tu intro je tu. Hahaha. Masak nak baca kalo intro pun dah macam tu. Sebenarnya saya teringin jugak nak ternak kambing di Kapit ni, sebab banyak bukit, rasanya memang berotot la kambing tu kalau dapat cari makan di kawasan berbukit. Tapi apakan daya, kalau nak bawak kambing, kena naik tongkang, yang dari Sibu makan masa 4 5 jam. Kalau bot express dalam 3 jam. 120km dari Sibu kalau tak silap.

Kalo di semenanjung, dapat cuti macam ni, koman2 sehari mesti berjalan p kandang kambing, melawat, ziarah. Seronok tengok orang ternak haiwan ni. Rasa tenang bila tengok gelagat, terutama kambing yang nakal dan suka bermain. Time dia lawan bertanduk ke, time dia berlari beramai2 ke, best. Boleh jadi terapi. Kambing saya makin menyusut, kena rancang recovery plan. Nak tambah kambing, kambing yang ada belum stabil, so tambah rumput je la buat masa ni. Seekor kambing kampung koman2 kena makan 3 4 kilo daun-daun. Nak suruh adik gembala lama2, dia sekolah lagi. so, penuhkan sekeliling rumah dengan rumput la jawabnya.

Takpa, bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Otai-otai lama, sila kekalkan tempo, sebab I'm the new generation of goat breeder. Tunggu saya dapat transfer, I'll catch up with you all in no time. Hehehe. Sekian.

6 comments:

  1. bawak la sekor dua kambing naik bot ke kapit bro, mana tau boleh membiak baik di sana.. jgn sampai kambeng kena sumpit dah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. nak kena buh dalam guni la jawabnya. ada nampak seekor kat sini, tak p tanya lagi mana dia dapat. orang sini tak makan kambing sangat, kambing batu makan la. insya Allah, cadangan tuan akan dipertimbangkan kalau dah gian sangat. hehehe. letak tepi rumah ni macam sesuai, rumput napier biasa pun banyak, pucuk2 ubi pun banyak.

      Delete
  2. Bro mcm mana kita nk contact?

    ReplyDelete
  3. Ulat mulong rasa apa ha? macam kfc korean crunch ka?

    Akaun pejabat kerajaan mana yang ko jaga sampai kena turun naik bot ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti rasa sebenar dia, sebab saya dah campur lada masa goreng. hahaha.

      hahaha, tu masa jadi kerani mengundi PRU13 la prof. kena naik perahu panjang, perjalanan 1 jam lebih.

      Delete

Facebook