Saturday, November 3, 2012

Tapak Projek Baru


Assalamualaikum dan salam sejahtera

apabila saya balik ke kampung, Felda Ijok, Selama, Perak. saya berpeluang untuk melihat kebun sawit milik keluarga seluas 1.4 ekar. dengan adanya tanah ni, saya dapat merealisasikan impian saya untuk memjalankan projek ternakan kambing integrasi. tanah felda selebihnya tidak dapat tengok kerana jauh ke dalam dan sedang dalam penanaman semula.

rumput rampai masih banyak untuk dijadikan sebagai sumber makanan kambing saya. saya juga berkesempatan untuk mengambil gambar.







segar dan banyak sumber makanan untuk kambing. boleh la fight Prof Alwi alwigoatfarm & Bro Isal Keratong Agrofarm. hehehe.

InsyaAllah, projek integrasi ini akan dimulakan pada awal tahun 2013. antara perancangan jangka pendek saya ialah:


  1. tanah 1.4 ekar untuk bina kandang, stor dan sebagainya.
  2. tanah sekitar akan disewa. untuk memberikan kawasan ragutan yang lebih luas. perjanjian akan dibuat di mana tuan tanah tidak menggunakan baja kimia, tetapi menggunakan baja organik tinja kambing dari kandang saya yang akan diberi percuma. tidak meracun dan kambing saya sebagai mesin rumput. hehe. jika tidak dapat, saya akan kowtim dengan tuan tanah mengenai jadual meracun dan membaca, supaya saya dapat kurung kambing saya, dalam kawasan saya sahaja apabila aktiviti membaja dan meracun dijalankan.
  3. tanah sawit 7 ekar lebih yang dalam proses penanaman semula, disamping pokok sawit, akan ditanam daun napier, pokok mulberi, pokok baja atau tanaman lain yang boleh menjadi sumber makanan kepada kambing saya kelak. secara tidak langsung, saya memaksimumkan penggunaan ruang kosong antara anak sawit.
  4. jalah masuk ke kandang akan ditambak dengan batu dan tanah bagi memperbaiki struktur jalan seterusnya memudahkan pelawat masuk ke dalam.
  5. memandangkan jarak antara pokok 15 kaki, saiz kandang yang akan dibuat adalah selebar 10 kaki. lebar 4 kaki untuk petak beranak, dan lebar 6 kaki untuk luang legar. panjang kandang, sepanjang-panjang tanah tu. hahaha. akan dibina 2 kandang, satu untuk pembiakan (long term), dan satu untuk penggemukan (short term).
  6. nak kena pasang pam air, sumber air jauh. hoho.
  7. mungkin akan diternak lembu bebarapa ekor. beli chopper pelepah sawit. daun sawit bagi kambing, pelepah, chop kecik-kecik, bagi pada lembu plak. lembu tak habis makan, campur dengan tinja kambing, buat baja organik plak. takda la bersepah dengan pelepah sawit nanti.


jangka panjang:
buat kerjasama dengan FELDA. mana tau kot dapat kambing lagi. hahaha. bina kandang satelit, buat padok ragutan. dan sebagainya.

jadi, kepada pemilik-pemilik sawit ke, getak ke, dusun buah ke, maksimumkanlah penggunaan tanah anda. jangan biarkan semak samun, belukar, bermaharajalela di tanah anda. gunakan khidmat ternakan seperti kambing, biri-biri dan lembu untuk membantu anda, disamping memberi pendapatan sampingan kepada anda. majulah industri ternakan intergrasi untuk Negara.

7 comments:

  1. Salam alaika,cantik dh plan bro don ni,sistem integrasi mmg cantik dah..cuma dri sgi binaan kndg tu mcm xbrapa ssuai mmnjang dgn lbar 10 kaki,sbb den rasa kos utk kndg yg pnjg lagi tnggi dr yg lebar..elok bro don tebang sawit tu utk lebarkn kndg tu..dapat dlm 20-30kaki lebar oklaa..yg lain2 nampak ok dah..smuga brjaya bro..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro. hehe. takda la panjang sangat. mungkin 10x20 kot. nampak hodoh gak kalo lebar 10 kaki, kandang memanjang. macam keretapi. haha. plan saya boleh muat 5 bilik induk bunting 4x4. then buat 1 kandang lagi untuk anak jantan & betina, 1 kandang untuk penggemukkan. tebang nanti, takut sedara mara bising plak, maklumlah, sawit tu arwah tok saya yang punya.

      Delete
    2. pape pun, terima kasih bro untuk cadangan tu. akan dipertimbangkan. hehe.

      Delete
    3. kalau panjang 20 dgn lebar 10kaki.lebih kurang kandang sy je.mmg kena buat lebar 20 kaki.skrg baru terasa sempit.

      Delete
    4. yes bro, kena buat besar. lagi plak tuan dia pun besar, memang terasa sempitnya bila kambing dah meningkat.

      Delete
  2. mmg kemas perancangan kapten.semoga berjaya bro..

    ReplyDelete

Facebook