Monday, October 29, 2012

Status Dan Statistik Terkini Kandang Saya - 27/10/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

maaf kepada semua kerana tidak dapat update status kandang baru saya. sibuk berkursus sebulan di sabak bernam selangor. kandang baru saya telah siap pada 8 September 2012. sehingga ke saat ini terdapat beberapa modification yang telah saya lakukan terhadap kandang tu. habis tunggang langgang bila ditukang oleh tukang tak bertauliah ni. berikut adalah gambar-gambar kandang dalam proses pembinaan, yang telah siap dah bahagian yang diubahsuai.








sudah siap. 14/9/2012




keadaan dalam kandang sebelum dipunggah dinding tengah ni.



kambing-kambing ni terpaksa makan dalam bekas, suka berebut. tak sempat nak buat bekas yang lebih stabil dan selesa. siap melutut lagi bila nak makan.


Pengubahsuaian Yang Dijalankan

para bekas makanan. boleh acces dua-dua belah. kambing tak payah nak tunduk, ruang untuk makan lebih luas dan lebih selesa. walaubagaimanapun, tetap berebut. hahaha. 25/10/2012

bilik induk bunting dan anak. yang rasmi adalah Bintik & Polka Dot. gambar ni belum siap lagi. ada sikit lagi penambahan. tak rajin nak gergaji kayu, bantai pagar hijau ni je. hahaha. lantai pun dan dilapik dengan jaring hijau petak kecik, apa nama ntah. untuk elak kaki anak kambing terjerumus celah-celah lantai. ruang antara lantai dengan papan dinding juga telah ditutup untuk elak Polka Dot jatuh ke tanah lagi. 25/10/2012

palung makanan untuk letak pelepah sawit dan daun-daun. 16/9/2012

ditambah sehingga ke hujung kandang.

Berikut adalah statistik kambing saya sehingga 27/10/2012:
Jumlah: 14 ekor (bersih)
Jantan: 1 ekor dewasa, 1 ekor teruna, 2 ekor anak
Betina: 5 ekor dewasa, 1 ekor dara, 4 ekor anak

Beranak di kandang: 3 ekor. 1 jantan (lahir 14/4/2012), 2 betina (lahir 24/10/2012)
Mati: 3 ekor (sebab: kebuluran, pink eye)
Sembelih: 1 ekor (korban, raya haji 26/10/2012)
Jadi jumlah kasar: 18 ekor

Kadar Kelahiran: 0.5, 3(anak lahir)/6(induk dewasa+dara)
Kadar Kematian: 0.167 (3/18)

5 comments:

  1. Salam sejahtera, berapa kos bagi pembinaan kandang seperti ini? Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera. kos kandang ni dlm 7k, kayu semua baru, termasuk upah. lantai bersimen & berpagar.

      Delete
  2. Salam. Tumpang tanya..berapa luas kandang nie dan berapa kambing boleh muat..

    ReplyDelete
  3. Salam. Tumpang tanya..berapa luas kandang nie dan berapa kambing boleh muat..

    ReplyDelete

Facebook