Wednesday, October 31, 2012

Siri Jelajah Pengembala Kambing: Alwi Goat Farm, Part 1

assalamualaikum dan salam sejahtera.

sepanjang bulan 9 dan 10, saya berpeluang membuat lawatan ke kandang-kandang kambing di kedah, perak dan selangor. jadi untuk post ini, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai Alwi Goat Farm.

Siri Jelajah Pengembala Kambing: Alwi Goat Farm, Part 1

saya telah pergi melawat kandang Prof. Alwi pada 14/10/2012. ikutkan perancangan, nak melawat siang, tapi kawan-kawan ajak pergi the Lost World of Tambun plak. terganggu sedikit jadual lawatan yang sepatutnya terdiri daripada Alwi Goat Farm di Bidor, Perak dan MTZ Ventures di Teluk Intan. Malangnya MTZ Ventures tak sempat sebab dah malam. sampai di kandang Prof. Alwi pun dah gelap. naik kandang, kena pakai lampu sebab kandang Prof tiada lampu. so, bergelap dan berperang dengan nyamuk la bak kata Prof.

Diikutkan cerita, first time pergi. so, minta Prof bagi panduan jalan. Masuk je exit tol Bidor, sampai traffic light pertama, belok kanan. jumpa traffic light kedua, belok kanan. jumpa traffic light ketiga, terus. sampai traffic light ke empat, belok kiri, menghala ke Teluk Intan. terus je, sampai jumpa traffic light ke lima, simpang ke Tanjung Malim, terus juga. daripada traffic light ni, dalam 6 ke 7 minit, akan sampai ke persimpangan jalan yang pelik (bak kata Prof la, memang pelik pun). di sebelah kiri akan nampak monumen buah-buahan yang besar, dan bertulis KG BARU Kuala Bikam. masuk ke simpang tu, dalam 20 meter sebelah kanan, ada signboard kuning, masuk ikut jalan sawit tu. dan terus mengikut jalan utama sawit tu. akan jumpa jirat cina, ladang buah. terus je, sampai jumpa rumah di sebelah kiri, dan kawasan kandang Prof di sebelah kanan. ada rumah (rumah prof, kandang, dan rumah pekerja dia). untuk peringatan, jalan agak bumpy, kalau sayang kereta jangan la masuk, dan perjalanan dia lama gak.

inilah monumen buah-buahan yang besar

Signboard kuning, menghala ke kandang Prof Alwi (gambar monumen & signboard ni cerah sebab second round punya lawatan)

jadi bertemulah kami untuk 1 jam lebih. agak banyak maklumat yang disampaikan oleh Prof. walaupun bawak buku nota, tak tulis. lepas tu mula ingat-ingat lupa. antara yang dikongsikan oleh Prof adalah pengalaman ternak beliau, pasal KAMUDA, KAPRIMA. Mengenai JPV, PPKM (Persatuan Pembiak Kambing Malaysia) dan banyak lagi la. kenapa la tak tulis, khusyuk sangat mendengar.

Saya juga berpeluang bergambar dengan Beger, pejantan senior di kandang Prof Alwi. Saya juga berpeluang untuk ambil gambar anak kambing kelahiran ke 999 dan ke 1000. dan juga bergambar dengan Diego, ex kuda racer yang menjadi penyeri di kandang Prof.

Otai kambing kampung, Prof Alwi. muda lagi kan... hebat! Dah anak 2 orang ni.

Inilah dia anak kelahiran ke 999 dan 1000. Boleh follow blog post mengenai tiga beranak di sini, 1000th Milestone

Beger, pejantan senior Prof Alwi

Inilah Diego, ex-kuda racer di Alwi Goat Farm.

Antara gambar-gambar yang diambil tatkala berperang ngan nyamuk di kandang Prof Alwi:

Bercahaya je mata..

Petak untuk para ibu-ibu

 Jadi tukang paip, ada leaking

 Untuk letak dedaun dan rumput

Tempat letak garam jilat

Petak ibu yang kemas dan kukuh. saiz 4 kaki x 4 kaki.

Disebabkan pertemuan agak singkat, saya bercadang untuk datang lagi bagi round yang kedua. Prof Alwi ada juga sebut mengenai pertemuan kami dalam blog beliau. jadi, bolehlah singgah di post tersebut di link ini, 1000th Milestone

Ok, setakat ini untuk part 1, akan bersambung dengan part 2 plak. hehe.

4 comments:

  1. bagus bro,bnyakkn mnziarah kndang2 pntrnak lg lama lg bagus.bnyak ilmu diorg bleh kongsi.den rasa alwi msti bg nama kmbg ke 999 n 1000 tu smpena nma bro,kihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 3 kandang yang sempat saya pergi. 1st, MJFatonah. 2nd, Alwi Goat Farm. 3rd, Sinar Utara Agro Farm. banyak gak la input yang saya dapat. hehe. tak gak dia nak letak nama apa yang 999 & 1000 tu. hahaha

      Delete
  2. bila laku boleh ziarah kandang prof alwi ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. ziarah jangan tak ziarah. ada masa, p je. sentiasa dialu-alukan.

      Delete

Facebook